Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, May 9, 2015

Nampaknya Muhyiddin juga berganding bahu dengan Mahathir mengasak Najib

Tabung Haji: Muhyiddin sokong kenyataan Pemuda UMNO

Bernama |Kemas kini: Mei 09, 2015
(Diterbitkan pada: Mei 09, 2015 08:26 MYT)

Tabung Haji: Muhyiddin sokong kenyataan Pemuda UMNO
MUHYIDDIN: Walaupun transaksi jual beli itu sah dan berdasarkan kesediaan pembeli-kesediaan penjual, para penyimpan Tabung Haji melihatnya seolah-olah mereka terpaksa menanggung beban 1MDB. -Gambar fail
MILAN: Tan Sri Muhyiddin Yassin menyokong kenyataan Pemuda UMNO yang mahukan Kementerian Kewangan dan Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) memberi penjelasan berhubung pembelian sebidang tanah oleh Tabung Haji daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Tun Razak Exchange (TRX) di Kuala Lumpur.
   
Timbalan Perdana Menteri berkata walaupun transaksi jual beli itu sah dan berdasarkan kesediaan pembeli-kesediaan penjual, para penyimpan Tabung Haji melihatnya seolah-olah mereka terpaksa menanggung beban 1MDB.
   
BACA:Tabung Haji, sila beri penjelasan berhubung jual beli tanah TRX - Pemuda UMNO

Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden UMNO, berkata demikian kepada media Malaysia di sini pada Jumaat.

Beliau dalam rangka lawatan kerja rasmi tiga hari ke sini sejak semalam.

Dalam kenyataannya, Pemuda UMNO menzahirkan kebimbangan berhubung pembelian tanah itu daripada 1MDB yang bernilai RM188.5 juta.

Pemuda UMNO meminta supaya penjelasan dibuat bagaimana transaksi pembelian tanah itu dilakukan.

Wang ini bukan milik Tabung Haji, kenapa guna untuk selamatkan 1MDB? - Tun M

Astro Awani |Kemas kini:Mei 08, 2015
(Diterbitkan pada: Mei 08, 2015 20:36 MYT)

Wang ini bukan milik Tabung Haji, kenapa guna untuk selamatkan 1MDB? - Tun M
DR MAHATHIR: Wang Tabung Haji adalah daripada pencarum dan Tabung Haji hanya diamanahkan untuk mengurus dengan baik.
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menzahirkan rasa kurang senang beliau dengan perkembangan mutakhir membabitkan Lembaga Tabung Haji.

Melalui catatan terbaharunya di blogchedet.cc, Dr Mahathir menyatakan kesedihannya apabila wang caruman Tabung Haji digunakan untuk pemulihan hutang 1MDB melalui pembelian tanah seluas satu setengah ekar milik 1MDB pada harga RM188.5 juta.

“Wang yang ditabung sejak penubuhan Tabung Haji sudah meningkat sehingga ribuan juta ringgit. Wang ini boleh dilabur supaya keuntungan dapat membantu pengurusan Tabung Haji dan subsidi kepada bakal haji.

“Wang Tabung Haji adalah daripada pencarum dan Tabung Haji hanya diamanahkan untuk mengurus dengan baik, dengan cara yang dihalalkan oleh Islam. Wang ini bukan milik Tabung Haji,” ujar beliau.

Mahathir turut membandingkan nilai harga tanah seluas 70 ekar Tun Razak Exchange (TRX) yang dibeli 1MDB pada harga RM194.1 juta, sedangkan Tabung Haji membeli hanya satu setengah ekar pada harga RM188.5 juta.

“Untung besarlah 1MDB. Sebenarnya tanah ini, asalnya untuk mengadakan pusat dagangan bumiputra. Tetapi 1MDB telah mengenepikan projek ini. Inikah cara Tabung Haji mengguna duit orang ramai yang diamanahkan kepadanya?” soal Dr Mahathir.


“Wang Tabung Haji adalah daripada pencarum dan Tabung Haji hanya diamanahkan untuk mengurus dengan baik, dengan cara yang dihalalkan oleh Islam. Wang ini bukan milik Tabung Haji,”  - Tun Dr Mahathir
Tambah beliau, pencarum berharap duit yang disimpan dengan Tabung Haji dapat diurus untuk faedah mereka, tetapi masalahnya wang itu digunakan pula untuk menyelamatkan 1MDB yang kerugian berbilion ringgit.

“Rancangan ini perlu dibatal sekarang juga,” tegas Dr Mahathir.

Sementara itu, Dr Mahathir turut menyentuh pendirian Pengerusi Lembaga Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mengenai siasatan ke atas ahli perniagaan Jho Low dan anak tiri Perdana Menteri, Riza Aziz.

"Sebenarnya laporan telah dibuat oleh pihak lain (ke atas Jho Low dan Riza) tetapi tidak ada siasatan yang dibuat oleh sesiapa. Sebaliknya pihak yang melapor dimufliskan dan rumahnya telah digeledah.

"Jika Tunku Aziz begitu prihatin terhadap gejala rasuah, siasatlah dan laporlah kes-kes berkenaan. Buktikan juga yang saya lesap duit kerajaan.

"Jika tidak dapat diam sajalah," kata beliau.

BACA:PM digesa beri penjelasan isu Tabung Haji beli hartanah TRX milik 1MDB

BACA:Tabung Haji pegang amanah mereka yang hendak ke Tanah Suci - reaksi

BACA:Isu tanah TRX: Beri jawapan untuk hilang kerisauan rakyat - Dr Maza

BACA:Azeez arah pengurusan Tabung Haji jawab isu pembelian tanah 1MDB

3 comments:

  1. MAT SEMBAB sudah sedar tanggung jawab Ketua No2 SUSAH bila KIOK nanti

    Bukan muda lagi pon

    Alhamdulilah

    Masa TAUBAT ada selagi belom KIOK

    ReplyDelete
  2. Sumpah! Saya tak beli sebutir pun tanah itu.

    ReplyDelete
  3. Yang peliknya seluruh dunia tahu skandal TH ini tapi semua media kerajaan najib bermula dari media elekronik media cetak dan sebagainya senyap dan sunyi lansung tiada khabar berita,tapi pabila pehak pembangkang buat silap sikit saja sepanjang minggu dan bula dan tahun akan terkemundang diamaya angkasa,itulah balsannya yang Allah tutrunkan diatas ketiadilan memberi khabar yang betul kepada rakyat.Basla dari Allah pad yang membuat zalaim keatas rakyat dibawah pimp[inannya.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa