Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, October 18, 2016

Bila dah kecuh, orang lain juga yang salah!

Balak: Kerajaan negeri akan buat taklimat khusus
SITI FATIHAH AWANG - 17 OKTOBER 2016
Mohd Amar Nik Abdullah

KOTA BHARU - Kerajaan negeri akan mengadakan taklimat khusus dengan beberapa jabatan dan agensi di negeri ini dalam waktu terdekat bagi mendapat penjelasan dan penerangan lengkap mengenai isu pembalakan di Gua Musang.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, laporan penuh sudah diterima namun taklimat masih belum diadakan dan dijangka dibuat minggu ini melibatkan Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Perhutanan dan agensi-agensi terlibat.

“Kita akan dengar taklimat dan laporan penuh tersebut. Dari situ baru kita boleh buat keputusan dan langkah susulan, apa yang patut dibuat dan apa kaedah yang perlu digunakan untuk selesaikan masalah ini,” katanya kepada media di sini.

Walaupun isu tersebut menjadi bualan dan bahan politik sesetengah pihak untuk menjatuhkan kerajaan negeri, namun Mohd Amar memberitahu, perkara tersebut tidak perlu dipanjangkan dan beliau juga berpendapat banyak salah faham berlaku terutamanya pihak-pihak yang mengeluarkan kenyataan tanpa sebarang maklumat yang tepat.

Beliau yang memegang portfolio Jawatankuasa Pembangunan Wilayah, Tanah, Pelaburan dan Sumber Asli itu juga berkata, mereka yang mengulas dan membesarkan isu tersebut sebenarnya tidak tahu mengenai prosedur, perancangan kerajaan untuk sesebuah kawasan.

“Mereka hanya tahu dan lihat hutan ditebang dan air kotor. Tapi mereka tidak tengok tahap pencemaran itu adakah lebih dari had atau tidak. Sebab kita ada Jabatan Alam Sekitar memantau projek seluruh negeri, jadi kalau benda itu langgar peraturan, ia akan dihentikan serta-merta. Dan sebelum ini pun ada yang sudah didakwa dan sebagainya.

“Sebagaimana Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob sebut sebelum ini, kelulusan balak biasa ini sudah dihentikan. Jadi benda-benda teknikal ini banyak orang tidak faham, itu yang jadi masalah dan jadi kelam kabut. Ramai orang tidak tahu prosedur dalam penggunaan hutan simpan dan apa yang perlu dilakukan dengan kawasan-kawasan tersebut.

“Sebab itu saya cakap kalau orang biasa bercakap, memang akan jadi kelam kabut. Kita nak terangkan pun susah, sebab terlalu teknikal. Sebab itu banyak isu Jabatan Perhutanan sendiri yang terangkan,” katanya.

Kaitan: 
*Kalau semuanya ikut prosedur kenapa jadi begini?

Sijil Pengurusan Hutan Kelantan telah digantung sejak Mac 2016 lagi

Terjemahan:

Sijil Pengurusan Hutan yang diberikan kepada Unit Pengurusan Hutan Negeri Kelantan (FMC 005) didapati telah melanggar Kriteria dan Indikator untuk Sjil Pengurusan Hutan - MC&I (bagi kategori Hutan Asli) telah berkuatkuasa digantung bermula 11 Mac 2016 sehingga tarikh yang akan diberitahu kelak.

SIRIM QAS Sdn Bhd telah membuat keputusan ini setelah Unit Pengurusan Hutan Negeri Kelantan gagal dalam membuat penambahbaikan dalam Permintaan Langkah Pembetulan (Correction Action Request) berdasarkan audit pengawasan kedua yang dikendalikam lleh SIRIM QAS INTERNATIONAL SDN BHD.

Ia adalah satu kewajipan bagi mana-mana tindakan yang tidak mampu mematuhi peraturan ini hendaklah diselesaikan oleh Unit Pengurusan Hutan bagi mengekalkan pensijilan ini

Oleh perkembangan itu, semua kayu balak yang dikeluarkan daripada Hutan Simpan Kekal (HSK) di bawah Unit Pengurusan Hutan Negeri Kelantan bermula daripada 11 Mac 2016 (mana2 kayu balak yang disertakan Pas/Lesen Pengeluaran bermula 11 Mac 2016 dan seterusnya, tidak akan diiktiraf sebagai Pengurusan Lestari (PEFC) di bawah Skim Pensijilan Kayu Balak Malaysia (Malaysian Timber Certification Scheme - MTCS)

Walaubagaimanapun kayu-kayu balak yang berasal daripada Unit Pengurusan Hutan Negeri Kelantan boleh diterima sebagai *sumber terkawal PEFC, di mana sistem pematuhan tersebut telah dilakukan dan tidak melibatkan kayu balak daripada kawasan yang telah ditukar status gunatanah.

*sumber terkawal PEFC = kayu balak yang diperolehi daripada cara konvensional (seperti pembalakan daripada pembukaan ladang hutan dsb) walaupun tidak dikategorikan sebagai sumber yang diambil dgn cara lestari, tetapi ia masih melalui proses pematuhan asas agar ianya tidak datang daripada sumber/cara yang kontroversi/haram

Link asal: http://www.mtcc.com.my/news-items/suspension-of-forest-management-certificate-for-kelantan-state-fmu

**maklumat lanjut tentang Anugerah Sijil Pengurusan Hutan Kelantan pada tahun 2004:


http://www.jpnk.kelantan.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=47&lang=my

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa