Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, July 3, 2015

Hasrat anak muda: Inginkan gabungan pembangkang baharu

Aktivis muda mahu gabungan pembangkang baharu dan inklusif
Published: 2 July 2015 3:19 PM
Adam Adli Abdul Halim yang mewakili Anak Muda berkata parti pembangkang seperti PKR, DAP dan PAS hanya mementingkan agenda masing-masing. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 2 Julai, 2015. 

Aktivis muda mewakili pelbagai gerakan persatuan sivil hari ini menggesa parti pembangkang membentuk gabungan baharu yang lebih kuat dan inklusif bagi membawa perubahan di Malaysia.
Kumpulan bergelar Anak Muda itu mendesak parti yang berminat supaya mengadakan pertemuan dalam tempoh 14 hari bagi membincangkan perkara tersebut.
Jurucakapnya Adam Adli Abdul Halim berkata, penting bagi pembangkang mendengar gesaan mereka kerana mewakili suara senyap yang mahukan perubahan di peringkat kerajaan pusat.
"Kira-kira 4.8 juta pengundi muda akan mengundi pada pilihan raya umum ke-14 dan hari ini, 146 daripadanya bersuara. Mana-mana parti politik tidak mahu hilang undi.
"Kami, anak muda sedar sesuatu perlu dilakukan. Pandangan kami juga berharga... dan parti politik tidak boleh memandang ringan perkara ini," katanya.
Adam berkata, Anak Muda akan terus mendesak diadakan dialog dengan parti pembangkang yang berminat dalam masa 2 minggu, bagi membuktikan kumpulan itu benar-benar mahukan perubahan.
Sementara itu, Syukri Razab daripada Suara Rakyat Malaysia (Suaram) berkata ia merupakan peluang pembangkang menunjukkan keazaman mereka membawa politik baharu dalam negara.
"Kami bosan melihat sikap ego parti politik yang hanya mahu fokus kepada agenda sendiri dan mengabaikan kepentingan rakyat, sebab itu kami mahukan campur tangan luar daripada pihak ketiga," katanya.
Katanya, Anak Muda sedia berjumpa dengan mana-mana parti pembangkang yang berminat bekerjasama dengan mereka.
"Kami sudah tidak tahan lagi dengan parti pembangkang seperti PKR, DAP dan PAS yang membuat keputusan sendiri dan hanya fokus kepada agenda parti masing-masing.
"Selama ini kami hanya melihat dan fikir mereka tahu apa yang mereka buat tetapi keputusannya mereka bertelagah dan mengetepikan harapan rakyat. Mereka perlukan pandangan ketiga mengenai perkara itu dan kami bersedia," katanya.
Aktivis lain yang turut serta ialah sekretariat #KitaLawan Mandeep Singh, Jay Jay Denis, Syefura Othman, aktivis pelajar Khairol Najib, Lau Yi Leong dan Safwan Anang. – 2 Julai, 2015.

1 comment:

  1. Pakcik anak sebelum merdeka, pakcik sokong anak muda, dah nak muak ngan parti stereotype nih !

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa