Lalu disambut besar-besaran oleh kebanyakan bloggers
Kita semua termakan umpan mengalih perhatian daripada isu yang lebih besar yang sedang gempar
Kalau benar berlaku perkelahian yang lebih besar dan merebak, cinalah yang akan dipersalahkan dan DAP akan terima bahana kecaman yang mungkin dikaitkan pula dengan isu pertelingkahan di dalam PR
Tidakkah gila kalau mengikut laporan awal, hanya kerana sebiji telefon bimbit suasana menjadi gila sehingga berlaku semacam rusuhan dan mengakibatkan kecederaan yang agak ramai?
Sedangkan masalah curi dan ragut sekarang sudah menjadi lumrah kenapa kali ini menjadi begitu serius?
Diharapkan peristiwa ini tidak diekploitasi oleh pihak-pihak yang tidak bertanggung jawab melarat menjadi isu kaum pula
Aku bukan nak berpersepsi liar tetapi memang pada aku agak pelik.........adakah selama ini api sudah pun merayap di dalam sekam?
Cerita dari tuan punya kedai: 'Serah kepada polis'
Pekerja di Plaza Low Yat dipukul dalam pergelutan
mk - 3:19PM - 12 Jul 2015
Satu pergelutan berlaku di sebuah kedai telefon pintar di Plaza Low Yat selepas sekumpulan pemuda bergaduh dengan pekedai di situ petang semalam.
Gambar-gambar dan video pergelutan yang berlaku di tingkat bawah di kompleks yang menjual peralatan elektroteknik itu telah tersebar meluas di dalam media sosial.Dalam laporan New Strait Times Online melaporkan seramai tujuh pemuda mengamuk selepas seorang rakan mereka ditahan kerana didakwa mencuri telefon bimbit.
Dalam kejadian 7.50 malam itu kelihatan beberapa pekerja kedai telefon telah dipukul oleh kumpulan pemuda itu. Turut dirosakkan banyak produk dan peralatan di kedai itu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Zainuddin Ahmad berkata polis telah menahan seorang lelaki berusia 22 tahun kerana merusuh dan masih memburu yang lain.
“Siasatan awal dapati kejadian ini berpunca ekoran penahanan suspek pencuri oleh pengawal keselamatan Plaza Lowyat dan kemudiannya menyerakannya kepada pihak polis.
“Rakan suspek kecewa dengan penahanan itu dan memanggil kawan-kawannya untuk membalas dendan,"kata beliau seperti yang dilaporkan akhbar itu.
Zainuddin menganggarkan kerosakan sekitar RM70,000.Kes itu disiasat di bawah Seksyen 147 dan 427 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan menyebabkan kerosakan.
Bagaimanapun cerita di Internet, insiden itu digambarkan dengan cara berbeza.
Beberapa blog menulis bahawa 'pencuri' sebenarnya ditipu oleh peruncit semasa membeli telefon dari sebuah kedai di sana.
Lelaki itu kemudiannya kembali dengan kawan-kawannya dan menuntut pampasan penuh sebelum menyerang premis itu. [Baca berita asal]
Sementara itu, Bernama hari ini melaporkan Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Muez Abd Aziz berkata pihaknya turut menjalankan siasatan mengenai dakwaan terdapat penjualan barang tiruan di Plaza Lowyat.
"Kami menghantar petugas untuk membuat risikan sama ada wujud penipuan oleh penjual atau sebaliknya, sekiranya ada penipuan, maka KPDNKK akan mengambil tindakan lanjut," katanya.
Muez berkata sehingga kini pihaknya belum menerima aduan rasmi daripada pengguna berhubung penjualan barang-barang tiruan di plaza itu, namun pemantauan sentiasa dijalankan bagi menjaga hak pengguna agar tidak ditipu.
Tinjauan Bernama di Plaza Lowyat hari ini mendapati kedai menjual telefon bimbit tersebut ditutup buat sementara waktu dan suasana persekitaran kembali seperti biasa.
Seorang penjual telefon bimbit di kedai berhampiran dengan lokasi kejadian, Ivan Lau, 20, menolak dakwaan di laman sosial bahawa peniaga di Plaza Lowyat menjual barang tiruan atau 'klon' kerana ia dibeli terus daripada pembekal yang sah.
"Kalau saya menipu, sudah pasti tiada pembeli datang ke sini...lagipun pengurusan Plaza Lowyat akan ambil tindakan mengenakan denda atau menutup serta-merta kedai yang didapati menjual barang 'klon' di sini," katanya.
Sementara itu Pengerusi Biro Aduan Awam Parti Gerakan, Wilson Lau Hoi Keong berkata insiden pergaduhan itu bukanlah berkaitan isu perkauman, sebaliknya berpunca daripada kes dakwaan mencuri.
Beliau kesal dengan tindakan pihak tertentu yang mengaitkan kejadian itu sebagai insiden pergaduhan kaum yang menjadi viral di laman sosial.
"Akibat tidak berpuas hati, suspek menghubungi rakannya seramai tujuh orang dan menyerang kedai itu," katanya kepada pemberita dalam sidang media di Plaza Lowyat, hari ini.
Sementara itu, See Ming Ho, 28, pemilik kedai telefon terbabit mendakwa kejadian itu berlaku pada 5.30 petang.
"Lelaki itu berpura-pura ingin membeli telefon jenis Lenovo S860 dengan saya, apabila saya ingin mengambil hadiah percuma...lelaki terbabit telah lari bersama dengan telefon bimbit itu.
"Saya menjerit dan didengari oleh salah seorang petugas (Oppo) dan telah menghalang lelaki itu daripada keluar bangunan," katanya.
Ala ala skrip 13 Mei berulang kembali
ReplyDeleteKALAU BALA 42 BILION BOLEH DI BUAT MAGIK , APA APA BALA KECHIK PON BOLEH JUGAK DI BUAT KIRA KACHANG SAJA.......
ReplyDeleteGEMPA BUMI DAN BANJIR BESAR SAJA TAK BOLEH DI REKA
KOS KLCC PON TAK SAMPAI 42 BILION LAH
Mat Bahalol tak akan mudah mengalah
Kalau Arwah TUNKU boleh pencen , apa lagi bebudak Razak tak boleh buat
TUNKU TU BAPAK MALAYSIA
Mesti melayu tu penipu, mesti cina tu yang betul! sebab ada haramjadah yang menyokong cHina tu!
ReplyDeleteAnon 2:21am, apakah kamu dilahirkan hasil dari pernikahan yg tidak sah? Maklumlah yg menjadi saksi pernikahan ibu dan bapa kamu dulu, mungkin tergolong sebagai fasik lantas menjurus kpd menyebabkan pernikahan tersebut sebenarnya tidak sah.
ReplyDeleteSebijik hp punya pasal.... sampai nak berperang ke? GILA CUKUP GILA.
ReplyDeletepenjilat tegar cina detected... bangsa kena tipu pon ckp divert isu,puii... suka atau tidak low yat dh lama menipu. apa punya ketahian ini.
ReplyDeletelangau
ReplyDeleteNak tanya ini isunya curi atau ditipu?
Kalau pasal tipu, aku pun pernah kena tipu kat sini tapi wajarkah mengamuk sehingga jadi begini?
Bukankah kita ada undang-undang dan badan pengguna? Kenapa tidak gunakan saloran yang betul untuk tindakan?
Kalau kes curi, tak boleh nak kata apa-apalah. Silapnya terang di situ.
Langau?.... bukan serangga yang suka hurung bontot lembu ke? Dah tak ada nama lain nak ditaruhkah? Contoh ANONYMOUS
DeleteOrang beli HP sebab nak gunakannya dengan senang hati tanpa sakit hati bukannya untuk tangung sakit hati ditipu serta mahu letih kaki & benak untuk turun naik tangga berurusan dengan pihak penguat kuasa lah Dungu bawah Songkok tiada akal logik!
DeleteOrang beli HP sebab nak gunakannya dengan senang hati tanpa sakit hati bukannya untuk tangung sakit hati ditipu serta mahu letih kaki & benak untuk turun naik tangga berurusan dengan pihak penguat kuasa lah Dungu bawah Songkok tiada akal logik!
DeleteOrang beli HP sebab nak gunakannya dengan senang hati tanpa sakit hati bukannya untuk tangung sakit hati ditipu serta mahu letih kaki & benak untuk turun naik tangga berurusan dengan pihak penguat kuasa lah Dungu bawah Songkok tiada akal logik!
DeleteSetuju
ReplyDeleteSemua ini sudah dijangka. Ketegangan akan berlaku bila keadaan dalam negara tidak stabil. Pemimpin yang lemah, kehilangan pekerjaan, ekonomi lemah dan sebagainya.
ReplyDeleteInilah kemuncak yg kita takuti, yg terhasil bila banyak masaalah masyarakat tidak diselesaikan di peringkat awal. Masyarakat putus harap dan akhirnya mengambil pendekatan penyelesaian mengikut emosi.
Ini menjadi tanggungjawab kerajaan dan masyarakat utk sama-sama menyelesaikan.
Jangan biarkan isu ini dipolitikkan di mana persepakatan antara kaum di Malaysia musnah.
Kita mungkin boleh bertahan, tapi bagaimana nasib anak2 kita dan masa depan negara?
Cabaran kita ialah apakah penyelesaian yg terbaik di saat kepercayaan rakyat kepada pemimpin dan undang negara terhakis? Ditambah pula sikap pemimpin politik yg lebih cenderung kepada mencari publisiti murahan dengan mempolitikkan isu ini?
Sayangi Malaysia. Semua pihak rugi jika ini berterusan.
citer pasal beli henpon pon jadi citer politik...bla bla bla
ReplyDeletecite pasal henpon pon nak jadikan politik bagai...banyak sgt politik
ReplyDeleteini bukan masalah melayu atau cina. yg betul tetap betul dan yg salah tetap salah. islam itu ADIL dan kita hendaklah berlaku adil ALWAYS! nak alih perhatian atau tiada kaitan?
ReplyDeleteKenyataan yg dibuat sendiri oleh Ketua Polis Negara menyatakan dgn jelas bahawa pembeli (berketurunan melayu) telah mencuri hp di kedai bahagian atas. Ianya boleh ditonton menerusi https://www.youtube.com/watch?v=K9Vvlgqin8A dgn amat jelas sekali. Betapa bodohnya melayu seperti beberapa pengkomen di atas, dgn mudahnya diperbodohkan oleh penjenayah melayu itu. Apakah anda menyokong sipencuri tersebut? Tidakkah anda merasa malu menyokong pencuri dan pada masa yg sama melemparkan fitnah kpd peniaga yg tidak pun terbukti melakukan sama ada melakukan penipuan barang jualan klon atau tidak? Bagi pengkomen-pengkomen dimaksudkan, apakah hp yg anda sedang gunakan dibeli dari peniaga melayu? Eloklah disembunyikan kebodohan anda dan tidak perlulah berbangga dgn kebodohan anda itu.
ReplyDeletePemimpin borek rakyat rintik.
ReplyDeletementeri melayu mencuri wang rakyat, dan menipu untuk coverup, bila kantoi tuduh orang Lain.
Nabi SAW, Seorang bangsawan yahudi disabitkan kesalahan mencuri hanya dibayar denda je tapi orang biasa dihukum dengan berat. Nabi SAW ' Bersabda" Umat dahulu binasa kerana hukuman golongan bangsawan lebih ringan dari orang biasa."
Segala jenayah yang berlaku di Malaysia ini dimulakan oleh ahli politik dan kerajaan, Ahli politik dan kerajaan buat jenayah tanpa ditangkap dan bicara menyebabkan hati rakyat terbuka membuat jenayah.
Dari tafsiran di atas , Allah membinasakan bangsa tidak menyebut ugama dengan cara menimbulkan sikap tidak takut membuat jenayah dikalangan rakyat walupun rakyat ugama islam.
pemimpin melayu borek, bangsa melayu rintik
ReplyDeleteNabi SAW, Seorang bangsawan yahudi disabitkan kesalahan mencuri hanya dibayar denda je tapi orang biasa dihukum dengan berat. Nabi SAW ' Bersabda" Umat dahulu binasa kerana hukuman golongan bangsawan lebih ringan dari orang biasa."
Segala jenayah yang berlaku di Malaysia ini dimulakan oleh ahli politik dan kerajaan, Ahli politik dan kerajaan buat jenayah tanpa ditangkap dan bicara menyebabkan hati rakyat terbuka membuat jenayah.
Dari tafsiran di atas , Allah membinasakan bangsa tidak menyebut ugama dengan cara menimbulkan sikap tidak takut membuat jenayah dikalangan rakyat walupun rakyat ugama islam.