Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, July 2, 2015

Memang PAS akan tumbang kecuali bergabung dengan UMNO!

Itulah saja pilihan bagi PAS sekarang setelah reputasinya parah dan dalam masa yang singkat memang sukar bagi PAS memulihkan kepercayaan pengundi
Kalau tak percaya cuba adakan PRN sekarang sebagaimana PAS cabar DAP di Penang!

Pasca muktamar, Mahfuz risau Kelantan tumbang
mk - 8:15AM - 2 Jul 2015

Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar bimbang kerajaan PAS Kelantan tumbang jika kepimpinan parti gagal meraih semula sokongan rakyat selepas berlangsungnya muktamar bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata PAS perlu mengambil tindakan drastik untuk memperbaiki "kerosakan dan imej PAS yang tercalar" dengan melihat secara menyeluruh kesan pemilihan parti - yang menyaksikan tersingkirnya pemimpin progresif - kepada masyarakat dan anak muda.

Pada masa yang sama, beliau turut menggesa kepimpinan PAS tidak beretorik dengan "kata-kata manis" dengan menyembunyikan masalah termasuk ketidakpuasan hati rakyat dan penyokong seperti tiada apa-apa yang berlaku dalam PAS, sedangkan pada hakikatnya rakyat menuntut tindakan PAS mengenainya.

"Ya, kalau gagal (atasi masalah pasca muktamar) sokongan akan merosot. Apatah lagi dengan sokongan kewujudan parti baru, sudah pasti, ia akan memberikan implikasi yang buruk. Yang sangat menjadi kebimbangan saya ialah kehilangan Kelantan.

"Kita boleh kata tak (ada) apa. (Tapi) jangan sampai orang kita menyembunyikan sesuatu, yang tidak sepatutnya kita sembunyikan (seperti) menyembunyikan ketidakpuasan hati rakyat, penyokong dan sebagainya," katanya.

Dengan mengandaikan pilihan raya umum boleh diadakan lebih awal sama dengan Sarawak atau pada 2017, Mahfuz berkata kepimpinan PAS perlu segera dan drastik mencari jalan penyelesaian dan menunjukkan rasa jiwa besar serta merendahkan ego masing-masing demi kebaikan parti.

Beliau menjawab soalan berhubung harapan beliau kepada kepimpinan baru PAS dan implikasi jika gagal menyelesaikan masalah dalaman parti menjelang pilihan raya umum akan datang.

Ketika diwawancara dengan Malaysiakini, Mahfuz berkata faktor kewujudan parti baru juga perlu ditangani kerana menurutnya boleh memberi "implikasi yang sangat tidak sihat" dan PAS perlu memperlihatkan sikap lemah lembut dan kasih sayang sewaktu mengadakan rundingan dengan mereka.

"Keutamaan kita ialah PAS meletakkan matlamat Islam. Jadi bagaimana nak menyelamatkan imej Islam? Imej Islam mesti diselamatkan supaya oran lihat Islam agama yang baik dan lemah lembut, kasih, sayang, bukan dilihat," katanya.

Sokongan 'tak menggembirakan'

Mahfuz bagaimanapun enggan mengulas kepimpinan PAS yang dikuasai kumpulan pro-ulama malah menasihatkan mereka agar meneliti maklum balas dan komen rakyat terhadap PAS selepas muktamar, yang disuarakan dalam media online yang mesra parti itu.

Beliau berkata berdasarkan rumusan seorang ahli akademik yang juga sahabatnya kepadanya, menunjukkan maklum balas yang diberikan kepada PAS selepas muktamar "tidak menggembirakan" beliau.

"Kalau sebelum (pilihan raya umum) 2008, Datuk Rohani Ahmad membuat andaian rambang berasaskan komen dalam media online, dia buat satu rumusan bawa BN akan kalah.

"Tapi bila kawan saya dari universiti buat rumusan dengan mengambil (maklum balas) media online macam Harakahdaily, Tranungkite, dan satu dua tiga lagi, yang memperlihat peratusan (sokongan) yang tidak menggembirakan kepada PAS.

"Saya tidak lihat sangat keputusan muktamar, tapi orang yang komen hasil daripada, bagaimana perjalanan kempen (dalam pemilihan), yang dilihat tidak sihat," katanya.

5 comments:

  1. Elok lah PAS tumbang di Kelantan

    PAS tak buat apa apa untuk Rakyat Kelantan pon melain kan ambik Gaji Elaoun BUTA

    Main facebook internet waktu pejabat saja

    Bagai langit dan bumi jika di banding dengan kerajaan DAP

    Bagai banjir dan sungai jika di banding dengan kerajaan UMNO

    Rakyat Kelantan rugi besar di tipu habisan

    ReplyDelete
  2. Baguslah kalau pas kalah kat kelantan tukar dgn parti baru. Pemimpin yg ada sekarang pun bukannya tahu mentakbir negeri tapi bijak bab menarah hutan balak bagi kat kroni2. Zaman TGNA puak2 ni semua kecut telor mereka tapi bila TGNA tak ada semua naik tocang.

    pas ganti umno = perangai buruk pun sama 2x5.

    ReplyDelete
  3. hj hadi dah sokong najib
    hj hadi dak ug
    hj hadi nak pembakang kacau bilau
    hj hadi pakatan hancur
    hj hadi dah putus ngan dap
    hj hadi dah halau org yg tak sekepala mcm kepala hotak dia

    hj hadi dah songsang politik
    hj hadi bodoh politik
    hj hadi jenis ulamak kaki fitnah

    PENYOKONG HJ HADI LAGI TERUK BODOH DAN BUTA POLITIK
    PAS AKAN MELINGKUP KLU PARTI BARU DI TUBUHKAN NANTI......SEBAB RAMAI AHLI PAS AKAN BERLUMBA LUMBA MENINGGALKAN PAS.....AKU JADI PENYOKONG PAS TAHUN 1969...JADI AHLI TAHUN 1983 DAN JADI AHLI SEUMUR HAYAT.......DAN AKU AKAN MASUK PARTI BARU DAN TINGGALKAN PAS.........AKU SERU AHLI PAS ...JOM TINGGALKAN PAS....KITA JGN BERSAMA2 DGN ULAMAK PENIPU bila cakap...tipu saja KITA JGN BERSAMA2 ULAMAK YG SUKA BUAT FITNAH....fitnah pil kuda [ dah kompom ]....mcm2 kemunafikan ulamak ussuq ada dlm pas.....kita dah bijak menilai.....SATU AKU NAK PESAN ....JGN TAKSUB DGN ULAMAK2 SESAT

    ReplyDelete
  4. Pas sekrg xubah mcm amno beza dipimpin ustaz yg cuma pandi jaga perut dan berckp.. Sahsiah letak kat punggung... Geng hadi perosak pas... Dari pilih pas bik amno yg perangai setan tu... Sbb amno ada duit.. Pas ada apa ustaz penipu... Ninle ulamak Suu yg nabi dok sebut tu... Dah sampai rupa.. Sekali berckp mm org mabuk pil kuda.. Memng teruk le pas skrg... Ketiadaan TGNA terasa sekli sbb kepimpinan skrg lintang pukang.. Adious pas... Kita berhijrah.. Selamt tinggal pas di kelatan anak beranak kawe pun xkan ngundi pas dah...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa