Layanan istimewa buat Rosmah
Beberapa orang tetamu yang berada di situ turut menyaksikan tingkah laku anggota polis wanita berkenaan terhadap Rosmah
PETALING JAYA: Sebuah video yang menunjukkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mendapat layanan istimewa apabila beliau dipakaikan kasut oleh seorang anggota polis mendapat perhatian di media sosial.
Difahamkan, visual itu diambil pada Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri bersama Media yang turut dihadiri Datuk Seri Najib Tun Razak dan berlangsung di Kompleks Media Karangkraf di Shah Alam pada Khamis.
Menerusi video yang berdurasi 0.31 minit itu, seorang wanita yang merupakan anggota polis dilihat memakaikan kasut ke kaki Rosmah yang ketika itu berdiri di pintu.
Beberapa orang tetamu yang mengiringi turut menyaksikan tingkah laku anggota polis berkenaan terhadap isteri Perdana Menteri itu yang hadir ke majlis tersebut dengan mengenakan pakaian berwarna merah.
Selepas memakai kasut, Rosmah kemudiannya beredar dari situ dengan menaiki sebuah kereta jenis Perodua Kancil yang telah diubah suai menjadi `buggy’.
Pengguna Facebook menggunakan nama Yusry Danie yang memuat naik video tersebut menulis status;
“Nak tya sikit…Si tukang pemakai kasut tu… mahai ka gaji dia? Sampai macam tu sekali layanan pada seorang PM.
“Nak tya sikit…Si tukang pemakai kasut tu… mahai ka gaji dia? Sampai macam tu sekali layanan pada seorang PM.
“Bersangka baik – dia tengah halau semut pada kain dan betulkan kainnya,” tulisnya.
kalau betul,malang sangat2lah.1 pasai dia penjawat awam anggota polis.2 menjatuhkan mertabat sendiri serta keluarga yg sepatutnya layanan yg begitu dilakukan kpd ibu dan ayah dia.
ReplyDeleteSaya rasa okeylah polis tu tolong pakaikan kasut...sebab hanya orang yang gemuk atau buntal saja dapat merasai betapa peritnya nak membongkok untuk memakai kasut kepada yang gemuk pendek. Tambahan pulak baru lepas bedal berbagai juadah berbuka puasa.......
ReplyDeleteJika Polis itu lakukan dengan iklas dapat pahala. Jika dibuat kerana diperintah pun dapat juga pahala kerana teraniya. Jika semata-mata untuk mengampu bos, dapat lenguh-lenguh pinggang dan mempamirkan ciri-ciri perhambaan saja.....
aku.. klu nengok movie, dari awal sampai habis. tak puas hati, tngok lagi.. baru boleh bagi rating dan komen bagai. korang seronok ke dgn video 31sec nih?
ReplyDelete