Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, May 13, 2015

Pengerusi TH kena letak jawatan - UMNO Cheras

Syed Mehdhar : Kredibiliti sudah tercalar ; Pengerusi TH kena letak jawatan
KREDIBILITI Datuk  Seri Abdul Azeez Abdul Rahim selaku Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH)  sudah tercalar dan sewajarnya beliau meletakkan jawatan.

Desakan tersebut disuarakan oleh Setiausaha UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Mehdhar Syed Abdullah berikutan  kontroversi pembelian tanah di tapak Tun Razak Exchange (TRX) oleh TH daripada 1MDB dengan nilai RM188.5juta.

Beliau berkata, walaupun TH kemudiannya telah menjual semula tanah berkenaan berikutan kemarahan rakyat tetapi kedudukan Abdul Azeez selaku Pengerusi TH masih dipersoalkan.

“Dari segi kredibiliti, ianya sudah tercemar apabila pada mulanya beliau menafikan berhubung pembelian tanah tersebut oleh TH,” katanya.

“Saya selaku ahli UMNO, rakyat biasa meminta Perdana Menteri melucutkan jawatan Abdul Azeez selaku Pengerusi TH kerana kenyataan dan tindak-tanduk beliau telah mencetuskan kegelisahan pendeposit TH.

Beliau mempersoalkan bagaimana seorang pengerusi di sebuah syarikat milik kerajaan (GLC) boleh mengeluarkan kenyataan tidak tahu berhubung pembelian tanah berkenaan oleh TH daripada 1MDB.

“Ini bukan melibatkan urusniaga RM100 atau RM1,000. tetapi mencecah ratusan juta ringgit, agak mustahil Pengerusi TH tidak ambil tahu, apatah lagi pendedahannya tersebar luas menerusi media sosial,” tegasnya,.

Lazimnya kata beliau, sebarang urusniaga jutaan ringgit atau apa juga keputusan melibatkan kepentingan umum sesebuah syarikat GLC ianya mesti berada dalam pengetahuan pengerusi.

“Tetapi amat menyedihkan, Pengerusi TH boleh menafikan soal pembelian tanah raturan juta ringgit oleh TH daripada 1MDB, ini satu jawapan yang boleh dianggap tidak masuk akal,” tegasnya.

Pada 7 Mei lalu, Abdul Azeez melalui laman Twitternya, mengatakan ‘tidak betul’ berhubung dakwaan pembelian tanah milik 1MDB oleh TH.

Bagaimanapun pada 10hb. Mei, Pengerusi TH itu memberikan penjelasan panjang lebar berhubung pembelian tanah tersebut dan akan menjualnya semula kepada syarikat berminat setelah mencetuskan kemarahan rakyat.

“Dalam konteks ini, kita semua Ahli Lembaga Pengarah berbincang dan ada tiga tawaran. Kita beli dahulu RM188.5juta, sekarang ada tiga tawaran,” Abdul Azeez dipetik sebagai berkata dalam penjelasan tersebut.

Abdul Azeez yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO turut menegaskan beliau tidak akan tunduk kepada desakan agar meletakkan jawatan Pengerusi TH yang disandangnya sejak 2013, kerana berpendapat ia bakal mengundang kerugian kepada TH.

Bagaimanapun Syed Mehdhar tetap mempersoalkan kenapa apabila kedaan menjadi meruncing dan banyak pihak menyelar tindakan TH, beliau kemudiannya membuat sidang media khusus untuk menjelaskan pembelian tersebut.

“Alasannya atas nasihat Perdana Menteri, begitu mudah keputusan dibuat sedangkan rakyat sudah berada dikemuncak kemarahan,” tegasnya.

Menurut beliau, pendeposit TH adalah orang Melayu dan simpanan tersebut bagi membolehkan mereka menunaikan fardhu haji.

Menurut Syed Mehdhar lagi, beliau tidak mempesoalkan apa juga keputusan yang telah dibuat,  bagaimana dan kenapa pembelian membabitkan TH itu berlaku tetapi kecewa dengan sikap Pengerusi TH yang mengambil jalan mudah dengan menafikan urusniaga tersebut setelah didedahkan oleh beberapa laman sosial.

“Saya selaku Setiausaha UMNO Bahagian dan ahli-ahli parti berhak tahu dan berhak bercakap soal tersebut, ini melibatkan simpanan umat Islam, mengapa begitu mudah menghakiskan keyakinan rakyat,” soal beliau.

Katanya, kredibiliti Abdul Azeez yang sudah tercalar itu juga sedikit sebanyak akan terpalit kepada UMNO yang merupakan parti yang menjadi tonggak kerajaan yang memerintah.

“Apabila orang Melayu marahkan TH, marahkan pengerusinya, secara tidak langsung mereka juga marahkan UMNO, mereka lemparkan tuduhan bukan-bukan kepada parti, inilah penyakit yang kita terpaksa tanggung akibat sikap berdolak-dalik,” tegasnya.

Katanya lagi, jika Abdul Azeez seorang pemimpin yang memikul amanah dan tanggungjawab rakyat sepatutnya beliau mengambil keputusan meletakkan jawatan sebagai Pengerusi TH.

“Kita tidak perlu bercerita bagaimana TH bayar dividen, bagaimana pengurusan haji dibuat oleh TH, tetapi kita bercerita soal prinsip dan kredibilti,” tegasnya lagi. 

7 comments:

  1. MANA MACAM TU AJA.MESRI DITANGKAP DAH Buat salah

    ReplyDelete
  2. Begitulah kalau Kalimuthu a/l Marliama diberi tugas menjaga TH iaitu sebuah Tabung Amanah bagi orang-orang Islam dijamin menunaikan haji. Lebih baik beri Sammy Vellu jadi Imam Mesjid Negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lembaga Hitam kat TH tu ialah Kalimuthu a/l Panddiyappa bukan a/l Marliama lah

      Delete
  3. Jangan letak jawatan mcm tu sja. Mesti didakwa dan dipenjara kalu salah.. Kalu tak salah baru letak jawatan sbb jadi "pengerusi tak tau".

    ReplyDelete
  4. sukuk tu apa cerita? Ada beli ker tak?

    ReplyDelete
  5. Semua nak job KHORDHING GHELL

    Lembaga Hitam nak di buang cepat bagi BIAWAK lain pulak cari Bangkai

    Orang Melayu BODOH

    ReplyDelete
  6. Dengan erti kata lain ganti je dengan Syed Mehdhar

    Ada yang cerdik sikit yang bagang jugak yang di pilih

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa