Thursday, October 20, 2016

Mansuh subsidi minyak masak: Wahai kerajaan, kenyeklah rakyat ni setakat buleh!

Tidak cukup GST, kerajaan mansuh pula subsidi minyak masak
20 Oktober 2016
Lim Guan Eng

KUALA LUMPUR, 20 OKT: DAP mengecam keras tindakan kerajaan UMNO yang memansuhkan subsidi minyak masak sehingga menyaksikan harga keperluan asas itu meningkat 40 sen bagi setiap satu kilogram paket dan RM1.90 bagi setiap lima liter botol.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, golongan miskin yang sedia terjejas dengan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sejak April tahun lalu akan tambah terbeban dengan langkah terbaharu yang diambil kerajaan itu.

“Kalau bukan kerana pelaksanaan GST, pemansuhan subsidi minyak tidak akan memberi kesan yang besar kepada keluarga miskin.

“Namun, pemansuhan subsidi berkenaan tanpa memansuhkan GST hanya akan melebarkan lagi jurang pendapatan dan mengakibatkan keadaan golongan miskin bertambah parah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melalui jawapan ringkas di Parlimen pada Isnin lalu menolak cadangan Ahli Parlimen DAP kawasan Kluang, Liew Chin Tong agar GST dikurangkan daripada enam peratus kepada tiga peratus.

Najib yang juga Menteri Kewangan menolak cadangan itu dengan alasan kononnya cukai tersebut adalah penyelamat negara daripada kelumpuhan ekonomi.

“Bagaimana GST boleh jadi penyelamat kepada ekonomi sedangkan rakyat dan perniagaan terjejas teruk (akibat dari pelaksanaan cukai tersebut),” soal Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.

Ahli Parlimen Bagan itu berkata, penurunan 30 peratus hasil kutipan GST pada suku kedua 2016 telah cukup membuktikan bahawa ekonomi negara di tahap yang membimbangkan ekoran dasar pelaksanaan cukai berkenaan.

“Amat malang apabila Perdana Menteri tidak mengambil langkah tegas untuk memansuhkan GST demi memulihkan ekonomi negara dalam pembentangan Belanjawan 2017 beliau esok.

“Belanjawan 2017 itu tidak akan memberikan impak yang besar kepada rakyat biasa di negara ini, melainkan GST dimansuhkan,” tegasnya.

Pakatan Harapan dalam Belanjawan Alternatif 2017 yang dilancarkan semalam antara lain mencadangkan penambahbaikan GST ‘berkadar sifar’ sebagai usaha berterusan mereka untuk memansuhkan cukai berkenaan. – sumber

# Rakyat diutamakan?

*HANYA DI PULAU PINANG#1*

*PROGRAM AES PASTIKAN RAKYAT MISKIN DIBANTU DENGAN WANG TUNAI SETIAP BULAN SUPAYA KELUAR DARI GARIS KEMISKINAN*

Pulau Pinang adalah satu2nya negeri di Malaysia yg melaksanakan program Agenda Ekonomi Saksama  (AES) dimana rakyat yg berpendapatan dibawah Paras Garis Kemiskinan (PGK) dibantu dengan wang tunai setiap bulan (masuk akaun). Macamana nak tahu sesebuah keluarga itu layak atau tidak?

1. Jika tinggal seorang diri maka PGK ialah rm300 sebulan.
2. Jika lebih dari seorang maka jumlah isi rumah x rm220. Contoh seperti kes sdra Rahim diatas dari kg setol Telok Air Tawar yg tidak mampu bekerja kerana terlibat dengan kemalangan, dimana beliau mempunyai 4 org anak. Jadi 6 org isi rumah beliau x rm220 maka beliau layak bantuan sebanyak rm1320 setiap bulan.

Sumbangan maksima kerajaan negeri adalah rm790 dan program ini juga mendapat kerjasama dari JKM dan zakat Pulau Pinang. Pemohon mesti telah tinggal sekurang2nya 5 tahun di Pulau Pinang (3 tahun untuk zakat). Program ini telah dilaksanakan sejak 2009 apabila kerajaan Pakatan mengambilalih dan  ketika ini dinikmati oleh lebih 1200 keluarga dimana lebih 80% penerima adalah keluarga Melayu/Islam. Kerajaan negeri berbelanja lebih rm300 ribu setiap bulan untuk program ini. Jika anda kenal mana2 keluarga yg layak suruh mereka hubungi JKKK atau pejabat ADUN atau Pegawai Penyelaras Kadun (PPK) kawasan mereka

#TOLONG VIRALKAN. TKSH

 - zaimaz6671 zp via WhatsApp

2 comments:

  1. Tu dia......puak2 PAN mula naik hangin pabila tuan gulu depa dah bersuara

    ReplyDelete
  2. Tu dia....badigol anak sapa x tau..x tentu hala nak kata kat org.Tak dak modai le tu...ptuuiii dedak!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa