Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, July 13, 2015

Apa muslihat Noh Omar?

Exco PAS di Selangor dicabar letak jawatan
Published: 13 July 2015 12:20 AM
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar turut mencabar DAP supaya keluar daripada gabungan pakatan pembangkang sekiranya parti itu komited untuk tidak menjalankan sebarang kerjasama dengan PAS. – Gambar fail The Malaysian Insider, 12 Julai, 2015.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari PAS dalam exco kerajaan negeri Selangor dicabar meletak jawatan susulan keputusan Majlis Syura Ulama parti itu membatalkan tahaluf siyasi dengan DAP.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata cabaran juga ditujukan kepada DAP supaya keluar daripada gabungan pakatan pembangkang sekiranya parti itu komited untuk tidak menjalankan sebarang kerjasama dengan PAS.
"Kita tidak mahu ini semua hanya sandiwara politik. Jika masih ada exco atau Adun PAS menyokong mereka (DAP) sedangkan jika (sudah ada) kata putus, Adun PAS (di Selangor) patut letak jawatan," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri program tadarus dan khatam al-Quran peringkat Selangor di Masjid Puncak Alam, di Kuala Selangor, hari ini.
Semalam, Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad berkata PAS di negeri itu akan meneruskan kerjasama dan hubungan dengan DAP di Selangor sehingga menerima arahan rasmi daripada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat berhubung tahaluf siyasi (kerjasama politik) dengan DAP.
Iskandar berkata hubungan dan kerjasama itu diteruskan demi menjaga amanah rakyat yang diterima pada Pilihan Raya Umum ke-13. – Bernama, 12 Julai, 2015.

2 comments:

  1. Bila lagi umno nak bergabung dgn pas? Umno tak akan bersama dgn pas dlm BN tetapi pas akan jadi pemecah undi kpd PR. pas akan jadi pemecah undi melayu dan akan berikan kemenangan spt PRU13 yg lalu bila bertanding 3 penjuru umno, pas & PKR akhirnya umno menang tipis. Teknik pecah & perintah ajaran penjajah amat berkesan utk umno/bn kekal berkuasa.

    Si bodoh jadi makanan kpd si cerdik terutama cerdik menipu macam umno. Kalau tak menipu bukan umno namanya.

    ReplyDelete
  2. UMNO cuba ber sandiwara pulak

    Dengan keluar Pakatan , PAS dapat ber gabung sama UMNO untuk ambil alih kerajaan Selangor

    Dua dua politik LAHANAT kan.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa