Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, July 16, 2015

Yang ni buatkan aku nak tengok sejauh mana 'karamah dan kasyaf' Hadi

Hadi: Harapan Baru tak akan lebih 2 tahun
mk - 1:13PM - 16 Jul 2015

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak melihat parti Islam baru yang sedang ditubuhkan oleh bekas pemimpinnya akan mempunyai hayat panjang.

“Pengalaman kami, semua kumpulan serpihan ini tidak akan lebih daripada dua tahun,” katanya dalam wawancara eksklusif dengan Channel NewsAsia pada Selasa.

Sekumpulan pemimpin PAS yang tewas dalam pemilihan parti itu sebelum ini mengumumkan menggerakkan sebuah kumpalan dinamakan Gerakan Harapan Baru Baru.

Ia antaranya bertujuan merintis usaha penubuhan parti Islam baru yang lebih terbuka serta membentuk gabungan pembangkang Pakatan Rakyat 2.0.

Pakatan Rakyat kini berpecah susulan pertelingkahan berterusan PAS-DAP, terutamanya dalam isu hudud.

Muktamar PAS sebelum ini membuat keputusan memutuskan hubungan dengan DAP, sebuah parti berasaskan fahaman sekular.

Hadi bagaimanapun tidak melihat gerakan baru itu sebagai ancaman.

Katanya, berdasarkan sokongan dalam pemilihan lalu, mereka cuma disokong oleh 20 peratus perwakilan.

“Mereka telah ditolak oleh parti dan akan juga hilang sokongan rakyat,” kata Hadi

5 comments:

  1. Kesian dia. Dia masih dok mimpi. Tahukah dia yg pas menang mostly non Malays sokong. Kita tggu pru 14, terduduk pas.

    ReplyDelete
  2. kalo lah betul beliau cakap begini...

    “Pengalaman kami, semua kumpulan serpihan ini TIDAK AKAN lebih daripada dua tahun,”

    dah la sebut TIDAK AKAN,"insyaAllah" pun xda...

    sama la mcm ko cakap

    "kalo ikut pengalaman saya,sy TIDAK AKAN BANGUN PUKUL 12 jika nak pergi ke kerja"

    kalo kita yg cakap sombong mcm ni kita org awam..belajar x tinggi..jahil..dan mcm2 lg..

    ini pentaksub politik kata beliau ni ulamak besar..
    tapi kata2 dia pun x ubah mcm kata2 kita juga..

    x payah tggu dua tahun la..semua kehendak Allah..
    xda maknanya kasyaf..mereka nak buat hudud(hudud politik demokrasi) pun mereka berhukum dgn 1 hukum yg mewajibkan mereka kene mintak izin manusia2 termasuk penyembah2 berhala kat parlimen...apa yg nak pikir banyak sgt pasal mereka..mereka dan parti lain sama saja..
    bezanya mereka ni modalkan agama..

    ReplyDelete
  3. TOK SAH DI LAYAN AL TOLOL INI

    Sedekah zikir lagi baik...

    ReplyDelete
  4. tak apalah itu pandangan dia...yang mengundi pada PRU 14 bukan perwakilan..rakyat yang menjadi hakim..Allah jua yang akan memenangkan siapa sahaja yang dikehendakinya..tak faham kenapa kumpulan progresif dicantas lupakah PAS akan jasa jasa mereka..bukan menolak PAS tapi hati menjadi hambar setelah berlaku penyingkiran terhadap Timbalan Presiden,Naib Naib presiden dan AJK PAS Pusat yang terdiri dari golongan profesional..akan berlaku pertembungan 3 penjuru yang akan menguntungkan BN..

    ReplyDelete
  5. Ya memang tidak akan bertahan 2 tahun. Kita semua pun begitu juga entah-entah esok lusa mati dulu. Macam tuan presiden juga boleh bertahan 4 tahun sahaja sebagai mamanda menteri Terengganu. Negeri sendiri pun tak boleh jaga macammana nak jaga Malaysia!!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa