Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, July 2, 2015

Nak kata lucu ker bangang?

Tiada kerajaan lain bantu rakyat seperti BN, kata timbalan menteri
Published: 1 July 2015 1:57 PM
Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (bersongkok) berkata tidak ada kerajaan yang membantu rakyat dengan pelbagai program seperti kerajaan Malaysia. – Gambar Facebook, 1 Julai, 2015.

Ketika nilai matawang ringgit terus menjunam dan harga petrol naik sehingga 20 sen seliter bermula semalam, seorang timbalan menteri hari ini mengingatkan orang ramai akan kemurahan hati kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memberikan pelbagai bantuan kepada rakyat.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, kerajaan BN memberi pelbagai bentuk bantuan kepada orang ramai bagi membangunkan industri pertanian dan perikanan.
"Tiada kerajaan lain seperti BN yang memberikan bermacam-macam sokongan.
"Apa sahaja lagi yang kita tidak buat? Inkubator? Pusat latihan?" katanya sewaktu berucap di Dewan Negara, menjawab soalan Senator Datuk Adam Abdul Hamid.
Adam dalam soalannya bertanya rancangan kementerian itu bagi membangunkan industri hiliran perikanan di Malaysia.
Menyamakan penerima bantuan dengan ahli politik yang bertekak di Parlimen, Tajuddin berkata, kesungguhan mereka yang menerima bantuan itu pudar dengan cepat.
"Selepas keluar dari inkubator, seperti ahli politik, di Dewan kita bergaduh, tetapi lepas mesyuarat agung, semuanya pudar.
"Inilah masalahnya, budaya dan sikap yang perlu diubah," katanya.
Beliau kemudian menyeru agar peluang yang disediakan kerajaan dalam industri perikanan disambut orang ramai seperti nelayan. – 1 Julai, 2015.

6 comments:

  1. Orang BODOH cuba mem BODOH kan Rakyat ter utama Bangsa sendiri

    Dia Anak Bini kaya raya mentedarah harta Rakyat

    Dia LUPA satu hari nanti KIOK jugak.

    Bukan MUDA lagi pon.

    Biasa lah MELAYU.

    ReplyDelete
  2. wei menteri bukan semua rakyat bodoh macam umnulah.cuba kau pergi norway, penjaranya pun macam hotel 3 bintang.

    ReplyDelete
  3. Hanya di malaysia dan sewaktu dengannya mengunakan politik untuk tembolok diri sendiri.Kenapa persoal sesuatu yang wajib tanpa gagal dilakukan sebagai pemerintah dan pemimpin? Jangan jadi bangang takut bayang2 tembolok diri sendiri.

    ReplyDelete
  4. Aku kerja sendiri iaitu International Biz Counsellor. Berdasarkan pemerhatian aku di luar negara, Jepun, Korea, Vietnam dan China sentiasa membantu rakyatnya. Sebabtu mereka boleh maju. Vietnam sekarang pun dah maju, ada kenderaan (kereta dan lori) nasional. Bangunan2 pun tinggi.Malah Sri Langka, negara "mundur" KDNK melebihi Malaysia. Indonesia, negara pelbagai masalah geografi dan demografi boleh melahirkan IKS (di Kota Bandung) setaraf syarikat berjenama. Mereka mencipta pakaian (termasuk jeans), sepatu, tas tangan dll. Hoi Tajudin, hang tak pernah keluar negara ka. Nak temberang orang Pasir Salak boleh lah. Boleh belahhhhh

    ReplyDelete
  5. Memang tugas utama pemimpin umno membodohkan rakyat terutama pengundi umno/bn. Cakap macam2 tapi habuk pun tak ada, tengoklah jalan raya kat sabah & sarawak macam tahun 60 an. Sabah & sarawak mundur sebab kuat sgt sokong bn. Pemimpin umno suka rakyat miskin sebab nak pilihanraya hulur RM50 pun berebut mereka undi bn. Rakyat miskin dibeli dgn nilai RM50 & sekampit beras dll. Hina sungguh harga diri rakyat malaysia................

    Rakyat cerdik- umno susah nak rasuah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju..skop kuasa politik umngok be end hanya memperbodohkan rakyat..bab memakmurkan ekonomi negara dan rakyat tak penting..yang penting tembolok sendiri.

      Delete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa