Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, May 17, 2015

Wow......ganahnye oghang nganu! Kelantan ke final

Dulu-dulu kate orang Kelantan yang perangai macam ni.......sekarang orang Terengganu pula ambil alih
Hehee.....macam PAS ganti UMNO????

Laporan mStar: Kelantan Jumpa Lions XII Di Final

Piala FA: Rusuhan selepas gagal ke final
Bernama |Kemas kini: Mei 17, 2015
(Diterbitkan pada: Mei 17, 2015 08:40 MYT)

Piala FA: Rusuhan selepas gagal ke final
Pasukan keselamatan terpaksa mengiringi pengadil yang dibaling dengan objek oleh penyokong pasukan Terengganu selepas perlawanan separuh akhir kedua Piala FA di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. - fotoBERNAMA
KUALA TERENGGANU: Penyokong Terengganu bertindak liar dengan membaling batu ke atas kereta Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman di luar Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di sini selepas pasukan itu gagal layak ke final Piala FA 2015, malam tadi.

Penyokong merusuh selepas perlawanan akibat tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil, Mohd Amirul Izwan Yaacob tidak mengesahkan gol keempat Terengganu menerusi percubaan Ahmad Nordin Alias pada minit ke-89 kerana berada pada kedudukan ofsaid.

Kemenangan 3-2 yang diraih skuad 'Penyu' pada perlawanan separuh akhir kedua itu, gagal menghalang wakil Singapura, Lions XII untuk mara ke final menerusi peraturan gol di tempat lawan setelah kedua-dua pasukan terikat 4-4 secara agregat.

Sebahagian besar penyokong Terengganu bertindak liar dengan melakukan kerosakan ke atas harta benda awam di stadium dengan memecahkan pintu kaca di laluan masuk selain dilaporkan turut membakar sebuah ambulans yang diletakkan di perkarangan stadium.

Keadaan tersebut memaksa pihak stadium memanggil Unit Simpanan Persekutuan (FRU) yang bertindak melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan kira-kira 15,000 penyokong Terengganu yang cuba menimbulkan kekecohan.

Sebuah bas yang membawa penyokong Lions XII turut dirosakkan oleh segelintir penyokong Terengganu yang tidak dapat menerima keputusan perlawanan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Idris Abdul Rafar yang ditemui pemberita di venue berkenaan, enggan memberikan ulasan lanjut tetapi memberi jaminan siasatan menyeluruh akan dilakukan mengenai insiden kekecohan itu.

4 comments:

  1. Pengadil tidak pernah belajar dari kelemahan yg lepas.fam pun sama.

    ReplyDelete
  2. Penyokong taraf otak kat kepala lutut
    Sama taraf ngan penyokong ug ganu
    Tak dapat terima ada org cabar hadi awe
    Jangan menyamakan hadi awe ngan nabi dah laa...
    Wala kepala hotak...

    ReplyDelete
  3. He he eh... Hebat komen annon 2.09 pm... Geng ug dah dpt signal... Utusan sokong depa.. Sbb hj hadi sokong najib... Pas xpyh bertanding dlm pru akan dtg ... Bg ko BN jah sbb Bn dah berlaku adil kan... He he he... Idea hj hadi awe,....

    ReplyDelete
  4. Stop bn b6k rosak negara ..... tun mahathir pun caci

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa