Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, July 8, 2015

1MDB: Ini kata Tim. Mursyidul Am PAS

'Tuduhan perlu dibawa ke muka pengadilan'
mk - 3:18PM - 8 Jul 2015

Setiap tuduhan yang dilemparkan oleh mana-mana pihak perlulah dibawa ke muka pengadilan bagi mengetahui kebenaran dakwaan itu, kata Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob.

Bernama memetik beliau sebagai berkata apa-apa perkara yang menimbulkan suasana tanda tanya dalam kalangan rakyat perlu segera dibawa ke pengadilan.

"Apa-apa yang boleh timbulkan suasana rakyat tertanya-tanya, kalau perlu bawa kepada pengadilan... terus dibawa kepada pengadilan.

"Yang pentingnya hak dan batil, sama ada tuduhan itu betul atau tidak hendaklah dibawa kepada pengadilan. Kita rakyat menunggu satu keputusan yang adil," katanya kepada pemberita selepas Majlis Sumbangan Kuih Raya Kepada Pasukan Keselamatan di Kota Darul Naim di Kota Bharu hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan Wall Street Journal (WSJ) kononnya kira-kira AS$700 juta (RM2.6 bilion) daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah dimasukkan ke akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.


# Yerlaa..... kena bawa ke muka pengadilan.........tapi sebelum itu kena siasat dulu. Cuma di masa dalam siasatan berjalan apakah tindakan yang sepatutnya?

7 comments:

  1. Org bodoh jadi makanan kpd org yg cerdik terutama cerdik menipu macam pemimpin umno. Org bodoh kata redo aje lah asalkan boleh hidup. Memang patut pun bodoh sebab berkali-kali dah dikhaborkan umno tu penipu tak mahu dengar juga. Serah kpd Allah aje, dah takdir nak buat macam mana?

    Bodohlah utk selamanya...........redoooo.

    ReplyDelete
  2. Hati kalo dah busuk jangan memandai nak komen ler oiii org atas...

    ReplyDelete
  3. Dulu mat yaakob cakap akan resign jawatan mb jika hudud x berjaya dilaksana di kelantan tahun ni..kita tunggu dan lihat saja lah ckp serupa bikin atau tidak..

    ReplyDelete
  4. Encik 8.24...
    ramai yg cakap nak berhenti atau letak jawatan....
    Tapi sekarang ni senyap & balut kepala dengan serban

    ReplyDelete
  5. Agaknya ada ker yang berani bawak dia ke muka pengadilan?
    Tuang presdeng boleh ker?

    ReplyDelete
  6. Oiii cik Mat....
    Yang bakal kena dakwa ialah "yang memberi maklumat"
    cik Mat tak percaya?
    bodo la cik Mat kalu cik Mat tak percaya!!
    Ini Malaysia la cik Mat...Bukan Thailand!!!

    ReplyDelete
  7. Memang tidakbijak apa yang di tutur oleh pemimpin PAS

    Apa kah tiada yang cerdik lagi di Kelantan ini?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa