Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, October 19, 2016

Kenapa perairan Sabah masih diceroboh?

Risikan kenal pasti individu bocor maklumat bagi pencerobohan di perairan Sabah - TPM
Astro Awani - Oktober 18, 2016 11:37 MYT
Risikan kenal pasti individu bocor maklumat bagi pencerobohan di perairan Sabah - TPM
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid berkata tindakan akan diambil terhadap pihak yang terlibat membocorkan maklumat sehingga perairan negara dicerobohi. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang melakukan risikan jika terdapat individu dalam agensi-agensi penguatkuasaan yang membocorkan maklumat sehingga berlaku pencerobohan di perairan Sabah.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Dalam Negeri berkata tindakan akan diambil terhadap pihak yang terlibat.

Menurutnya KDN sentiasa prihatin terhadap isu kedaulatan dan keselamatan negara, meskipun terdapat beberapa kekangan.

"Terdapat beberapa kekangan biarpun kita ada aset, anggota dan juga sistem maklumat tertentu. Tetapi sebagaimana yang Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) katakan, ada kemungkinan berlaku kebocoran maklumat," katanya menjawab soalan tambahan M.Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) dalam sesi Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Kulasegaran ingin tahu kenapa masih berlaku pencerobohan di perairan Sabah meskipun pelbagai langkah telah dilaksanakan.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa