Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, May 18, 2015

Akan terhentikah langkah politik Husam dalam PAS?

Adakah ini penamat politik Husam Musa dalam PAS?
12:30PM Mei 18 2015
oleh Ian McIntyre

KOTA BHARU: Dalam politik, perangai berbeza mungkin jadi ancaman. Bagi naib presiden PAS Datuk Paduka Husam Musa, sikapnya yang kelihatan acuh tak acuh telah merugikannya.
Dia dikatakan sebagai pengganti berpotensi untuk menggantikan arwah mentornya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Ketika tahun-tahun terakhir Nik Aziz memegang jawatan, Husamlah yang bertanggungjawab membantu ulama dihormati itu mentadbir negeri.
PAS mengalami kesukaran pada pilihanraya 2004 dan Husam lah yang merangka usaha untuk mengembalikan kuasa parti itu di Kelantan pada 2008.
Tetapi sikap menyendiri dan tidak mesra Husam tidak disambut baik oleh ahli-ahli PAS yang lain, menurut Hussein Idris, seorang pemerhati politik Kelantan.
Dia juga membuat kesilapan dengan mencari gaduh dengan ulama konservatif dan tidak berusaha untuk mengangkat dirinya naik dalam tangga politik.
Husam nampaknya optimis apabila ditemui dirumahnya di Salor, Kelantan, baru-baru ini. Dia merasakan Malaysia sudah menjadi negara yang berpecah belas maka PAS memerlukan pemimpin yang boleh menyatukan perbezaan kaum dan agama yang merbahaya ini.
Persoalannya kini adalah wajar atau tidak dia memimpin golongan teknokrat dalam muktamar tahunan- perhimpunan agung PAS di mana setiap delegasi memilih pemimpin untuk penggal baru- pada Jun nanti.
Seorang ahli ekonomi secara profesional, Husam telah menjadi simbol kepada teknokrat dalam PAS, sebuah parti dengan keahlian lebih daripada sejuta orang.
Sebaliknya, dia cepat menafikan anggapan bahawa terdapat pergeseran antara golongan teknokrat dan ulama dalam parti.
Golongan teknokrat terdiri daripada ahli-ahli parti yang mahukan kerjasama yang lebih erat dengan rakan-rakan Pakatan Rakyat, PKR dan DAP. Mereka percaya yang mereka makin hampir menakluk Putrajaya.
Husam dan pengikutnya percaya yang mereka mampu mencapai matlamat itu, Pakatan perlu mendesak kesederhanaan dengan memainkan peranan pembangkang yang baik di Parlimen.
Tetapi golongan ulama, percaya bahawa pendekatan Islam konservatif masih lagi penting dan pelaksanaan hudud ialah keutamaan paling tinggi.
Husam menolak untuk memberitahu samaada dia akan mempertahankan jawatan naib presiden atau bertanding jawatan lebih tinggi.
Walaupun begitu, dia sudahpun menerima beberapa pencalonan untuk jawatan presiden parti, kini disandang oleh MP Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Apabila Nik Aziz tewas kepada penyakit kanser dan meninggal pada usia 84 tahun bulan Febuari lepas, Husam terpinggir dalam pergelutan kuasa.
Untuk menambah kesukaran Husam, terdapat pemimpin di Kelantan yang tidak menyokongnya. Malah dia juga dituduh meluluskan terlalu banyak konsesi balak.
Mengimbau kembali masa lepas, Husam mengakui yang dia merasa dikhianati oleh beberapa rakannya yang dirasakan meninggalkannya berdasarkan andaian semata-mata “berbanding bertanyakan kepada dirinya untuk memahamkan isu-isu tertentu”.
Satu andaian selamat yang Husam akan bertanding dalam pemilihan parti tahun ini. Rakan-rakannya menjangkakan dia samaada mempertahankan kedudukan naib presiden atau mencabar Mohamad Sabu untuk jawatan timbalan presiden.
Dalam politik Malaysia, agak asing untuk merebut jawatan tertinggi tanpa melalui hierarki yang tersedia, jadi Husam tidak dijangka akan mencabar Hadi.
Sementara itu, Husam mengambil tindakan bijak menyembunyikan rancangannya. “Tunggu dan lihat. Ia akan menjadi kejutan,” katanya.
Jika dia bertanding dan menang, ia boleh menyeimbangkan pengaruh ulama dalam parti. Jika tidak, PAS akan kembali kepada imej konservatif Islam pada tahun 1980-an, kata Hussein.
Pergaduhan dengan DAP mengenai hudud juga boleh mempegaruhi pemilihan parti PAS pada Jun. Peliknya, DAP sudah memutuskan hubungan dengan Hadi tetapi memutuskan untuk kekal menjadi rakan pakatan.
Ini dan beberapa isu lain pastinya akan menjadi isu hangat debat dalam muktamar PAS. Kerjasama pakatan dengan DAP pastinya akan menjadi isu utama.
Golongan teknokrat terpaksa menjelaskan hasrat mereka untuk kekal menjadi kawan dan sekutu dengan DAP ketika ramai daripada golongan ulama pastinya mahu menamatkan kerjasama yang terjalin kini.
Rencana ini pertama kali diterbitkan di Focusweek isu 18 April 2015. Untuk bacaan lanjut, layari www.focusweek.my

5 comments:

  1. Husam akan kekal didalam PAS bersama kepimpinan ulamak, Husam lebih mengenali PAS dan akan terus beristiqamah bersama ulamak. Husam dah sedar permainan DAP dan PKR yang akan membawa kemusnahan kepada PAS. Kepada yang tak sehaluan dengan kepimpinan ulamak boleh la isi borang keahlian PasMa dan minta jawatan sekali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takut sok pas yg jadi kuda tuggangan UMNGOK dlm UG

      Delete
  2. musuh bercakap biasa lah......!

    ReplyDelete
  3. Abe .. kalau benda tu Haram .. haram ..jawapan .. Jangan dok kata HALAL ..PULOK .. 95 % SETUJU BERSAMA .. CUMA 0.5 % TIDAK ADA KATA SEPAKAT ..
    PADA AMBO ..95 % .. DUNIA ..
    BAKI .. 0.5 % AKHIRAT ..
    KITA BUKAE TUKAT LANGIT ..

    ReplyDelete
  4. Selama ini Husam telah menunjukkan dia adalah berjiwa besar dgn tidak mementingkan sebarang jawatan. Dia terlebih awal ke hadapan melaksanakan missinya untuk kepentingan rakyat mengikut lunas2 islam. Jauh berbeza dgn sikap puak UG yg kelihatan jelas sikap mereka itu yg buloq kpd jawatan.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa