Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, October 19, 2016

Akhrinya Mamat ni dicekup juga

Polis tangkap Jamal di KLIA setibanya dari Dubai
Alyaa Azhar  Hari ini, 19 Okt. 16 -  2:12 tengahari

Polis menangkap pemimpin gerakan baju merah Datuk Seri Jamal Md Yunos sebaik sahaja beliau kembali ke negara ini.

Beliau direman dua hari.

Setiausahanya, Durrany Izam, mengesahkan Jamal ditangkap pada kira-kira jam 8:30 pagi sebaik sahaja dia tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menurut Duranny, Jamal dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Jamal tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada jam 10.30 pagi dalam SUV bercermin gelap.

Walaupun digari, dia sempat melambai kepada wartawan yang menunggu di luar balai polis.

Polis sebelum ini menunggu kepulangan Jamal dari Dubai untuk merakamkan kenyataannya mengenai pertembungan antara baju merah dan konvoi BERSIH 5 di Sabak Bernam dua minggu lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar turut mengumumkan polis akan menyiasat ketua Umno Sungai Besar itu berhubung posting dakwaan amaran tentang ‘rusuhan 13 Mei’ jika perhimpunan BERSIH 5 diteruskan.

Jamal, bagaimanapun, menafikan bahawa beliau di belakang posting itu, dengan mendakwa ia dibuat menggunakan akaun palsu.

1 comment:

  1. : tangkap..soal siasat kemudian lepas...jamal tu...pangkat datuk seri...ahli politik..penyokong kuat najib tu...
    kalau tak ada sokongan.bantuan...ada sape yg berani ?
    yg patut di cari mamat bacul yg sepak dari belakang tu..jangan kata orang...gajah yg besar pun boleh mati kalau pukul curi...
    megah sangat agaknya bila jadi lelaki bacul pukul curi dari belakang.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa