Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, March 1, 2016

Haduuiii.........siapa yang harus dipatuhi? Lapor dituduh fitnah!

Sultan mahu akhbar lapor pemimpin rasuah tanpa gentar
mk -  Hari ini, 2:19 petang
Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini bertitah bertitah supaya salah laku rasuah di negara ini dilaporkan tanpa gentar, memihak atau berat sebelah dan tidak mengira siapa yang melakukannnya.

Pada ucaptama Majlis Anugerah Bisnes Utusan di Kuala Lumpur, hari ini, titah baginda juga mahu rakyat negara ini diasuh dengan budaya supaya membenci rasuah dan menolak pemimpin yang melakukan rasuah.

“Salah laku rasuah hendaklah dilaporkan tanpa memihak, tanpa gentar – tanpa berat sebelah, kerana rasuah ialah rasuah walau siapa juga yang melakukannya.

“Warga perlu diasuh dengan budaya yang benci rasuah dan menolak pemimpin yang melakukan rasuah. Warga perlu dididik untuk memandang rasuah dengan rasa amat jijik,” titah baginda.

Menurut Sultan Nazrin, perkara itu perlu dilakukan memandangkan Indeks Persepsi Rasuah 2015 oleh Transparency International meletakkan negara di kedudukan ke-54 daripada 168 buah negara.

Baginda juga memberi peringatan sekiranya rasuah gagal diperangi, ia akan melumpuhkan negara dan rakyat keseluruhannya, terpaksa membayar dengan penderitaan dan kesengsaraan seperti yang dialami oleh rakyat di kebanyakan negara mundur.

“Rasuah merupakan barah yang dikatakan sedang merebak dalam batang tubuh negara; rasuah bagaikan anai-anai yang sedang membusut besar dan semakin mereputkan tonggak-tonggak utama negara.

“Masakan pokok semakin bergoyang, jika tiada angin yang meniupnya.

“Kegagalan memerangi dan kegagalan membanteras rasuah secara serius, secara bersungguh, secara berkesan, secara komited, dibimbangkan berpotensi melumpuhkan negara,” titah baginda.

Sehubungan itu, Sultan Nazrin meminta kumpulan Utusan melalui penerbitannya memainkan peranan aktif mendedahkan pemimpin negara yang terbabit dengan gejala rasuah.

“Kumpulan Utusan melalui bahan-bahan penerbitannya hendaklah berperanan aktif membantu membina sebuah pentadbiran dan sebuah negara bangsa yang sifar rasuah,” titahnya.

Baginda juga mencadangkan supaya kumpulan Utusan mewujudkan ruangan yang meningkat kesedaran tentang rasuah dengan menulis tentang tokoh-tokoh yang bersih rasuah untuk dijadikan teladan.

"Sementara kisah-kisah pemimpin yang melakukan rasuah boleh dijadikan sempadan.

"Memerangi rasuah hendaklah dijadikan satu perjuangan – satu jihad.

“Adalah menjadi tanggungjawab fardu kifayah dan tanggungjawab kenegaraan untuk setiap warga berperanan aktif memelihara negara daripada terjerumus ke lembah kehinaan," titah baginda lagi.

5 comments:

  1. Apasal mau pening? Ni sumer wayang! Kah kah kah

    ReplyDelete
  2. bagilah imbuhan kepada pelapor kes rasuah
    lindungi pelapor
    jangn cakpa saja bial lapor kena pada pihak penguasa besar
    mulalah sipelapor pulak yang nak disiat siat
    ni yang tak betoi
    memang rasuah boleh jadi negara musnah

    masih kah kita ingat lagi kata kata ini
    kalau sepuluh tahun simpan gaji makan rumput pakai air hujan
    belum boleh lagi sipolan buat kekayaan sebanyak ini
    tulah rasuah punya penangan
    bukan susah nak kesan pelaku rasuah

    kalau siasat orang orang yang hidup mewah lebih dari pendapatan
    ramai yang dah kena
    tapi tak mau buat itu masaalahnya
    tidak ada kesungguhan hanya berpileh

    ReplyDelete
  3. Nak suruh Kumpulan Utusan buat laporan rasuah ikan bilis boleh ler.....kalau yg buaya atau jerong, lebih2 lagi dari kalangan orang besar umno....jangan harap. Malah berita besar2an menyerang pelapor disiarkan.

    ReplyDelete
  4. Sya mau tanya...Apa kerja sultan???Kalu dok wat bual je...budak umur 15 pon bulih jadi sultan...Malaysia ni dh tenat...buatlah sesuatu jgn jadi batu bisu...

    ReplyDelete
  5. kenapa tetiba mr bean bersuara

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa