Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, October 19, 2016

Harapan atau kenyataan?

[10/18, 08:35]‬: WARISAN PIMPINAN SHAFIE APDAL MAMPU MENGGONCANG NAJIB

Sebagaimana yang kita sedia maklum, permohonan pertukaran nama, logo dan perlembagaan parti baru  yang ditunjangi oleh bekas Naib Presiden UMNO, Shafie Apdal telah pun diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan atau ROS, hari ini.

Parti baru yang kini diambil alih oleh Shafie itu dikenali sebagai Parti Warisan Sabah atau Warisan, manakala nama sebelumnya ialah  Parti Pertubuhan Warisan Sabah yang didaftarkan sejak 2013 yang lalu.

Dengan beberapa pemimpin PKR dan DAP keluar parti sebelum ini kerana ingin bersama-sama  parti baru yang dipimpin oleh Shafie, Warisan kini secara automatik sudah mempunyai dua Ahli Parlimen dan tiga Adun bersamanya pada hari pertama diluluskan oleh ROS.

Mereka ialah Shafie selaku Ahl Parlimen Semporna dan Daryl Leiking, Ahli Parlimen Penampang, manakala tiga Adun terbabit ialah Junz Wong, Peter Anthony dan Dr Jaujan Sambakong.

Dalam masa yang sama, bekas pemimpin PKR Sabah, Lajim Ukin juga sedang dalam perancangan menubuhkan sebuah parti politik baru bersama para penyokongnya.

Perkembangan ini jelas memperlihatkan bahawa Warisan akan mengetuai usaha menjadikan motto "Sabah untuk orang Sabah" sebagai kenyataan di negeri itu.

Sudah tentu, selain berusaha mengambil alih pentadbiran Sabah yang kini dikuasai oleh UMNO, Warisan bersama beberapa parti lain pasti juga mahu meleburkan kedudukan "simpanan tetap"  negeri itu kepada BN.

PPBM sebagaimana kenyataan di bawah amat mengalu-alukan kewujudan Warisan dan berdasarkan kedudukan Shafie yang senasib dengan Muhyiddin hanya kerana menegur Najib berkaitan 1MDB, kebarangkalian kedua-dua parti itu saling bekerjasama memang sudah dijangkakan.

Berikut ialah kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung PPBM yang baru dilantik, Dr. Shahruddin Md Salleh mengenai Warisan:-

KENYATAAN PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA SEMPENA KELULUSAN PENUBUHAN PARTI WARISAN SABAH

1.Hari ini satu lagi peristiwa penting telah dilakar dalam sejarah politik tanah air apabila Parti Warisan Sabah diluluskan penubuhannya oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia. Tahniah diucapkan kepada YB Datuk Seri Shafie Apdal dan rakan-rakan seperjuangan yang telah berjaya menyediakan satu lagi pilihan kepada rakyat Sabah untuk menzahirkan sebuah wadah bagi menjamin masa depan negeri dan negara tercinta.

2. Parti Pribumi Bersatu Malaysia turut teruja dengan kelahiran Parti Warisan Sabah ini kerana ia bakal membina perubahan positif dalam lanskap politik negara yang sedang dibadai gelombang ketidakyakinan yang menggunung tinggi.

3. Kita yakin bahawa perjuangan Parti Warisan Sabah mempunyai asas perjuangan yang selari dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia. Justeru kami tidak sabar untuk menghulurkan tangan dan membina jambatan persahabatan yang kukuh bagi mencorak masa depan negara yang lebih gemilang.

4. Marilah kita sama-sama bersatu tenaga untuk meroboh tembok keangkuhan yang dibina oleh Datuk Seri Najib dan menggantikannya dengan sebuah kerajaan yang memegang  kuat pada nilai-nilai murni yang berpaksikan sifat amanah, keikhlasan, kejujuran, keadilan dan kesaksamaan.

5. Dengan bersatu kita pasti mampu membuat perubahan besar yang akan diingati buat selama-lamanya.

BERSATU BERAMANAH BERMARUAH

Datuk Dr Shahruddin Md. Salleh
Setiausaha Agung
Parti Pribumi Bersatu Malaysia.


Tidak kira berapa banyak parti yang ditubuhkan, yang penting ialah semuanya mahu menolak UMNO dan BN serta sedia saling berpadu tenaga dan bekerjasama bagi tujuan itu.

Berdasarkan sejarah politik Sabah yang sudah beberapa kali bertukar parti pemerintah sebelum ini, dengan wujudnya Warisan, kalau pun tidak mampu menjatuhkan kerajaan negeri, kemampuan mengurangkan beberapa kerusi Parlimen BN  yang selama ini dianggap "simpanan tetap", turut memberi makna yang tinggi kerana ia lebih menyumbang kepada hilangnya kuasa Najib sebagai Perdana Menteri. (SH 17/10/2016).

[10/18, 08:36] ‪‬: NAJIB LEBIH BAHAYA JIKA TERUS DIBERI KUASA?

Menjawab soalan tambahan pada hari pertama sidang Parlimen, Najib Razak menyimpulkan cukai GST sebagai penyelamat kepada ekonomi negara.

Sehubungan itu, beliau menolak gesaan yang mencadangkan agar cukai GST 6 peratus dikurangkan kepada 3 peratus.

Tanpa GST, ekonomi negara akan lumpuh, katanya lagi.

Maknanya apa?

Jawapan Najib itu tidak lain bermaksud bahawa GST bukan saja akan terus dikekalkan, malah mungkin akan dinaikkan.

Menurunkan kadar GST saja, bagi Najib, adalah mustahil kerana ia akan melumpuhkan ekonomi negara.

Najib nampaknya tidak melihat faktor pertumbuhan domestik dengan merangsang atau menggalakkan iklim perniagaan sebagai asas utama mengukuhkan kedudukan ekonomi, sebaliknya merasakan hanya melalui GST, sejenis cukai ala pukat harimau untuk mendapatkan sumber kewangan negara.

Penganalisis ekonomi juga tidak menolak kemungkinan cukai GST akan terus mengalami kenaikan berikutan kerajaan seperti tidak mempunyai sumber pendapatan yang lain yang produktif.

Lantaran itu, boleh dibayangkan bahawa bahaya lebih besar sedang menanti rakyat jika UMNO, BN dan Najib terus diberi kuasa mentadbir negara ini selepas PRU 14 nanti.

Najib hanya nampak GST atau wang dalam poket rakyat untuk memperolehi pendapatan, malah mungkin menaikkan kadarnya, sebagai cara mudah mengisi kantung kewangan negara. (SH 18/10/2016).

AMT dan PENYELARAS "WARISAN"

BARU saja parti yang DS Shafie Apdal asaskan diluluskan logo dan namanya parti kelmarin dan hari ini sudah ada kenyataan konon Parti Warisan Sabah sudah punya senarai Ahli Majlis Tertinggi Parti Warisan Sabah atau sengkatannya WARISAN.

Saudara Loretta S. Padua JR selaku setiausaha agung parti menjelaskan apa yang diviralkan itu tidak benar dan katanya kenyataan itu jelas bertujuan untuk mengelirukan ahli-ahli dan orang awam.

" Setakat ini, tiada pengumuman Parti Warisan daripada Presiden
mengenai senarai penuh AMT Parti Warisan Sabah (WARISAN)" Katanya saudara Loretta melalui sebaran yang diviralkan hari ini.

Disamping itu Parti Warisan Sabah juga menerima ada yang sudah menubuhkan JK Penyelaras parti di daerah2 tertentu dan itu sebenarnya suatu usaha yang baik kesan keghairahan untuk rakyat berjuang bersama WARISAN pimpinan DS Shafie Apdal.

Parti Warisan Sabah memang menghargai usaha2 mereka yang sudah menubuhkan JK Penyelaras dan itu amat dihargai tetapi untuk setakat ini cara terbaik, biarlah Presiden parti dan AMT yang akan dibentuk membuat pengumuman untuk penubuhan penyelaras di daerah masing-masing.

DS Shafie Apdal sebelum ini selalu menasihati agar rakyat selalu bersabar dan Parti Warisan Sabah akan digerakkan secara teratur dan bersistematik untuk mengelak bermacam masalah nanti.

Adalah menjadi harapan kepimpinan parti agar rakyat bersabar dan terus bersatu dan dalam waktu yang tidak lama pasti akan ada pengumuman senarai AMT parti termasuk susunatur cara menubuhkan JK Penyelaras mengikut perlembagaan parti.

ISMAILY BUNGSU
18 Oktober, 2016

7:20pm

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa