Ini kemarahan Mahathir terhadap Najib dan Isteri
Tapi adakah majoriti rakyat berkongsi sentimen yang sama?
Yang pentingnya ialah apa pula kata pemimpin UMNO?
Pada aku sape saja yang dok kat atas tu mungkin sama saja!
Najib kuat dengan 'perhimpunan rakyat upahan'
mk - 7:41PM - 11 May 2015
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebenarnya tidak seperti yang tergambar.
"Ia gemar mengadakan perhimpunan rakyat upahan yang menatang sepanduk kecil yang dibekal kepada mereka dengan tulisan 'I love PM' dan menyanyi lagu “IM4U”. Mereka ini datang kerana dibawa dengan bas dari jauh, diberi makan dan upahan.
"Untuk mendapat sokongan orang Cina, Najib membelakangkan DEB (Dasar Ekonomi Baru), mengurangkan tempat dan biasiswa bagi penuntut bumiputera di universiti, dan melayan segala tuntutan parti pembangkang. Dipercayai bahawa dengan slogan “Ah Jib Gor” abang Ajib, orang Cina akan sokongnya.
"Najib juga percaya bahawa wang tunai adalah raja (cash is king). Jika wang diberi maka rakyat akan sokong dirinya. Maka diperkenalkan BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia), wang percuma untuk rakyat," katanya.
Susulan perkata itu, Dr Mahathir yang pernah menyangka prestasi Najib dalam pilihan raya umum ke-13 akan lebih baik berbanding Tun Abdullah Ahmad Badawi meleset.
"Sebelum PRU 13 diarah supaya dikumpul 70,000 orang Cina di Kelang untuk mendengar kempennya. Tak sampai 15,000 yang datang. Mereka tidak hirau ucapan Najib. Najib kalah teruk di sini pada PRU 13.
"Saya tidak percaya semua ini akan memulihkan sokongan kepada BN. Tetapi sangkaan saya ialah prestasinya dalam PRU-13 akan menjadi lebih baik dari Abdullah.
"Harapan saya tidak menjadi kenyataan. Prestasi Najib lebih buruk dari Abdullah," tulis Dr Mahathir.
Mahathir kritik Rosmah berlagak macam PM
mk - 6:55PM - 11 May 2015
Tun Mahathir Mohamad hari ini sekali lagi mengkritik Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang dikaitkan dengan gaya hidup mewah.
“Saya didatangi oleh ramai kumpulan-kumpulan dan individu yang mengadu terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib."Mereka datang berkali-kali dan meminta saya buat sesuatu supaya Najib berhentikan dasar dan pendekatannya.
“Yang datang bukan sahaja orang Melayu dan ahli Umno tetapi juga orang Cina.
“Mereka amat tidak senang dengan isteri Najib, dengan cara hidup mewahnya, dengan lagaknya seakan-akan ia perdana menteri,” katanya.
Menulis dalam blognya hari ini, Mahathir berkata akibat desakan itu bertalu-talu, beliau cuba menegur Najib tetapi tidak berkesan.
”Desakan supaya saya membuat sesuatu untuk menyedarkan Najib akan kemerosotan sokongan kepadanya, dan kebencian kepada tindak-tanduknya serta cara hidup mewah isterinya datang bertalu-talu kepada saya.
“Buatlah sesuatu, kata mereka. Saya jawab saya sudah buat tetapi tidak berkesan,” kata perdana menteri paling lama dalam sejarah Malaysia itu.
'Keadaan amat serius'
Bagaimanapun, kata Mahathir, apabila beliau mula mendengar berkaitan dakwaan skandal 1MDB, beliau merasakan keadaan sudah menjadi amat serius.“Pada masa itu maklumat tidak banyak. Saya terpaksa buat keputusan untuk hantar kepada Najib surat menyatakan saya tidak sokongnya lagi.
“Najib hanya mengarah orang berdekatan dengannya supaya saya tarik balik surat saya.
"Kerana ia tidak dedah penarikan sokongan saya, terpaksalah saya dedah sendiri,” katanya lagi.
Mahathir (atas) pada 29 April membangkitkan dakwaan gaya hidup Rosmah susulan khabar angin beliau membelanjakan RM3 juta hanya untuk hiasan bunga-buangan ketika majlis perkahwinan anaknya.
“Isunya ialah, orang bercerita. Ia mungkin salah atau betul. Saya tak pasti kalau ia benar, tetapi saya fikir ada yang fakta. Itu jadi masalah,” tulisnya sebelum ini.
nabi telah pesan bila urusan jatuh ketangan puak yang tak amanah akan sampai musibah satu persatu
ReplyDeletebermula dengan matde dollah natjib
ramai orang tak mau berubah rasakan padahnya
Sama aje
ReplyDeleteTak lebih tak kurang
2X5
5X2
Sekandang
1Kencing
1Bau
Semua Nya Rasuah dengan duit Rakyat
ReplyDelete42 Billion beli sokongan MT UMNO , monyet pun boleh jadi PM
Sudah bukti pun
Rakyat jugak BAHALOL
Untong nya ada BOM BON
Maha Firaoun pun GAGAL
Ulamak UG ada peluang jadi LAHANAT kaya ber gaya
BODOH SAJA
GST tetap jalan , Rakyat tetap papa kedana
PNB pulak akan magic !!!!