Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, October 18, 2016

Cabaran disambut: Puak wala'un kata RUU355 Hudud sehingga kafirkan orang tapi di sini Hadi kata bukan Hudud!

Satu lagi yang gilanya nape yang bukan Islam dok sibuk.....bukankah undang-undang ini untuk orang Islam saja?
Sepatutnya hanya yang Islam saja bising antara setuju dengan golongan tidak setuju!

Sekiranya terangkum soal Hudud pun hanya untuk Muslim sahaja apa yang bukan Islam dok kepoh?


Puak wala'un punya pukulan sehingga Kak Wan pun nak ditanam di Jirat!

Cabaran disambut
18 Oktober 2016 | ABDUL HADI BIN AWANG

Saya membaca satu laporan berita daripada akhbar Malay Mail Online bertajuk “Interfaith group urges MPs to reject Hadi’s Bill, says will empower hudud” menyebut bahawa The Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism, Sikhism and Taoism (MCCBCHST) menyeru ahli Parlimen Malaysia menolak RUU 355.

Bagi pihak umat Islam, saya terlebih dahulu mengajak semua pihak yang terlibat dengan kenyataan tersebut dan dalang yang berada dibelakangnya daripada parti politik supaya kembali kepada perkara asas dalam Perlembagaan Persekutuan. Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama bagi Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai dalam mana-mana Bahagian Persekutuan.

Marilah kita menghargai jasa pemimpin semua kaum dan agama yang telah berjaya memasukkan perkara ini dalam Perlembagaan Persekutuan.

PAS yang tidak menyertai PERIKATAN (UMNO, MCA dan MIC) adalah satu-satunya parti pembangkang yang telah wujud dan mempunyai hanya satu kerusi dalam Pilihanraya Umum pra kemerdekaan tahun 1955, ketika parti-parti lain khususnya dalam Pakatan Harapan belum dilahirkan di alam dunia ini.

Hudud terus menjadi senjata sejak zaman berzaman, walaupun RUU 355 bukan hukum hudud. Perkara yang tercakup dalam RUU 355 adalah bagi memperkenalkan konsep kehakiman dalam Islam.

Ya! Semua undang-undang adalah wajib melalui proses kehakiman yang adil termasuk hudud.

Adakah mereka fahami bahawa Islam ini adalah agama kelam kabut yang tidak ada sistem kehakimannya, maka penganut Islam bergantung kepada tunjuk ajar warisan penjajah semata-mata?

Undang-undang Islam merangkumi seluruh kehidupan manusia daripada sudut individu, keluarga, kemasyarakatan, negara sehinggalah antarabangsa. Maka tidak adil terhadap Islam, kalau hukuman hudud terus sahaja dipotong tangan, seolah-olah hukum Islam termasuk hukum keluarga tidak perlu kepada proses kehakiman yang adil (mahkamah).

Adalah menjadi hak kepada umat Islam untuk beramal dengan agamanya sendiri tanpa gangguan daripada pihak agama lain yang kita juga menghormati kedudukan mereka untuk bebas beramal dengan agama mereka di bumi Malaysia ini.

RUU 355

Pada masa sekarang, bidang kuasa jenayah Mahkamah Syariah adalah sangat terbatas.

Mengikut Perlembagaan Persekutuan, Mahkamah Syariah adalah mempunyai bidang kuasa mengenai kesalahan-kesalahan setakat yang diberi oleh undang-undang Persekutuan. Mengikut Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atauSyariah Courts (Criminal Jurisdiction) Act 1965, Mahkamah Syariah hanya diberi bidang kuasa mengenai kesalahan yang boleh dihukum dengan denda tidak lebih RM 1000 dan penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya.

Bidang kuasa itu telah ditambah pada tahun 1984 dengan pindaan kepada akta itu dan Mahkamah Syariah diberi bidang kuasa mengenai kesalahan yang boleh dihukum dengan penjara tidak lebih tiga tahun atau denda tidak lebih RM 5000 atau rotan tidak lebih enam sebatan atau gabungan hukuman itu.

Bidang kuasa ini masih rendah dari bidang kuasa Majistret Kelas Pertama yang biasanya boleh membicarakan kes yang boleh dihukum dengan penjara sepuluh tahun dan boleh menjatuhkan hukuman lima tahun penjara atau denda RM10,000 atau sebat dua belas kali atau gabungannya.

Satu lagi pindaan yang dibuat kepada Perlembagaan Persekutuan melalui Akta Perlembagaan (Pindaan) 1988 ialah Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan.

Dengan pindaan itu, dalam hal penangkapan bagi sesuatu kesalahan yang boleh dibicarakan oleh Mahkamah Syariah, sebutan-sebutan dalam fasal itu mengenai seorang Majistret hendaklah ditafsirkan sebagai termasuk sebutan-sebutan mengenai seorang hakim Mahkamah Syariah.

Oleh kerana itu jika seorang ditangkap bagi kesalahan yang boleh dibicarakan oleh Mahkamah Syariah dan ia tidak dilepaskan orang itu hendaklah dibawa ke hadapan seorang hakim syariah dengan segera, sekiranya tiada apa-apa sebab yang berpatutan, walau bagaimanapun dalam tempoh dua puluh empat jam (tidak termasuk masa perjalanan yang perlu) dan orang itu tidak boleh ditahan selanjutnya dengan tiada kuasa hakim syariah itu.

Sekurang-kurangnya pindaan itu telah menyamakan kuasa hakim Mahkamah Syariah dalam perkara itu dengan kuasa Majistret.

Tegasnya, RUU 355 adalah hak bagi penganut Islam sahaja. Maka saya menyeru supaya umat Islam bersabar dengan agama mereka berpandukan al-Quran (kitab suci yang mereka imani), Sunnah (amalan Nabi Muhammad S.A.W mengikut al- Quran), termasuk dalam hubungan masyarakat majmuk di Malaysia kerana konsepnya yang kekal.

Walaupun kewujudan masyarakat majmuk di sini adalah ciptaan penjajah mengikut acuannya bagi agenda pecah dan perintah, namun al-Quran lebih mendahului petunjuk bermasyarakat majmuk dengan adil dan bersaudara di atas konsep kemanusiaan sejagat.

Firman Allah SWT:

يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَٰكُم مِّن ذَكَرٖ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَٰكُمۡ شُعُوبٗا وَقَبَآئِلَ لِتَعَارَفُوٓاْۚ إِنَّ أَكۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَىٰكُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٞ (سورة الحجرات: 13)

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain).

Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)”. (Surah Al-Hujurat: ayat 13)

Kita diwajibkan berpegang kepada konsep tiada paksaan dalam beragama. Dalam masa yang sama, Islam memerintah penganutnya supaya berdialog dengan dengan cara terbaik, khususnya bersama penganut yang mempunyai kitab suci.

Firman Allah SWT:

وَلَا تُجَٰدِلُوٓاْ أَهۡلَ ٱلۡكِتَٰبِ إِلَّا بِٱلَّتِي هِيَ أَحۡسَنُ إِلَّا ٱلَّذِينَ ظَلَمُواْ مِنۡهُمۡۖ وَقُولُوٓاْ ءَامَنَّا بِٱلَّذِيٓ أُنزِلَ إِلَيۡنَا وَأُنزِلَ إِلَيۡكُمۡ وَإِلَٰهُنَا وَإِلَٰهُكُمۡ وَٰحِدٞ وَنَحۡنُ لَهُۥ مُسۡلِمُونَ (سورة العنكبوت: 46)

Dan janganlah kamu berbahas dengan Ahli Kitab melainkan dengan cara yang lebih baik, kecuali orang-orang yang berlaku zalim di antara mereka dan katakanlah (kepada mereka): Kami beriman kepada (al-Quran) yang diturunkan kepada kami dan kepada (Kitab) yang diturunkan kepada kamu dan Tuhan kami, juga Tuhan kamu, adalah Satu dan kepadaNyalah, kami patuh dengan berserah diri.” (Surah Al-Ankabut: ayat 46)
Kuasa mahkamah syariah perlu dpertingkatkan

Demi melihat kepada penyelesaian terhadap gejala jenayah dan keruntuhan akhlak yang melanda dunia, termasuk negara kita Malaysia yang tercinta ini, maka saya mengajak kumpulan berbagai agama itu supaya kembali kepada kitab suci agama masing-masing, supaya mengambil sudut undang-undang yang ada didalamnya dan mengkaji perbandingan dengan undang-undang Islam termasuk hudud dan perbandingannya dengan undang-undang warisan penjajah yang tidak ada dalam kitab suci semua agama.

Sila tunjukkan kepada kami.

Kami mengajak pihak lain supaya melihat Islam secara langsung daripada sumber kitab suci al-Quran secara budaya ilmu yang bijak dan sihat. Bukannya budaya ISIS dan DAESH berhujahkan senjata tanpa ilmu seperti yang dipaparkan oleh Barat dan medianya yang merancang terhadap Islam dan penganutnya yang dizalimi.

Jangan zalimi Islam dan penganutnya sehingga melangkah sempadan.

“Inilah Penyelesaian Kita”

.DATUK SERI ABDUL HADI BIN AWANG adalah Presiden PAS

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa