Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, July 13, 2015

Insiden Low Yat: Tiada penipuan - IGP

Ketua polis negara jelaskan tiada penipuan dalam insiden Low Yat
OLEH KC NAZARI
Published: 13 July 2015 5:17 PM
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar di Plaza Low Yat selepas insiden pergaduhan semalam di Low Yat, Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 13 Julai, 2015. 

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan tiada sebarang penipuan berlaku melibatkan suspek yang ketika ini ditahan polis dan penjual di sebuah kedai telefon di Low Yat Plaza, Kuala Lumpur, pada Sabtu.
Katanya, cerita mengenai penipuan itu direka rakan suspek itu yang dibebaskan polis selepas kedua-dua mereka ditahan pihak keselamatan Plaza Low Yat dan diserahkan kepada pihak berkuasa itu ketika kejadian.
"Saya minta media laporkan dengan jelas. Tiada penipuan dalam kes ini oleh sesiapa. Dalam kes ini tiada penipuan oleh penjual.
"Berita penipuan ini diada-adakan sahaja, seolah-olah ini isu perkauman. Jangan main-main isu ini. Isu ini sangat bahaya," katanya pada sidang media di plaza tersebut petang ini.
Penjelasan itu dibuat Khalid selepas polis Kuala Lumpur tengah hari tadi mengumumkan pihaknya masih belum menerima sebarang laporan berkenaan kes tipu yang dikatakan itu.
"Setakat ini tidak ada laporan daripada mana-mana pihak menyokong kenyataan yang suspek ialah seorang mangsa penipuan," kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Mat Isa terdahulu hari ini.
Mesej yang viral di Internet sejak Sabtu mendakwa, suspek ditipu supaya membeli telefon pintar yang diklon dan kemudiannya bertindak balas apabila penjual enggan menggantikan telefon itu.
Posting yang dibuat atas talian itu juga mendakwa, suspek dipukul selepas didakwa cuba melarikan diri dengan telefon "sebenar". Suspek dan rakannya kemudiannya ditahan berikutan kejadian itu.
"Setakat ini kami menyiasatnya sebagai kes kecurian. Kami juga mendapat rakaman kamera televisyen litar tertutup bagi memudahkan siasatan kami," kata Tajuddin. – 13 Julai, 2015.

1 comment:

  1. Ke mana perginya pengkomen-pengkomen bangang dlm posting terdahulu yg membela penjenayah melayu tersebut. Apa yg kamu rasa sekarang, oren?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa