Inilah masalahnya bila manusia jenis syok sendiri!
Nazri gembira TMJ rasa dia tak kacak
mk - 4:37PM - 1 Jul 2015
Menteri Pelancongan dan Kebudayan, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz gembira kerana Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim merasakan beliau bukan seorang yang kacak.
"Pertama sekali saya gembira beliau berkata demikian, Jika tidak, saya terpaksa mempersoalkan seksualitinya.
"Jika seorang lelaki kata lelaki lain kacak, maka kita perlu mempersoalkan seksualitinya, saya tak mahu mempersoalkan seksualitinya," katanya kepada Malaysiakini hari ini.
Nazri dan Tunku Mahkota Johor itu bertelagah selepas menteri itu mengingatkan Tunku Ismail bahawa beliau mungkin "dibelasah" jika campurtangan dalam politik.
Dalam temu bual eksklusif dengan Malaysiakini, Tunku Mahkota Johor itu membidas Nazri dengan mengatakan menteri itu tidak cerdik dan merujuk kepadanya sebagai "tong kosong".
Sementara itu, Nazri juga percaya bahawa tidak semua rakyat Johor kecewa dengan kritikannya terhadap kerabat diraja itu.
"Saya tahu ramai rakyat Johor yang tidak berkongsi sentimen yang sama," katanya.
Mengenai siasatan polis terhadap kenyataan itu, Nazri berkata beliau sedang menunggu tindakan lanjut Pejabat Peguam Negara
"Sebagai bekas menteri undang-undang, saya menghormati prosedur. Saya tidak berfikir dua kali apabila saya dipanggil. Saya pergi terus ke Bukit Aman (untuk memberi kenyataan saya)," katanya.
Laporan polis telah dibuat terhadap Nazri selepas kenyataan beliau terhadap Tunku Mahkota itu.
Baca juga: TMJ: Tugas saya bercakap buat Bangsa Johor

dia ni jgn dok layan , tau undang2 tapi taktau hurmati
ReplyDeletesbb rasa hebat .
apa jasa dia ni yg dah berlumut jadi mentri , sudah2la cakap suka hati dia sbb mentri- cuba ckp mcm tu selepas tak mentri -tua tak da harga diri
TMJ -jgn layan ni orang takda ''class'' low standard kosong ''jiwa''
Daulat tuanku...aku bukan org johor tapi aku mmg perlukan perlukan generai muda seperti TMJ
ReplyDeleteDaulat tuanku...aku bukan org johor tapi aku mmg perlukan perlukan generai muda seperti TMJ
ReplyDeleteMenteri umno ni sama taraf dgn samseng kampung dusun, berlagak bila ada kuasa sikit. Nanti bila dah pencen jadi macam kucing kurap siapa pun tak pandang. Dia ingat nak tunjuk samseng aje, malulah kau tu menteri bukan samseng kongsi gelap nak belasah org bagai? umno di penuhi dgn perasuah, kaki betina, pembunuh, penyamun,samseng,kaki mabuk dll. Patutlah madey kata umno rosak sampai ke usus.
ReplyDelete