oleh Mariam Mokhtar
SUARA LANTANG: Di negara si buta, orang bermata satu menjadi raja, walaupun dia membawa rakyat ke lembah paling hina.
Seorang pelajar Sejarah yang meninjau politik Malaysia sejak 2008 mungkin menemui beberapa perkembangan menarik.
Selepas Umno Baru dan BN kalah begitu banyak kerusi pada PRU12, Najib Razak, yang pada masa itu timbalan perdana menteri, merancang strategi jangka pendek bagi merampas kuasa daripada pembangkang. Ia tidak dilakukan menerusi usaha menambat hari pengundi tetapi dengan kaedah berbeza. Pada Februari 2009, kita saksikan operasi kelam-kabut menjatuhkan kerajaan Perak. Ia berjaya. Wang sering menemukan kejayaan.
Najib memusnahkan keyakinan dan tidak lagi dipercayai warga Perak, terutama kerana peranan Dr Mahathir Mohamad di dalam Skandal Maminco masih segar di ingatan.
Pada 1981, skandal Maminco mendatangkan kecelaruan. Maminco Sdn Bhd ditubuhkan, sebagai syarikat RM2 bagi menyerbu pasaran timah di Tukaran Saham Logam London. Rancangan Mahathir gagal kerana peranan pihak Amerika, yang mengeluarkan lebihan stok mereka.
Perak jatuh miskin, antara negeri yang paling miskin di Malaysia. Rakyatnya hidup mengharapkan timah dan mereka muflis akibatnya. Ipoh menjadi bandar hantu. Rakyat Malaysia berketurunan Cina ke luar negara sehingga ada yang menjadi pencuci pinggan di beberapa bandaraya di dunia.
Pada 1987, Mahathir menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bagi menahan 106 pemimpin pembangkang, ahli akademik, jurnalis, pelajar, ahli sains dan aktivis di dalam Operasi Lalang. Ramai dari warga Malaysia berketurunan bukan Melayu melarikan diri ke luar negara. Malaysia memang punyai sejarah di mana rakyatnya melarikan diri, kerana kurang peluang di bidang pendidikan dan perniagaan, serta akibat penindasan politik.
Kembali ke krisis Perak 2009, selepas rampasan kuasa di Perak, Anwar Ibrahim sekali lagi berdepan tuduhan sodomi, kali ini dengan pembantunya. Perbicaraan berat sebelah dilakukan, dengan video seks dibekalkan bagi menyumbang kepada kejatuhan Anwar.
DAP pula berdepan masalah dengan Pendaftar Pertubuhan (RoS) dan pada PRU13, negara menyaksikan pilihanraya yang sarat penipuan. Abdul Hadi Awang, presiden PAS jatuh sakit dan di Turki, beliau menerima kunjungan Najib. Ramai yang memperkatakan tentangnya. Selepas sembuh, Hadi kembali dengan usahanya melaksanakan hudud di Kelantan dan luka lama berdarah kembali.
Sementara itu, ahli politik pembangkang berdepan dakwaan di bawah Akta Hasutan dan Karpal Singh yang menentang hudud mati dalam kemalangan jalanraya.
Tetapi sebelum itu, pesawat MH370 hilang di udara yang menampakkan kelemahan ahli politik, tentera udara, Jabatan Penerbangan Awam dan MAS. Namun hari ini, tiada siapa yang meletakkan jawatan akibatnya.
Langkah Kajang dilakukan bagi menggantikan MB Khalid Ibrahim namun tergendala kerana Anwar dijatuhi hukuman penjara. Isteri beliau Dr Wan Azizah lantas menggantikan tempat Anwar.
Najib pula semakin tertekan, dengan diburu hantu Altantuya dan skandal 1MDB yang semakin menggunung, sehingga menenggelamkan lain-lain skandal.
Ia lebih buruk dari PKFZ, Projek IC dan projek lembu NFC di mana menteri Shahrizat Abdul Jalil didakwa menyonglap wang rakyat.
Hakim menolak raayuan Anwar dan beliau dipenjara. Buat sementara waktu, tumpuan kepada Anwar sehingga kita terlupa skandal lain.
Kematian Tok Guru Nik Aziz menyebabkan Hadi berani menunjukkan taringnya tetapi DAP enggan tunduk kepadanya.
Hari ini, Najib seharusnya meraikan perpecahan Pakatan. Tetapi sebaliknya Najib dilanda masalah kerana didakwa melakukan pelbagai salahguna kuasa. Umno Baru bakal ranap akibat serangan bertali arus daripada Mahathir.
Rakyat resah melihat Najib, yang kononnya "dipilih" dalam PRU13, seolah-olah sukar dijatuhkan. Orang-orang yang dituduh terlibat rasuah dan pembunuhan, penyelewengan dan salah guna kuasa, terus memainkan peranan penting di dalam industri, di institusi utama dalam perkhidmatan awam, angkatan tentera dan yang lebih penting, dalam kerajaan.
Generasi yang lebih tua menggeleng kepala dan berkata, "Apa boleh buat? Dah terlewat," sementara yang muda keliru kerana kita kelihatan meraikan kegagalan.
Walaupun segala masalah timbul akibat Umno Baru serta sikap tak acuh kita, kita sebenarnya perlu bersatu kembali dan membina semula Malaysia yang kita banggakan. Kita perlu lakukankan ini sekali lagi.
Mariam Mokhtar merupakan warga Malaysia yang berani berkata benar.
Semua terjadi akibat Orang Orang Melayu membodoh kan diri meteka sendiri untuk habuan yang sedikit
ReplyDeleteIni membukti kan orang orang Melayu bangsa Bodoh.
Ada Bangkai di usung ber tahun tahun walau Bangkai belum pon KIOK
Akhirnya sendiri papa kedana bagai KANGKONG di tepian longkang longkang.
Aku dan 28 juta rakyat malaysia juga berani berkata benar. Hakikatnya umno dari dulu sampai sekarang kerjanya menipu dan mengisi tengbolok. Mereka tidak sekali2 akan mendapat pengampunan rakyat.
ReplyDeleteDemi Allah aku tidak akan maafkan apa yang umno bn perbuat padaku. Ini sumpah dan janjiku.
Kononnya orang melayu ada ratus ribu2 ahli silat. Ada lagi panglima2 hitam. Lagi panji2 hitam. Salendang merah. Pi mampos kau pendekar melayu. Sumua mau hamtam cina saja ka? Pemimpin melayu buat apa pun boleh ka. Itu duit bilion2 orang melayu bawa lari bukan duit cukai melayu jual goreng pisang. Itu duit cina woo. Cina kasi makan, melayu mau potong cina. Apa pasal? Hampui lu melayu tara telur.
ReplyDeleteIni kerana
ReplyDelete1.dia fitnah calon pkr sbg penjual pil kuda?
2.dia hina presiden pkr konon tak ada kelayakan jadi mb?
3. dia cuba rasuah azmin dgn jawatan mb?
4. ahli pas buat solat hajat nak kekalkan kahild sbg mb walhal org tua tu sengaja tinggal solat? org yg istiqimah dlm solat mohon pd Allah swt supaya kekalkan org munafiq jd pemimpin dia?
5. ahli mendoa laknat pemimpin2 pro?
6. ahli mengeboo pemimpin2 pro?
7. ahli2 memijak gambar2 pemimpin2 pro?
8. dia gagal bentang ruu dlm mesyuarat pr wlpn dah janji?
9. dia dan penyokong2 melabelkan pemimpin2 pro dgn pelbagai gelaran haram dan tak Islam?
10. masih lagi bertahaluf siyasi dgn dap di Selangor?
11. pas yg masih bertahaluf siyasi berlaku khianat?
12. dia selalu ponteng sidang parlimen?
13. dia mencanangkan hudud Allaha swt tapi tak ada satu hudud pun dlm ruu yg nak dibentangkan diparlimen yg hadi ponteng?
dan banyak lagi...AKU MEMERHATI KEHAIRANAN KELAKU MEREKA
Aku bersetuju dan tidak menafikan bahawa orang2 melayu adalah satu bangsa yang lemah...mungkin sejak azali lagi...lihatlah kalau2 ada kejayaan kaum bangsa melayu di peta dunia...rasanya memang tiada...kaum melayu memang ada banyak kelemahan dari segi akal, ketahanan dan bakat...apakah yang pernah dicipta oleh kaum melayu sehingga diakui oleh semua bangsa didunia ini?...rasanya belum ada lagi dalam sejarah...kalau bakat...rasanya ada melayu yang dapat menguasai kaum lain didunia...satu yang aku percaya, kaum melayu memang memiliki perasaan berhasad dengki yang tinggi antara sesama mereka dan amat berbakat dalam membelot...salah satu sebab Tanah Melayu dijajah kerana orang2 melayu sendiri yang membelot...kalau bab tahyul tu, jangan ceritalah...pokok bergoyang pun disangkakan ada hantu...padahalnya angin yang menyebabkan pokok bergoyang...itulah salah satu kelemahannya orang2 melayu tanpa membuat membuat penyelidikan terlebih dahulu...sehingga kini kaum melayu masih lagi tiada dapat keluar dari kepompong zaman berzaman...
ReplyDelete