Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, October 20, 2016

Cerita Sabah: Saya difitnah lagi......

LAGI SAYA DIFITNAH

SEJAK pagi ini saya tidak membaca, tidak menulis dan tidak menatap F/book termasuk WhatSapp dan sebagainya kesan ada kerja yang mahu dibereskan.

Sesudah kerja usai, lalu saya baca kiriman nota YB Darell Leiking, YB Terrence Siambun dan Loretta selaku setiausaha agung WARISAN dan saya terkejut kerana membaca tulisan seperti berikut:

.............SIAPA ORANG HARAPAN SHAFIE APDAL SEBENARNYA?
Dunia politik penuh dengan lakonan semata-mata. Semasa berkuasa Menteri kaulah orang harapanku, tetapi bila menjadi Presiden Parti Warisan, kau pula disisihkan daripada barisan hadapan sebaliknya di jadikan *_‘Kuli-Kuli Sahaja_”*. begitulah riwayat al-kisah membabitkan *_Datuk Peter Anthony_* yang sebelum ini begitu ‘Famous’ dengan pengaruhnya sebagai Presiden KDM Malaysia.

Sewaktu era Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal memegang jawatan sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar Malaysia, beliau merupakan orang harapan daripada suku kaum Kadazandusun yang mendapat pelbagai keistimewaan projek-projek mega sehingga menjadikannya seorang jutawan muda yang agak egoistic lagi sombong. Bukan setakat ego dan sombong, bahkan tingkah laku beliau juga seolah-olah seorang ‘HERO’ bila mana pernah melakukan kes mengacukan senjatapi kepada warga emas namun atas kuasa yang di miliki pada ketika itu, kes beliau boleh senyap begitu sahaja sehingga kini tanpa sebarang tindakan susulan.

Tidak cukup dengan itu, Datuk Peter Anthony juga memegahkan lagi kekayaannya dengan penganjuran pelbagai majlis-majlis besar menggunakan ‘Platform’ KDM Malaysia. 

Dalam setiap majlis, pelbagai tawaran hadiah lumayan diberikan kepada pengunjung antaranya motorsikal, barangan elektrik berjenama, wang tunai dan bermacam lagi yang menarik perhatian ramai. 

Indah sungguh dunia kemewahan yang dimiliki beliau. Di kelab-kelab malam pula, hidangan minuman keras berjenama disamping pendamping menaikkan keseronokan upacara minum-minum gadis-gadis rupawan boleh di perolehi ‘Anytime’.

Namun, setelah DSSA dilucutkan jawatan Menteri KKLW dan mengambil keputusan keluar daripada parti Umno, Datuk Peter Anthony seakan di sisihkan peranannya. Tambah jelas, bila mana Yb. Darrel Leiking, Ahli Parlimen Penampang yang sebelum ini merupakan Naib Presiden PKR Pusat mengambil keputusan menyertai DSSA. 

Setelah mengumumkan parti Warisan pada 17 Oktober 2016 lepas, dalam sidang media DSSA di Ibu Pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS) Putrajaya, beliau lantas melantik Yb. Darrel Leiking sebagai Timbalannya yang di saksikan sendiri oleh Datuk Peter Anthony. 

Mengapa bukan Peter yang menjadi Timbalan, sedangkan sebelum ini beliau merupakan orang harapan DSSA? Nampak seakan di badutkan dalam permainan politik DSSA.

Yb. Darrel Leiking boleh mendabik dada ketika ini walaupun pendatang baru dalam hidup DSSA, sudah diberi kepercayaan untuk menjawat jawatan nombor dua dalam parti Warisan lantas boleh mengarah-arah Datuk Peter Anthony untuk bekerja meningkatkan sokongan Warisan. 

Apapun, kepada Datuk Peter Anthony, bawa-bawalah bersabar, tetapi anda harus ingat, silap haribulan, jika parti Warisan berjaya dalam PRU Ke-14, DSSA mungkin menjawat jawatan Ketua Menteri Sabah, manakala Yb. Darrel Leiking sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah, dan kamu, boleh lah di beri markah kesian sebagai Menteri Belia Dan Sukan Sabah……………..

ISMAILY BUNGSU
pkdssa
19 Oktober, 2016
10:00am
#Sebarkan sehingga sampai ke sasaran......

Yang mengikuti tulisan saya selama ini tentunya tahu warna tulisan saya yang sedikit berbau sastera dan yang di atas sama sekali beda dan saudara YB Darell Leiking, juga YB Terrence Siambun memang tidak percaya dan demikian juga setiausaha agung warisan.

Nota itu saya dimaklumkan telah diviralkan secara melebar di grup whatsapp dan mungkin saja di Facebook dan media lain dan inilah namanya perbuatan paling bacul dan berniat jahat.

Sehebat mana yang berkenaan menggunakan nama saya untuk memfitnah saya dan usaha memecahbelahkan perpaduan kepimpinan di WARISAN itu tidak akan berjaya, malah perbuatan mereka yang memfitnah akan merosakkan kepimpinan parti mereka sendiri yang memang sudah kehilangan kepercayaan rakyat di Sabah.

Fitnahlah sebanyak mungkin dan itu tidak kami peduli, malah akan lebih menguatkan semangat untuk menentang sang pengkhianat yang merampok khazanah negara bangsa hingga rakyat menderita dan Sabahan menjadi rakyat termiskin sekali di Malaysia.

UbahSabah itu TATAP dan tidak akan undur meski selangkah dan pengkhianat akan terus kami tentang hingga hancur lumat rosak binasa.

Allah tetap bersama mereka yang ikhlas membawa kebenaran buat rakyat Sabah dan rakyat Sabah tidak sabar2 lagi untuk menghantar mereka ke lobang puaka.

ISMAILY BUNGSU
PK-DSSA
19 Oktober, 2016
2:33pm

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa