Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, May 12, 2014

PRK Bukit Gelugor: Mamat Ni Pun Tumpang Sekaki Mengutuk Gak!

MCA tidak tanding Bukit Gelugor kerana penolakan Cina Pulau Pinang, kata Zulkifli Noordin
OLEH HASBULLAH AWANG CHIK
MAY 12, 2014
Bekas naib presiden Perkasa Datuk Zulkifli Noordin berkata keputusan MCA untuk tidak meletakkan calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor membuktikan bahawa parti itu kini tidak lagi mendapat sokongan pengundi Cina. – Gambar The Malaysian Insider, 12 Mei, 2014

Keputusan MCA untuk tidak meletakkan calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor membuktikan bahawa parti itu kini tidak lagi mendapat sokongan pengundi Cina, kata Datuk Zulkifli Noordin.
Bekas naib presiden Perkasa itu berkata MCA menggunakan hudud bagi menutup kelemahan parti Cina itu yang kini cuba bangkit setelah mengalami kekalahan teruk dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang lalu.
“Mereka tidak mahu membuka pekung bahawa pengundi Cina di sana tidak lagi menerima MCA.
DAP hari ini menuduh Barisan Nasional (BN) sebagai pengecut kerana tidak meletakkan calonnya dalam PRK Bukit Gelugor dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membayangkan bakal ada calon ‘mesra BN’.“Pada saya alasan (hudud) itu hanyalah satu gimik dan retorik politik semata-mata kerana mereka tahu wakil yang bertanding tidak boleh memenangi sebarang pertandingan menentang DAP," katanya seperti dilapor akhbar Utusan Malaysia.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata adat dalam sesuatu pertandingan akan ada pihak yang menang dan ada pula yang kalah.
“BN menjadikan ini sebagai permainan. Saya fikir bijak bagi mereka untuk tidak bertanding,” katanya sewaktu ditemui media di pusat penamaan calon di Dewan Sri Pinang di Georgetown hari ini.
Zulkifli berkata penolakan kaum Cina kepada MCA bukan hanya berlaku di Pulau Pinang, tetapi terbukti dalam PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang sebelum ini.
“Naib Presidennya sendiri, Datin Paduka Chew Mei Fun tumbang di tangan calon PKR. Malahan jumlah undi yang diperoleh MCA semasa PRU13 di Kajang semakin menurun di dalam PRK Kajang.
“Meletakkan calon di kubu kuat DAP di Bukit Gelugor hanyalah menjadi medan kekalahan dan akan memberi kesan terhadap kelangsungan politik MCA," katanya seperti dilapor Utusan Malaysia.
Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki turut senada mengecam MCA bahawa hanya menjadikan hudud menutup kelemahan parti Cina itu.
Katanya, MCA perlu mengakui krisis yang dialami mereka bagi mendapatkan semula sokongan rakyat terutamanya kaum Cina.
“MCA perlu bersikap lebih terbuka dan jangan beri alasan mahu memperjuangkan tentangan hudud. Soal letak calon tiada kaitan dengan isu hudud.
“Seperti yang kita tahu, MCA sedang hadapi krisis hendak mendapatkan kepercayaan orang Cina. Mereka juga tidak patut membangkitkan sentimen orang Melayu setelah tidak mendapat sokongan orang Cina,” katanya seperti dilapor akhbar Sinar Harian.
Asyraf memberi amaran kepada MCA agar tidak mengadakan perbincangan dengan parti komponen lain mengenai isu hudud, kerana ia akan mengancam masa depan negara.
Katanya, MCA perlu melihat hudud dari sudut positif sebagai satu lambang penyatuan di kalangan orang Melayu.
“Kita sebagai orang Islam sudah tentu tidak akan tolak hudud. Tetapi dalam konteks negara ini, banyak perkara yang perlu diambil kira.

“Orang bukan Islam, termasuk MCA sendiri perlu melihat situasi ini dari sudut positif. Ini kerana, buat pertama kali masyarakat Islam boleh bekerjasama dalam sesuatu isu,” katanya. – 12 Mei, 2014.

2 comments:

  1. Hei mulut longkong, diam boleh?

    ReplyDelete
  2. Siapa mamat ini yea ?

    Keaian mak bapak nya...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa