Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, May 10, 2015

Bukan ‘bailout’?

Isu pembelian tanah Tabung Haji diputar belit, bukan ‘bailout’ 1MDB, kata Najib
Published: 10 May 2015 3:15 PM

Datuk Seri Najib Razak hari ini menafikan pembelian tanah 1Malaysia Development Bhd (1MDB) oleh Lembaga Tabung Haji pada harga RM188.5 juta ialah satu tindakan menyelamat atau “bailout”, mengatakan isu itu diputar belit bagi memperlihatkan seolah-olah Tabung Haji menggunakan wang pendeposit untuk menyelamatkan 1MDB daripada masalah kewangan.
Perdana menteri dan menteri kewangan itu berkata, beliau menasihatkan Tabung Haji menjual tanah seluas 0.64 hektar itu bagi mengelakkan kontroversi urusan pembelian tanah itu dipanjangkan.
"Kami tidak mahu kontroversi ini dipanjangkan kerana ia akan mengambil banyak tenaga kami dari segi memberi tumpuan terhadap beberapa daripada program-program besar yang kami cadang untuk laksanakan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kota Belud di Sabah.
Menurut Bernama, Najib berkata demikian ketika diminta mengulas pengumuman Tabung Haji yang ia akan menjual semula tanah yang dibeli daripada 1MDB itu.
Beliau juga berkata, menjual tanah itu kepada sektor swasta ialah satu urusan komersial yang baik, membolehkan Tabung Haji mengaut untung beberapa juta ringgit dalam tempoh masa yang singkat.
"Jadi, ia bukan langkah menyelamatkan (1MDB). Tiada syarikat akan membeli sesuatu projek jika syarikat itu akan rugi," kata Najib yang sedang mengadakan lawatan dua hari ke Sabah.
Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata semalam, Tabung Haji memutuskan menjual tanah yang dibelinya di Tun Razak Exchange (TRX) itu, selepas menerima tiga tawaran daripada pembeli yang berminat.
Saiz dana Tabung Haji dikatakan berjumlah kira-kira RM45.7 bilion tahun lepas dan portfolio aset semasanya terbahagi kepada 40% untuk ekuiti, 30% pendapatan tetap dan 20% hartanah.
Bahagian hartanahnya melakukan pelaburan di Malaysia, Arab Saudi dan United Kingdom, selain perladangan di negara ini. Ia juga mempunyai ekuiti dalam Bank Islam Malaysia dan sektor minyak serta gas.
Pembelian sebidang tanah daripada 1MDB pada harga RM188.5 juta bagi tujuan membina sebuah menara kediaman membangkitkan kemarahan pendeposit Tabung Haji, dengan sesetengahnya bertindak mengeluarkan simpanan mereka dari cawangan di Shah Alam pada Khamis.
Pemimpin pembangkang mengatakan, Tabung Haji sanggup membayar lebih mahal dari yang dibayar 1MDB ketika pertama kali membeli tanah itu daripada kerajaan, menunjukkan ia satu tindakan 'bailout' untuk menyelamatkan 1MDB yang sarat menanggung hutang.
Pemimpin Umno, termasuk timbalan presiden dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, juga mengkritik perjanjian itu kerana umum mengetahui mengenai hutang 1MDB yang mencecah RM42 bilion itu. – 10 Mei, 2015. - sumber

2 comments:

  1. Kalau th beli mahal bukan bailout, yg jual murah kat 1mdb tu apa pulak?

    ReplyDelete
  2. Alahai najib sang PM.
    tipu org kg felda sabah serawak bole laaaa.

    1.tanah tu udah laaa mahal.ade ker org nak beli.
    2.urusan komersial yg baik?boleh untung cepat?
    setau aku laaa...nak jual or takeover sesuatu syarikat bernilai rm 5 juta pon amik masa yg agak lama utk wat urusan.belum kira bayaran utk peguam dll.neh 2 minggu jerr...mudah beno buat kira2 kalo bkn duit mak bapak neh..

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa