Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, July 9, 2015

Orang itu makan Ubat: Ini fitnah juga ni!

Jadi tak hairanlah perangai dia macam tu
Tentang kesihatan dia ni aku dah sebut dulu dalam blog aku ni yang tahap kesihatannya diragui tetapi para Wala'unnya tetap bertegas seolah dia ni maksum!

Bekas setiausaha agung PKR dedah Anwar dihina ketika krisis Selangor
Published: 9 July 2015 8:15 PM
Bekas setiausaha agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim dikasari semasa berjumpa dengan presiden PAS untuk membincang krisis menteri besar Selangor. – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 Julai, 2015.

Bekas setiausaha agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dikasari individu dipercayai presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika mahu membincangkan kemelut menteri besar Selangor tahun lalu.
Walaupun tidak menyatakan identiti Hadi secara langsung, Saifuddin mengimbas peristiwa ketika dirinya menemani ketua umum PKR berjumpa dengan individu terbabit untuk mengadakan perbincangan.
"Masih ingat saat aku menemani Datuk Seri Anwar berjumpa dengannya. Bagaimana Datuk Seri Anwar diaibkan dengan bahasa yang cukup kasar," katanya dalam status Facebook hari ini.‎
Perbincangan itu dipercayai merujuk kepada ‎pertemuan singkat Anwar dengan Hadi di Terengganu untuk menukar jawatan menteri besar Selangor yang ketika itu disandang Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Saifuddin berkata, pertemuan itu bagaimanapun tidak membuahkan hasil kerana individu itu beredar kerana kurang sihat implikasi pengambilan ubat.
"Perbincangan terhenti. Dia kemudian beredar. Dua temannya yang juga turut hadir kemudian meminta maaf. Dia baru makan ubat kata mereka.
"Aku dan Datuk Seri Anwar kemudian meminta diri. Indahnya akhlak," katanya sinis.
Bekas ahli Parlimen Machang itu berkata, dirinya menyaksikan sendiri Anwar dihina dan menganggap individu itu "bukan malaikat" yang perlu dipertahankan.
Beliau turut menggambarkan individu tersebut semasa pertemuan itu‎ sebagai "amat kasar" dan Anwar pula bersikap "amat lemah lembut".
"Yang hadir di situ saya. Yang tengok dan dengar sendiri kata penghinaan itu saya.
"Yang dok cerita lebih-lebih kata dia lebih tahu pula sebenarnya tak ada di situ pun. Tapi pertahan gila-gila... 'dia bukan malaikat'," katanya.
Pada Ogos tahun lalu, media melaporkan Anwar dan Hadi mengadakan pertemuan sulit di sebuah hotel di Kuala Ibai, dekat Kuala Terengganu, namun beberapa sumber dalaman parti mendakwa perbincangan itu gagal mencapai kata penyelesaian.
Anwar dilaporkan enggan mengulas lanjut hasil pertemuannya dengan Hadi dan menganggap ia hanya pertemuan biasa.
"Perjumpaan biasa... kita baru dalam proses perbincangan... bincang banyak isu... hasilnya macam biasa," kata Anwar dipetik Astro Awani ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu, 12 Ogos lalu. – 9 Julai, 2015.

2 comments:

  1. APA APA CERITA MELIBAT KAN AL TOLOL TIDAK AKAN TAMBAH NILAI KEPADA ALAM SEKITAR

    BAZIR MASA SAJA

    TAK GUNA MEMBICARA HAL HAL GAGAL DARI ORANG ORANG YANG TER BUKTI SUDAH GAGAL DAN TOLOL

    Datok Seri Anwar Ibrahim setanding Mandela , yang lain nya dalam politik Malsysia hanya lah BARUA tuk kenyang perut sendiri dari cukai Rakyat

    Kepala Otak !!!!!!!

    ReplyDelete
  2. Satu soalan saja nak tanya, apakah ubat itu pil kuda? Sebabnya dia dilihat berkelakuan spt mabuk kesan dari telan pil kuda. Itu sahaja.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa