09:30PM Jul 14 2015
oleh Robin Stanley Augustin
KOMEN: Nampak gayanya kita akan mempunyai sebuah parti politik baru tidak lama lagi. Parti baru tersebut, Gerakan Harapan Baru (GHB) dianggotai oleh bekas pemimpin “progresif” PAS yang disingkirkan daripada jawatan kanan PAS oleh pihak “konservatif” dalam muktamar parti bulan lepas.
Adakah GHB akan menjunjung nama besarnya?
Bekas timbalan presiden PAS, Mohammad Sabu, lelaki disebalik penubuhan parti itu, berkata yang parti itu akan berasaskan prinsip inklusif, progresif dan keprihatinan kepada rakyat.
Dia tidak menerangkan secara jelas pendirian GBH tentang hudud, hanya mengatakan bahawa parti itu akan mematuhi prinsip demokrasi berparlimen dan rundingan apabila membincangkan undang-undang Syariah.
Parti itu akan menerima sokongan tokoh terkemuka PAS seperti bekas naib presiden PAS Salahuddin Ayub, Mujahid Yusof Rawa, Dr Dzulkefly Ahmad, MP Sepang Hanipa Maidin, MP Shah Alam Khalid Samad dan bekas menteri besar Selangor Muhammad Muhd Taib, kesemua mereka akan membentuk jawatankuasa penganjur parti tersebut.
Walaupun barisan parti baru ini dipenuhi oleh bekas pemimpin atasan PAS ia bukan sesuatu yang mengejutkan, persoalan sebenar samada parti ini mampu membawa perkara baru ke dalam lanskap politik Malaysia.
Atau GHB hanya merupakan olahan semula PAS, yang lebih berwajah progresif dan lebih fleksibel?
Tidak seperti PAS, GHB terbuka kepada semua orang, termasuk yang bukan Islam. Tetapi ada perkara yang lebih diperlukan berbanding kepelbagaian kaum, atau dalam kes GHB, parti politik pelbagai agama.
Sukar untuk GHB mengubah tanggapan yang ia bukanlah parti serpihan PAS.
Tambahan pula, parti itu dibentuk sebagai ganti PAS bagi pakatan baru pembangkang yang dinamakan Pakatan Rakyat 2.0, dan ia hanya menjadi kenyataan selepas kelompok progresif disingkirkan secara besar-besaran oleh PAS. Banyak parti politik- termasuk daripada BN dan pembangkang yang melaung-laungkan prinsip inklusif untuk semua, tetapi hanya beberapa yang benar-benar inklusif.
Untuk masa sekarang, nampaknya ada kemungkinan besar yang GHB akan mengambil alih tempat PAS dalam Pakatan Rakyat baru bersama-sama DAP dan PKR.
Adakah ini yang diperlukan untuk membentuk pembangkang yang kuat dan berdaya saing?
Ketika orang seperti Mujahid, Khalid, Dzulkefly dan ramai lagi dalam jawatankuasa penganjur tidak akan berdepan masalah meraih undi daripada orang Islam dan bukan Islam di kawasan bandar, GHB mungkin berdepan cabaran sukar di kawasan pendalaman, yang merupakan kubu kuat PAS dan Umno.
Untuk kumpulan yang melaungkan kepimpinan progresif, mengapakah ahli-ahli GHB tidak melihat DAP atau PKR sebagai parti yang sesuai disertai selepas muktamar PAS?
Malah, mengapa tidak sahaja GHB, DAP dan PKR bersatu menjadi sebuah parti?
Jika PKR dan DAP bukanlah parti yang sesuai, apa yang membuatkan GHB merasakan yang mereka akan sentiasa mempunyai pendirian sama dalam isu-isu lain sekiranya matlamat dan nilai mereka berbeza?
Apakah akan terjadi sekiranya mereka mempunyai pandangan berbeza dalam isu tertentu? Adakah pakatan baru ini juga akan hancur seperti Pakatan Rakyat?
Keputusan PAS untuk memutuskan ikatan dengan DAP ialah satu rahmat. Memberikan peluang kepada pakatan pembangkang untuk melakukan sesuatu yang benar-benar radikal, mempertimbangkan secara serius untuk menjadi satu entiti tunggal parti politik yang lebih kukuh.
Mereka sudahpun mempunyai kerangka dasar bersama dan ini boleh menjadi asas untuk mereka bergerak jauh.
Tetapi mungkin jaraknya terlalu jauh. Terutama sekali GHB sendiri tidak dapat menyatakan pendiriannya dalam hudud.
Hakikatnya, semua parti politik perlu menyatakan pendirian mereka dalam semua isu, terutama sekali dalam isu hangat yang boleh memecahkan pakatan mereka.
Rakyat mahukan pilihan politik yang kukuh, bukan yang lebih baik antara dua pilihan yang tidak baik atau barisan alternatif yang tidak kukuh.
Setiap pendirian parti perlu mencerminkan nilai mereka dan yang paling utama, selari dengan Perlembagaan Persekutuan.
Terlalu banyak kerugian bagi parti-parti politik, samada daripada pemerintah atau pembangkang yang menggunakan pendekatan “tunggu dan lihat”, terutama sekali dalam isu penting negara.
Mereka perlu mempunyai pandangan jelas dalam matlamat bersama untuk mentadbir negara.
Disebabkan itulah, masih terlalu awal untuk menentukan nasib GHB. Sangat menarik untuk melihat apakah jalan yang akan dipilih oleh parti itu untuk manfaatnya sendiri dan yang boleh disumbangkan kepada negara dalam jangka masa terdekat ini.
Komen dan cadangan boleh dihantar kepada penulis di robinstanley@hckmedia.com
GAHARU ADA PELUANG BESAR TUK MAJU KERANA IA DI BINA DI ZAMAN MELAYU MULA MENGENALI OTAK MEREKA
ReplyDeleteIni FAKTA sering di pandang remeh oleh orang orang Melayu.
Melayu telah GAGAL sepanjang ia mengenali diri mereka sebagai Melayu. Sebelum ini Melayu melihat diri nya sebagai ORANG sama seperti saudara mereka di Sepilok Sabah.
GAHARU tuk berjaya MESTI FIKIR LUAR KOTAK tujuan nya iaitu dengan mencipta nilai ekonomi tuk bantu ahli ahli dan Rakyat sekitar nya.
Anak anak Melayu GAGAL ada dalam JUTA JUTA dan ini adalah pasaran utama GAHARU. Anak anak muda bukan semua nya Bahalol walau sebahagian besar nya boleh kata bahalol tahap batu giling.
Anak anak Muda Melayu sudah menjauhi PAS yang di lihat fanatik setanding Ayah Pin atau Al Tolol.
Dengan menarik anak anak muda Melayu ber fikir di luar kotak dengan melibat kan mereka di arena mencipta nilai ekonomi dapat menanam sifat di hargai pada diri anak anak muda melayu ini.
Batu Giling pon ada nilai ekonomi nya juga.
Mat Sabu sangat wibawa tinggi setanding BROERY dengan WIDURI nya juga , mampu menarik anak anak muda melayu yang bahalol tuk berubah memjadi Manusia BER FIKIR.
Belajar lah dari Bangsa Cina yang tahu berenang bila saja matahari terbit pagi.
Jangan lah di ajar itik berenang bila Melayu sendiri bagai ORANG ORANG di SEPILOK nun.
Alhamdulilah & Good Luck !!!!!
GHB bukanlah cebisan teka-teki yang hilang sebaliknya ianya masih berlegar dikalangan PR, mereka tidak hilang dan tidak kemana pun. Tiada keuntungan buat PR kerana mereka ni pun adalah ahli-ahli PR yang kalah dalam pertandingan dan lahirnya GHB adalah kerana kekecewaan.
ReplyDeleteDimana tambah nilainya buat PR? Dimana bertambahnya kekuatan PR? Hanya menguntungkan BN adalah. Perjuangan yang membawa kekecewaan tidak akan kemana, hanya menunggu rebah. DAP dan PKR tidak akan sesekali mempelawa mereka berhijrah masuk ke parti masing-masing kerana mereka tahu GHB ini adalah golongan perosak parti.
Golongan perosak parti adalah mereka2 yg mengatur dan memilih pemimpin mengikut seruan wahyu senarai(CAI)
DeleteJelas disini yg org2 tersebut merendahkan anugerah aqal(kepala hotak) dgn membiarkannya lebih teruk dr kambing beek beek yg tak suka mandi lg hamis.kambing pon reti geleng2 kepala bila lena penampor atau ditarik tengkoknya.ini (CAI)bkn tahap cucuk idung lagi.betul2 buta mata telinga dan hati.bahkan lebih teruk...
Betul mereka bukan hilang...tapi mereka dihilangkan ditenggelamkan parti ulama mesra bn...banyak plan PR disabotage parti ulama tu...alhamdulillah, konspirasi menendang ghb membuahkan rahmat kepada PR...dengan menyingkir parti ulama mesra bn, PR akan lebih kuat...inilah cebisan teka teki yang hilang dalam PR selama ni...parti ulama jadi duri dalam daging selepas pemergian ufn, di bawah pimpinan hadi dan pemergian tgna...
ReplyDelete