Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, May 10, 2015

TH: Benar atau palsu aku tak pasti dan Surat Terbuka Husam

Ini aku terima melalui WhatsApp dari adik aku tadi
Entah betul, entahkan tidak aku tak pasti
Kalau betul.......memang berasaplah kepala pencarum!
Sebanyak ni terima pun masih nak melahap lagi?
Sebelum ni aku dan isteri bercadang nak pindahkan duit kami dari akaun bank lain ke Tabung Haji kira dalam jumlah yang besar jugalah......tapi nampaknya kami terpaksa batalkan dulu hasrat itu

Husam pada Jamil: Selamatkan Tabung Haji
mk - 12:45PM - 10 May 2015

Saya pasti YB mengikuti sepenuhnya isu pembelian sebidang tanah di tapak Tun Razak Exchange (TRX) daripada 1MDB oleh Tabung Haji yang menjadi viral sekarang termasuk penjelasan terbaru YB Datuk Pengerusi Tabung Haji pada pagi ini (semalam).
 
Tabung Haji, mengikut Akta Tabung Haji 1995, adalah terletak sepenuhnya di bawah bidang kuasa YB, baik untuk meluluskan cadangan pelaburan Seksyen 4(3) dan 20(2), perlantikan Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah  Seksyen 6(1)(d) bahkan untuk memecat Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah Seksyen 6(5) serta mempastikan tidak wujudnya percanggahan kepentingan mana-mana Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji sepertimana peruntukan Seksyen 9.

Malangnya, di tengah keributan yang meresahkan para pencarum dan gegaran yang boleh meruntuhkan integeriti dan kredibiliti Tabung Haji, YB sehingga hari ini masih berdiam diri.

Menerusi surat ini, saya tidak ingin menyenaraikan semula isu-isu yang melingkari transaksi Tabung Haji - 1MDB.

Cukuplah YB menelitinya menerusi laporan media.

Saya menyeru YB perkara-perkara berikut;

1) Membatalkan transaksi tersebut. Jika tidak, YB adalah orang yang akan dianggap dari segi undang-undang paling bertanggung jawab ke atas transaksi itu kerana kelulusan terakhir mengikut Akta TH adalah terletak di tangan menteri mengikut Seksyen  4(3), 20(2) dan 10 Akta Tabung Haji 1995.

Saya yakin, transaksi penuh belum lagi dimuktamadkan dan ruang pembatalan masih lagi wujud berasaskan maklumat dalam dokumen yang dibocorkan.

2) Menamatkan perkhidmatan Datuk Pengerusi Tabung Haji yang ada sekarang kerana beliau telah cuba memberikan gambaran yang tidak benar terhadap transaksi TH-1MDB.

Pada mulanya beliau menafikan wujud transaksi itu dan kemudiannya kenyataan beliau didapati tidak benar bila Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Datuk Johan Abdullah membuat kenyataan akhbar sebaliknya.

Ini demi menjaga kepercayaan para pencarum.

YB mempunyai kuasa di bawah Akta Tabung Haji, sepertimana yang diperuntukan di bawah Seksyen 6(5) Akta Tabung Haji 1995 yang berbunyi: "Menteri boleh pada bila-bila masa membatalkan perlantikan mana-mana anggota Lembaga tanpa memberikan apa-apa sebab baginya"

3) Merombak semula seluruh Ahli Lembaga dan pengurusan kanan yang terlibat dengan transaksi ini bagi mempastikan tidak wujudnya percanggahan kepentingan.

YB dipertanggungjawabkan di bawah Akta Tabung Haji bagi menguruskan dana dan wang simpanan pendeposit-pendeposit bagi tujuan ibadat haji yang merupakan Rukun Islam Kelima.

Sebagai Menteri yang menjaga hal ehwal Islam, YB mesti menunjukkan ketinggian Islam dalam menjaga amanah orang ramai, berani menyatakan kebenaran dan bertindak untuk kepentingan rakyat.

Saya memanjangkan cadangan ini untuk tindakan YB. Sekian, terima kasih.


HUSAM MUSA naib presiden PAS. Artikel ini surat terbuka beliau kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang diedarkan semalam.

9 comments:

  1. PADA HUSAM DINASIHATKAN SUDAH SUDAH LAH NAK PERCAYA PUAK NI SI JAMIL KHIR TU KALAU DIA DOK SITU DIA SAPU LAGI BANYAK DARI TU.NAMA SAJA ADA UGAMA DAN PEGANG MENTERI UGAMA SEMUA PENGKHIANAT PADA RAKYAT

    ReplyDelete
  2. Tambang nak pergi haji naik aja setiap tahun,rupanya nak bagi muntah kedarah hantu2 raya kat atas.kesian para pendeposit,bercekik2 ,membanting tulang di panas matahari,yang kat atas duduk enak2 kat bilik aircond,goyang kaki,dapat berpuluh2 ribu,ini ajaran islam ke?

    ReplyDelete
  3. Husam bukan percaya sangat pada menteri ni tetapi Husam telah letakan beban yang berat atas kepala menteri ni,dia ingat diam buat tak tahu je dia terlaepas tangan ,tetapai dengan beban ini dia terpakasa menggelupur akan hal ini sebab mengikut seksye n yang Husam sebut.beliau akan dipertanggunjawabkan .mampuslah kau nak lepaskan hal ni.

    ReplyDelete
  4. Husam bukan percaya sangat pada menteri ni tetapi Husam telah letakan beban yang berat atas kepala menteri ni,dia ingat diam buat tak tahu je dia terlaepas tangan ,tetapai dengan beban ini dia terpakasa menggelupur akan hal ini sebab mengikut seksye n yang Husam sebut.beliau akan dipertanggunjawabkan .mampuslah kau nak lepaskan hal ni.

    ReplyDelete
  5. LAHANAT bukan satu

    Kalau LAHANAT 1-2 tak banyak dapat kebas paling tinggi 1-2 juta mana cukup tuk kaya ber gaya.

    Jamil ini sekarang kaya ber gaya

    Kalau betul betul ikut buku agama dia belajar pasti masalah LAHAMAT tidak timbul


    Sudah KETUA BESAR itu LAHANAT , anak anak buah pasti jugak LAHANAT.


    Itu kan Anak RAZAK yang buat TUNKU ter duduk ter sungkur bila balik Alor Setar bulan Mei 1969 dulu.

    Kesian Arwah Siti Aminah.

    ReplyDelete
  6. kerja tabung, petik jari semua boleh dapat. makcik felda simpan duit kat tabung lauk telur goreng berselang-seli gigit ikan masin gelama.

    nak buat macam mana memang dah hukum alam semester.

    ReplyDelete
  7. Husam seumpama Iblis yg menasihati Syaitan supaya berkelakuan baik....

    Husam... Sesungguhnya mudah bagi kamu melupakan bagaimana Perbendaharaan Kelantan jamu sebat di atas ketidakpandaian Arwah Ayahanda Nik Aziz, kamu tipu ayahanda, dan sedikit pon kamu tidak insaf, bertaubat mahupon memohon maaf pd arwah.

    Apa kamu ingat kamu akan hidup aman selesa? Tidakkah malam2 kamu sekarang ini diganggu mimpi2 yg menakutkan?

    Husam..... Azab Allah pasti akan mendatangi kamu, mohon ampun & maaf kpd rakyat kelantan sebelom kamu kena Strok yg kronik... Nnt kamu tidak bisa bicara, menulis, membaca, mengangguk mahupon memberi apa2 isyarat....

    Cepat cepat Wahai Husam......

    ReplyDelete
  8. Rasanya jumlah gaji tersebut tak perlu nak pertikaikan. Zaman sekarang MNC dah menawarkan jumlah gaji melebihi 30k bagi yang berjawatan pengurus sahaja. Cuma bandingkan dengan syarikat berbangsa cina, CEO mereka pun jumlah gaji melebihi ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menantu hadi gaji lebih tinggi dr Tabung babi...

      Tanya azmin tak percaya

      Delete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa