Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, May 16, 2015

Betul ker ni Be Jib weh?

Kang ada pula sesiapa yang sanggah, kang malu.....
Tapi kalau pegawai kerajaan, ada sesiapa berani?

Najib: BR1M idea dari Bank Negara
mk - 2:48PM - 16 May 2015

Datuk Seri Najib Razak menafikan program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) adalah rancangan politik untuk menarik pengundi, sebaliknya ilham daripada pihak Bank Negara Malaysia.

"Ini bukan cadangan saya. Ia cadangan jawatankuasa fiskal dan Bank Negara untuk tolong 40 peratus rakyat (berpendapatan rendah), bukan nak beli undi dan maksud politik tapi untuk tolong rakyat," katanya dipetik Bernama hari ini.

Menurut Najib, BR1M adalah jaringan sosial rakyat dan menjadi cara kerajaan memindahkan kekayaan jangka pendek negara kepada orang ramai.

Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian penyerahan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Melana Indah Fasa 1 di Johor Bahru.

Bernama melaporkan, BR1M bukan bertujuan untuk memalaskan rakyat tetapi merupakan jaringan sosial rakyat dan cara kerajaan memindahkan kekayaan jangka pendek negara kepada rakyat.

Kenyataan Najib yang juga Menteri Kewangan itu dilihat sebagai mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini yang mendakwa pemberian BR1M memalaskan rakyat.

2 comments:

  1. Najib nak tolak bala pulak kat BNM.siapa Govenor BNM tu? Sila jawab

    ReplyDelete
  2. INI GAYA BACUL....

    KESIAN ARWAH SITI AMINAH ; DAH DI ENTOT TAK DI BAYAR

    KABOOMMMM.......


    Macam mana Orang Orang Melayu Boleh Pilih BACUL Jadi Ketua ????

    Negara BANGKRAP , Si Bacul Chabut Ke Kazakhstan Lsh,...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa