Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, July 13, 2015

Beita yang tidak heran dan tidak juga pelik

Pas Terengganu, W.P sokong bercerai dengan DAP

 | July 12, 2015
Penyokong Pas negeri sudah bersedia mendepani sebarang risiko keputusan yang diambil
dap_pas_600
PETALING JAYA: Pas Terengganu dan Wilayah Persekutuan menyokong penuh terhadap keputusan Majlis Syura Ulama yang menamatkan ‘tahaluf siasi’ dengan DAP.
Dalam kenyataannya, Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat berkata, ahli dan penyokong Pas negeri itu sudah bersedia mendepani sebarang risiko keputusan yang diambil.
“Kita tetap yakin bahawa perjuangn Pas akan tetap memperolehi kemenangan dan yang lebih penting perjuangan ini mendapat keredhaan Allah SWT serta segala rintangan bukanlah halangan, bahkan akan lebih mematangkan PAS serta ahlinya sekalian,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Jelasnya lagi Pas sebelum ini menegaskan akan berdiri teguh dengan perkara perkara yang disepakati bersama dalam Pakatan Rakyat (PR).
Bagaimanapun katanya DAP telah memungkiri persepakatan dengan maasuk campur urusan dalaman Pas selain mengecam serta mencemuh Presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang
Sependapat dengannya, Ketua Penerangan PAS Wilayah Persekutuan, Nazmi Nik Din.
Katanya, keputusan itu mencerminkan bahawa PAS sama sekali tidak akan bertolak ansur dan menggadaikan prinsip perjuangan Islam yang telah menjadi teras perjuangan sejak ia ditubuhkan.
“PAS sangat konsisten dengan prinsip perjuangan Islam. Menggadaikan prinsip bermaksud mengkhianati Islam dan secara tidak langsung ianya mengkhianati kepercayaan yang telah diberikan oleh rakyat Malaysia,” katanya yang dipetik daripada Ismaweb.

3 comments:

  1. jangan jual ayat ayat Allah dengan habuan dunia yang sikit dan tak kekal biarkan mereka dengan impian dunia yang tak ke mana pun
    berpakat tapi perintah dari Allah disekat nak buat apa
    boleh berambusss

    ReplyDelete
  2. Kan pas bertanding bukan untuk menang - mencari keredhaan Allah. Institusi parti politik bukannya institusi yg mengamal Sunnah sebenar ikhlas niat.Umat Islam terbahagi kepada 73 golongan hanya 1 golongan saja yg diterima iaitu ahli Sunnah wal jamaah yg mengamalkan Sunnah ikut cara (tiru) macam nabi dan sahabat,tanpa campur aduk apa apa jenis fahaman (politik....)Jika Tuang Presideng ikut cara TGNA, hari ni juga aku kembali pada pas.

    ReplyDelete
  3. Aku pun.. Presideng pas sekrg ckp ngapor... Kata ore dgn gelaran yg buruk.. Xpernah TGNA buat gini ko ore lain... Jenis presideng pah tok leh pakai ni...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa