Nazri cabar Dr M: Kalau berani datanglah Pekan
mk - 1:36PM - 13 May 2015
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz mencabar Tun Dr Mahathir Mohamad bertanding dengan Datuk Seri Najib Razak di Pekan bagi membuktikan kekuatannya.Katanya, lebih baik Mahathir bertindak demikian daripada cuba menggulingkan perdana menteri.
“Saya tidak tahu berapa banyak sokongan yang Mahathir masih ada, tetapi jika dia ingat dia kuat, dia boleh datang cabar Najib dalam pilihan raya umum akan datang,” katanya kepada Sin Chew Daily.
Najib (atas) sudah mempertahankan Pahang dalam 10 kali pilihan raya umum.
Nazri juga berkata Mahathir dan pemimpin Umno lain yang menentang Najib juga boleh bertanding jawatan presiden Umno dalam pemilihan tahun depan.
Inilah fesyen cabar org Umno. Nak cabar tapi mesti kat home ground.Cabarlah lawan kat Ipoh ke, kat Segamat ke, kat Melaka ke barulah jantan. Nie mcm buaya cabar nelayan kalau berani terjunlah dlm sungai kita lawan. Nasib baik lah Nazri bukan Tamil islam.
ReplyDeleteKomen yg.aku suka dan setuju..Thumb up..bro!!!
DeleteNazri telah tergelincir tajuk. Ia tiada kena mengena dengan popular vote. Mahadir dan rakyat bersamanya hanya melontarkan pertanyaan (tak menuduh pun) kepada Najib, takkan itu pun tak mampu di jawab atau takut menjawab sebab bersalah?
ReplyDeleteKepada Nazri ni dah merengke?
ReplyDeleteKalau lawan kat Kubang Pasu macam mana? Najib pernah hampir tewas di Pekan tetapi undi hantu melibatkan TUDM Ibam sebanyak 242 undi telah menyelamatkan beliau. Masih anggap Najib kuat kat Pekan? Tun Mahathir walau apa pun kontroversinya, beliau adalah pemimpin yang melonjakkan Malaysia di persada dunia dan menjadikan negara ini jauh meninggalkan pesaing di rantau asia tenggara. Rakyat hidup harmoni dengan harga barangan yang stabil dan kurang membebankan rakyat walaupun gaji kakitangan awam dan sektor swasta agak rendah. Bagaimana pula di zaman Najib? Segala-galanya punah ranah. Generasi yang belum lahir pun akan menangung hutang dan bebanan ekonomi yang buruk. Najib sebagai PM yang amat lemah dan jasanya hanya merasuah rakyat dan kemudian menyedut dan mengadaikan hasil negara yang telah sekian lama dihimpun semasa pemerintahan Tun Mahathir dan Anwar sebagai Menteri Kewangan suatu masa dahulu.
ReplyDeleteNazri .. macam mana SUNNY UNG .. CINA KOTA BHARU BOLIH BANYAK DUIT..SQUARE POINT ..
ReplyDeleteIni satu lagi tukang kipas. Dah banyak termakan budi kot.
ReplyDelete