Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, May 19, 2015

Komen yang berfakta tapi ramai akan marah!

Ini semua pertanda ketidak mampuan Nakhoda mengemudi bahtera
MONDAY, MAY 18, 2015
Anggota PAS diingatkan supaya menerima hakikat bahawa mereka sedang berdepan masalah dalaman yang berpotensi memecahbelahkan parti.

Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata perkara itu akan berlaku jika ia tidak ditangani dengan baik.


“Hentikan tindakan label-melabel, dan membeza-bezakan antara ahli PAS. Jangan ambil maklumat tepi jalan dan mudah percaya pada hantu-hantu di laman sosial yang tidak dikenali. 


 “Tindakan ini telah membuka pintu kepada musuh memporak-perandakan PAS. Ruang ini perlu ditutup rapat,” katanya yang juga calon timbalan presiden PAS bagi mencabar penyandang Mohamad Sabu.


Dalam kenyataannya hari ini ketika mengumumkan kesediaannya bertanding, Tuan Ibrahim menggesa anggota PAS bersatu padu dengan kesatuan fikiran dan tindakan.


“Selain itu, semua ahli di semua peringkat wajib memikul amanah dalam menjaga rahsia jemaah.


“Ingatlah bahawa Allah melihat setiap perbuatan kita, termasuklah maklumat yang kita sebarkan,” katanya lagi.~ sumber


Komen al-Husseyn:


Hanya baru kini Mamat ini menyedari berlakunya perpecahan dalam PAS?  


Hanya setelah kawasan-kawasan semua habis buat mesyuarat dan berjaya menyingkirkan mereka yang cendrung mempertahankan Pakatan Rakyat. 


Setelah DS Nizar dan Dr Khairudin Datuk Malik (hanya sebagai contoh) tersingkir di kawasan masing-masing lantaran surat layang yang memfitnah kononnya mereka menolak hukum hudud. Dan surat dan sampul yang diedarkan itu terdapat bukti bahawa peralatan dari Pejabat Perhubungan PAS Negeri Perak sendiri telah digunakan?


2. Siapa yang patut menangani perkara masalah dalaman parti kalau bukan presiden sendiri? Apa tindakan presiden terhadap perkara-perkara berikut: 


a) Demo pemuda depan pejabat Agung yang menuntut Dr Hatta dan beberapa yang lain supaya meletak jawatan? 


b) Tindakan keluar beramai-ramai memboikot Timbalan Presiden PAS sewaktu beliau berucap merasmikan Muktamar Pemuda yang lepas. 


c) Pemboikotan Yusni Mat Piah dan Dewan Pemuda Pulau Pinang  dalam PRK Permatang Pauh yang baru lalu?


Ada banyak lagi kalau nak di senaraikan.Itu pun belum masuk lagi salah laku presiden sendiri dalam isu perlantikan MB Selangor yang lalu. 


Presiden perlu dipertanggungjawabkan.Kekalutan semua ini membuktikan ketidak mampuan Nakhoda melayarkan batera dengan lancar.


Siapa yang gemar sangat label melabel nih? Siapa yang kena label sebagai Jebon, Munafiq Haraki, Setan, Islam Liberal, Menolak Hudud, Anti Ulama....bagai lagi... 


Disebaliknya, siapa yang menggelar diri mereka sendiri sebagai ulama', sebagai penyokong ulama. Ngaku sebagai penyokong hudud.Ngaku yang baik-baik belaka. 


Hok yang molek dapat kedemer. Yang hodoh-hodoh bagi ke orang lain! Takkanlah Mamat ni tak sedar lagi?  


Mamat ni sendiri pendiriannya pun pelik. Orang nak bertanding kerusi presiden dia marah! Dia sendiri cabar Mat Sabu boleh pula? Apakah sebab Mat Sabu bukan seorang ulama? Tidak rasional langsung !


Memanglah Allah Maha Melihat - Innallaha sami'un basyir - Sesungguhnya Allaha Maha mendengar dan Maha melihat. Tapi takkanlah Mamat dan Nakhoda kita ni perkara yang saya sebutkan diatas tu pun tak nampak? - sumber

5 comments:

  1. Apa boleh buat lambaian umno sungguh menghairahkan!!!

    ReplyDelete
  2. Syabas TITM, memang tepat sekali kenyataan beliau berkenaan dengan hantu-hantu dilaman sosial.

    Bloger Al-Hussin akan menerima tindakan saman dari Pesuruhjaya PAS Perak diatas fitnah yang berterusan keatas beliau. 3 hari dibagi tempoh lepada Al-Hussin untuk memohon maaf secara terbuka kalau tidak maka Al-Hussin akan berhadapan dengan saman.

    Mountdweller pun kena berhati-hati dengan kenyataan yang dikeluarkan jangan sampai diambil tindakan mahkamah oleh mereka yang difitnah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku pon nak tgok si mamat kastam ni saman al husseyn..
      naper x kepuk jer blkang alhusseyn ala2 kepuk jin.
      heh heheh.cuma smpai skrg aku heran..
      dr mana laaa dtg si razman neh.tetiba jer jd PJ.dasat tol.
      abe..ader org doh kasi gegar abe tu....

      Delete
  3. Mamat
    SiMamat

    Mamat TITM

    Mamat Asang Ali

    Mamat Arongs Dings alJinny wal geliga alBOAYA

    Depa nih dah sama2 GLAMOR kat TV1 dlm FORUM perdana mlm jumaat dolu2..

    Depa juga org kuat kpd MAMAT yg buat onar FITNAH merapu Pilkuda dekat PRU13 tu..

    SEMUA depa tuh dah pon mnjd org2 yg SOKONG Najib yg-JUJUR itu serta dah pon mnjd org2 kprcayaan & kbanggaan Najib..ada akai ka lu worang!?

    Fullstop!!

    ReplyDelete
  4. I am really inspired together with your writing talents and also with the structure in your
    blog. Is that this a paid subject matter or did
    you modify it your self? Either way stay up the nice
    high quality writing, it is uncommon to peer a great weblog like
    this one nowadays..

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa