Pemimpin tertinggi UMNO boikot pertemuan dengan Najib?
Timbalan Presiden UMNO dan Naib Presiden UMNO, masing-masing berada di luar negara dijangka tidak akan menghadiri pertemuan dengan Presiden UMNO.
PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka akan mengadakan perjumpaan khusus dengan pemimpin UMNO.
Ia bertujuan untuk menjelaskan isu-isu semasa kepada mereka disamping cuba untuk menagih sokongan politik.
Berdasarkan logik akal, pertemuan itu dijangka tidak dihadiri beberapa pemimpin tertinggi termasuk Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Blogger dan ahli UMNO, Shahbudin Husin, dalam tulisannya merujuk kepada atur cara Najib pada Ahad, di mana beliau berada di Tawau, Sabah dan ia tidak dihadiri Shafie
“Shafie sudah pun berlepas ke Mekah untuk menunaikan umrah bersama keluarganya pada Jumaat lalu,” ujarnya.
Namun, persoalan yang timbul adalah mengapakah Shafie tiba-tiba mahu ke Mekah sewaktu Najib mahu turun ke Sabah.
“Tidak bolehkah Shafie melewatkan pemergiannya untuk menunaikan umrah sehari dua dan selepas berjumpa dengan Perdana Menteri?” katanya yang menulis di blog www.shahbudindotcom.blogspot.com.
Selepas turun ke Sabah, pada Isnin, Najib dikatakan akan akan bertemu dengan Ketua UMNO Bahagian di Putrajaya.
“Ia juga dipercayai untuk menjelaskan pelbagai isu semasa kepada mereka.
Jelas Shabudin, ia adalah perjumpaan kali kedua antara Najib dengan Ketua-Ketua UMNO Bahagian sejak berlakunya serangan dan kritikan daripada Tun Mahathir Mohamad terhadapnya,” katanya.
“Selain Shafie yang pasti tidak hadir dalam perjumpaan itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Seri Muhyiddin Yassin yang kini berada di Milan, Italy juga tentunya tidak hadir sama.
Jika pertemuan berkenaan menjadi kenyataan, bermakna kali kedua ia tidak disertai Timbalan Presiden dan Naib Presiden UMNO itu.
Pada pertemuan di PWTC Mac lalu, kedua mereka antara yang tidak hadir.
Shahbudin membuat rumusan, tindakan pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO yang memboikot pertemuan bersama Najib menunjukkan seoalah-olah sedang berlaku perbincangan mengenai perkembangan dan masa depan politik negara.
“Ramai pemimpin sudah mula bersuara dengan nada yang agak berbeza dan mahukan isu 1Malaysia Developnent Berhad (1MDB) ditangani secara serius bagi mengembalikan keyakinan rakyat,” katanya.
Jamil joget Khirzakstan sibuk di pentas rosmah... Udah lah... Ikut adat tak berguna tuh... Org bugis pun tak nyanyi lagu pretty women...
ReplyDeleteKnp jamil tak draf hudud? Sebaliknya memperkudakan hadi dan tmb Kelantan... Jakim bodoh sgt ker?
letak aje lah jawatan tu wahai Najib, ko dah tak ada sokongan lagi sebenar nya
ReplyDeleteBaguslah kalau najib tak mau letak jawatan dia pertahan hak dia sebagai presiden jangan sampai ahli akar umbi humban dia kelongkang sudahlah sekarang ahli akar umbi belum bersuara bila sudah bersuara najib akan pergi keSabah untuk minta simpati,tapi adakah cukup ahli-ahli UMNO dari Sabah nak pertahan najib ooi yang ramai ahli-ahli UMNO adala dari semenanjung ,jadi kita tunggu dan lihatlah akar umbi saran suruh berundur secara elok dia mengaku pula semangat bugi dan minang ,maka kita tunggu dan lihatlah nanti sapa yang akan rugi.dan hilan kemaluan.
ReplyDeleteBAHALOL
ReplyDeleteTeringat RAZAK
Dah bapak anak , kesian Arwah Tunku
UMNO sabah tak.sekolah tak pas tg5....malas membaca lagi, bodoh2 belaka kecuali yg bugis yg sebangsa ngan najib itu yg najib pi tawau tuuu....tawau tu bugis punya....
ReplyDelete