Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, May 18, 2015

Ini dia sosok yang bernama Lepat

"Papa...Aminah Rindu" 'Terbangkan' Lepat Ke Jerman
Diterbitkan: Isnin, 18 Mei 2015 8:00 AM
Oleh: NORFATIMAH AHMAD
Siti Aminah Ismail
PETALING JAYA: "Papa...Aminah rindu," rengek si cilik yang petah berbahasa Melayu itu hingga membuatkan bapanya, Ismail Ariffin terus bergegas pulang ke Jerman pada Isnin.
Ismail atau lebih dikenali sebagai Lepat kini sibuk mempromosi novel sulungnya, Terima Kasih Si Babi Hutan, Tuhan Kini Aku Datang di Malaysia.
Jadual promosi yang padat menyebabkan dia terpaksa berjauhan dengan anak-anaknya, Siti Aminah yang berusia sembilan tahun dan Ahmad Azali yang mencecah empat tahun berada di Bremen bersama isterinya yang bertugas sebagai pensyarah bidang psikologi, Nor Azlina Ceaser Abdullah.
"Kami memang rapat sebab sejak Aminah lahir saya menjaganya kerana bekerja di rumah untuk menghasilkan karya seni, manakala ibunya bertugas di Universiti Bremen.
"Berbeza pula dengan Ahmad Azali, kerana ketika lahir ibunya sudah mula bekerja dari rumah.
"Beberapa hari lalu saya Skype dengan Aminah dan dia merengek, katanya rindukan saya. Dapat dilihat tubuhnya yang makin kurus kerana tak lalu makan sebab rindukan Papanya," katanya menceritakan mengenai anak perempuan tunggalnya itu ketika dihubungi mStar Online.
Selepas tragedi kehilangan anak sulungnya, Sunni Sazali kira-kira 18 tahun lalu, Lepat kini meneruskan kehidupan bersama keluarga baharunya.
Keperitan hidup yang dilalui anak kelahiran Pulau Pinang ini susulan perisiwa pahit itu mendorong pelukis jalanan ini menghasilkan novel bagi menepis pelbagai tohmahan terhadapnya, terutama berkaitan status agamanya.
Novel itu juga menjadi antara naskhah laris yang dijual sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang berakhir 3 Mei lalu dan kini ditambah cetak sebanyak 20,000 naskhah.
Walaupun kurang sihat sejak dua minggu lalu, Lepat menggagahkan diri untuk menghadiri sesi promosi novelnya kerana baginya ia dapat mengumpul wang untuk perbelanjaan mereka sekeluarga.
"Kalau promosi sendiri dapatlah lebih sikit," katanya yang terharu dengan sambutan terhadap novelnya setakat ini selain menghargai kerjasama dan bantuan kenalannya di seluruh tanahair.
Malahan, Lepat yang akan pulang semula ke Malaysia dalam masa terdekat berkata, beliau kini sudah hampir selesai menghasilkan dua lagi novel yang didedikasikan buat kedua anaknya.

2 comments:

  1. dia memang muslim tapi,rambut dia tu?sahkah mandi junud dia tu?tak lah komen lebih2 nanti salah lak.biaq lah ahli yang faham hukumhakam jawab bab tu!

    ReplyDelete
  2. TAHNIAH

    BUKAN SEMUA ORANG MELAYU MALAYSIA ITU BAKUL....

    ISTERI NYA SUDAH MUALAF , SATU KEJAYAAN BESAR KERANA CABARAN NYA AMAT BESAR SEKALI

    ALHAMDULILAH

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa