Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, July 8, 2015

Situasi 'Hang bagi nyawa kat Aku, Aku tolong Hang' akan berlaku?

Apakah "nota persefahaman" sudah mulai dikaji?
 REAKSI


Pergolakan yang berlaku dalam Pas hari ini nampaknya tidak membimbangkan seorang Naib Presiden Pas, Idris Ahmad (foto) yang parti itu akan kehilangan kerajaan mereka di Kelantan. Idris berkeyakinan kerajaan Pas Kelantan akan dapat dipertahankan.

Alasan mudah diberikan oleh beliau, keyakinan itu berdasarkan kepada orang Kelantan mempunyai sentimen yang tinggi kepada agama.

Selain itu Pas Kelantan juga mempunyai ahli yang ramai? Apakah sentimen keagamaan itu akan menyelamatkan kerajaan Pas kali ini? Dan benarkah Pas mempunyai keahlian yang ramai? Dakwaan ini perlu dihuraikan secara mendalam secara empirikal.

Saya tidak tahu apakah keyakinan dilontarkan Idris itu sebagai satu penyedap mulut untuk mengawal perasaan rakyat agar tidak tergugat sokongan terhadap Pas dengan apa yang berlaku kini. Atau pun berdasarkan kajian ringkas beliau atau pun ada maklumat dalaman yang bersifat sulit.

Mungkin beliau ada data-data tertentu sehinggakan mezahirkan keyakinan itu. Atau mungkin juga beliau mengetahui maklumat sulit yang tidak perlu didedahkan? Sudah tentu sebagai salah seorang pemimpin tertinggi Pas yang terlibat dengan membuat perancangan dan penentu hala tuju parti beliau ada maklumat lebih.

Saya berbeza pendapat dengan Naib Presiden Pas yang baharu ini mengenai peluang Pas di Kelantan. Walaupun kedudukan Umno Kelantan masih tidak padu waktu ini, tetapi ia bukan helah untuk tidak menaruh kebimbangan keanihan yang akan berlaku. Sekiranya perkembangan dalam Pas kini tidak dapat dibendung, Pas Kelantan tidak sekukuh apa yang diperkatakan Idris itu.

Dengan mengambil kira, kalau Pas Kelantan tidak berpadu, tidak bekerjasama dengan Umno dalam pilihan raya, dan kebetulan pula perkembangan hari ini tidak dapat dibendung, Pas dalam keadaan sangat bahaya. Tetapi kalau Pas bekerjasama dengan Umno, mungkin Pas akan dapat menyelamatkan kerajaan mereka di Kelantan seperti diyakini Idris.

Kedudukan senario politik kedua parti itu hari ini, Pas boleh menyelamat Umno, Umno boleh menyelamatkan Pas. Dalam konteks nasional, Pas boleh menjadi pemangking kepada Umno untuk mengekalkan dan menambahkan undi Melayu. Kebanyakan undi Pas di kawasan luar bandar ialah orang-orang Melayu. Sekiranya berlaku kerjasama, mereka boleh saling bertukar undi dan kukuh mengukuhi antara satu sama lain.

Namun situasi itu tidak berlaku di kawasan campuran dan juga kawasan bandar.  Kawasan campuran dan bandar tidak akan terkesan dengan kerjasama Umno - Pas itu.

Manakala dalam konteks Kelantan pula, sekiranya Pas bekerjasama dengan Umno mereka boleh menghadapi pilihan raya secara bersama. Kerjasama akan mengelakkan keduanya berlawan di antara satu sama lain. Ini menghindari berlaku pecah undi. Musuh Pas bukan Umno lagi dan sebaliknya. Perlawanan secara tradisi tidak akan berlaku lagi.

Apa yang akan berlaku ialah Pas - Umno akan berhadapan dengan parti pembangkang. Ertinya berlaku pertandingan dua penjuru. Pas Kelantan selamat sekiranya berlaku pertandingan dua penjuru, apa lagi kalau dua penjuru itu Pas duduk bersam Umno. Tetapi kalau terjadi pertandingan tiga penjuru, Pas akan kalah, sebaliknya Umno akan menang besar.

Tertakdir wujud parti baharu, ianya adalah compingan daripada Pas. Parti baharu ini akan memberi ancaman kepada Pas. Mereka akan mencuri penyokong Pas, lebih banyak daripada penyokong Umno. Keadaan inilah Pas akan kekurangan undi, dan parti itu akan kalah. Pas tidak perlu kehilangan banyak darah ekoran tertubuhnya parti baharu itu cukup 10 atau 20 persen undinya lari sudah padan untuk menewaskan Pas.

Apa yang pernah berlaku pada tahun 1978 apabila tertubuh Berjasa yang merupakan compingan daripada Pas, akhirnya menyebabkan Pas yang menguasai Kelantan tewas dan hanya dapat mengekalkan satu kerusi sahaja di DUN Manek Urai, dan kerusi Parlimen Pengkalan Chepa. Apakah sejarah ini akan berulang?

Berbalik kepada keyakinan Idris Ahmad tadi, apakah beliau melihat dalam PRU ke-14 nanti Pas akan berkolobrasi dengan Umno? Apakah beliau ada maklumat atau pun sudah menerima salinan "nota persefahaman" antara kedua buah parti itu? Berdasarkan keyakinan Idris itu seakan dia sudah mengetahui sedikit sebanyak apa yang akan berlaku.

Kesimpulannya, perwujudan parti baharu serpihan Pas nanti mencemaskan kerajaan Pas Kelantan, melainkan Pas bergabung dengan Umno. Dan apabila Idris menyeru agar bekas-bekas pimpinan Pas tidak menubuhkan parti baharu, beliau menyedari akan bahaya itu. Namun itu saya nampak sekadar seruan sebagai melindungi sesuatu yang orang ramai masih tidak tahu, ia mungkin berhubung dengan "nota persefahaman" itu.

Sebab itulah Idris nampak yakin bahawa kerajaan Pas Kelantan tidak akan tumbang kerana nota itu sedang dimuktamadkan? [wm.kl.12:51 pm 08/07/15]

5 comments:

  1. Aku tinggal dalam DUN Jelawat, Bachok yg diwakili Cikgu Aziz (PAS). Tempat lain aku tak mahu KOMEN tapi aku pasti PAS akan kehilangan DUN JELAWAT sebab 40% undi PAS adalah dari undi PKR. Keputusan yg lalu PAS hanya dapat majoriti beberapa ratus undi sahaja. Ini DUN JELAWAT sahaja. Aku diberitahu, agakan sekurang-kurangnya 8 kerusi DUN PAS Kelantan akan hilang dalam PRU depan dan berkemungkinan juga akan PAS akan hilang 13 DUN Kelantan. Semua bergantung kehadrat ALLAH swt bukannya atas paper atau sekadar ramalan TGHA. Jadi, JANGANLAH PAS SOMBONG DAN BONGKAK. PAS pasti KEHILANGAN Kelantan dalam PRU depan. Kita tunggu dan lihat ! Sekian, terima kasih. # Bye

    ReplyDelete
  2. Pas ade 1000000 ahli. .....sekarang dah tinggal 900990....10 orang ahli keluarga aku dah tinggalkan Pas

    ReplyDelete
  3. Orang PAS kat mana mana pon jenis Tak Cerdik dan Otak Singkat

    Macam Budak Tingkatan Tiga gaya nya

    Lepas SRP ambil lesen Motor kemudian REMPIT kejar BONTOT LORI sampai KIOK

    Itu lah Otak Otak orang orang PAS

    ReplyDelete
  4. Betul PAS ramai ahli di Kelate tapi majoriti ahli2 PAS di Kelate mengikut culaan rambang yg dilakukan akan menolak PAS pada PRU14 termasuk aku dan kaum kerabat aku.....so bolehkan pertahan Kelate?I don't think so!

    ReplyDelete
  5. Jika PAS mengharapkan pertandingan 2 penjuru, maka di kerusi yg sepatutnya UMNO bertanding PAS tidak akan meletakkan calonnya. Kerusi itu pastinya akan dimenangi oleh UMNO.

    Tetapi bagaimana pula jika kerusi yg diperuntukkan buat PAS bertanding, di saat akhir tiba2 UMNO juga meletakkan calonnya ketika hari penamaan dan berlaku pertandingan 3 penjuru. PAS tentu akan tenggelam lemas dlm kencing UMNO, itu jam baru padan dgn muka para wala'un!!!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa