SH - 18 Mei 2015
Gambar hiasan
Menurut laporan BBC, Chris Roberts ditahan FBI April lepas sejurus mendarat dari sebuah penerbangan selepas agen agensi tersebut mengesan perbincangannya di Twitter mengenai aktiviti godam tersebut.
FBI kemudian mengeluarkan waran dan mendakwa Roberts atas kemungkinan melakukan jenayah siber.
Dalam beberapa temuramah, Roberts memberitahu pegawai penyiasat bahawa beliau menggodam sistem kapal terbang antara 15 hingga 20 kali dalam pada 2011 hingga 2014.
Beliau juga berjaya menulis balik kod penerbangan dan memberikan arahan 'CLB' atau 'climb' yakni menaikkan ketinggian pesawat.
Beliau juga mendakwa beliau tahu mengenai kelemahan tiga jenis pesawat Boeing dan satu model pesawat Airbus.
Selepas kejadian 15 April lalu, FBI merampas laptop, iPad dan beberapa peranti lain, selain menemui kotak elektronik yang telah diubah suai di bawah tempat duduk Roberts di dalam penerbangan United Airlines.
FBI masih menyiasat kes berkenaan.
Jika kapalterbang dlm kategori drone, ia masuk akal tetapi jika pesawat boeing yg berteknologi tinggi dgn segala R&D dilakukan serta harganya jutaan ringgit, adalah tidak munasabah sama sekali sistem pengkomputeran pesawat itu tidak robust kpd godaman computer hackers. Jika benar seperti didakwa, telah berapa banyak pesawat yg terbukti telah digodamnya?
ReplyDelete