Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, July 12, 2015

Nasihat Musa untuk Khalid

MESEJ UNTUK KBAB51
Sunday, 12 July 2015
Kepada Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai KBAB51 di Twitternya, sila faham dan hadam betul-betul mesej daripada bekas Ketua Polis Negara, Musa Hassan ini sebelum ingin meneruskan hasrat mencari pembocor maklumat dalam isu pengaliran masuk wang 1MDB berjumlah RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Najib Razak sebagaimana yang didakwa oleh The Wall Street Journal.

Isu pokok yang perlu disiasat dan dicari kebenaran bukanlah mengenai pembocor maklumat tetapi menyiasat kesahihan maklumat itu terlebih dahulu, lebih-lebih lagi jika ia berkaitan jenayah.

Menghebohkan untuk mencari pembocor maklumat ketika penyiasatan isu sebenar baru saja bermula hanya akan menjadikan keraguan orangramai lebih bertambah terhadap fungsi pasukan petugas khas yang ditubuhkan kerajaan itu. 

Begitu juga kepada pemimpin politik dan NGO yang membuat gesaan agar dicari serta ditangkap pembocor maklumat terbabit, mesej yang disampaikan oleh Musa Hasan ini tentu saja merupakan pencerahan yang sebenarnya.

Terima kasih, Musa Hasan. (SH 12/07/2015)
Keghairahan Khalid mahu mencari pembocor maklumat ketika siasatan baru saja bermula hanya akan menjejaskan keyakinan orahgramai terhadap pasukan khas yang ditubuhkan kerajaan.

2 comments:

  1. Ini pemikiran standard MAKAN GAJI kena jaga perut sendiri dulu

    Kalau perut sendiri lapar macam mana nak jaga perut perut Orang Lain

    Ini pemikiran BACUL yang ber tuhan kan manusia

    Orang dulu dulu kata , Kepala Otak !!!!!!!!

    ReplyDelete
  2. Nama nya pun khalid. Jarang org pakai nama khalid boleh tahan daulat nama tu. Cuba tengok dlm malaysia, banyak orang nama khalid memeningkan kepala orang ramai. Satu lagi nama ialah rasyid, selain kawin ramai, ramai juga yg pening kerana nya. Najib? Tak ramai kot !!! Hihi

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa