Dah terang-terang tulis tapi tak ngaku?
Korang Nilailah sendiri tahap pemikiran dan pimpinan mereka berdua
PAS ‘bergelora’, menantu Hadi gelar Nizar ‘sangat bodoh’ dalam krisis Umno Terengganu
Komen Zaharuddin Muhammad terhadap status laman Facebook Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang mencetuskan kontroversi. - Gambar Facebook.
Menantu Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu menulis komen melalui laman sosial Facebook dengan menyelitkan bersama-sama artikel komen Nizar di satu portal berita.
Nizar dalam artikel tersebut menyeru pimpinan PAS berhati-hati dengan Barisan Nasional (BN) semasa krisis Dewan Undangan Negeri (DUN) di Terengganu baru-baru ini.
"Dia kata kenyataan 'very stupid' itu tidak semestinya ditujukan kepada Datuk Seri Nizar. Kalau bukan kepada saya, tidak tahu kepada siapa dia tujukan," katanya kepada The Malaysian Insider."Menantu Hadi (Zaharuddin) menafikan, sebab dia kata bukan tujukan kepada saya.
Nizar meminta Zaharuddin supaya menjelaskan kenyataan tersebut dan bukan hanya menafikan sahaja.
"Kalau dia kata tidak tujukan kepada saya, saya pun tidak tahu nak kata ditujukan kepada siapa.
"Tanya dia, apa niat dia," soal beliau.
Nizar kemudian berkata, kenyataan Zaharuddin yang juga salah seorang Exco Pemuda PAS mencerminkan imejnya yang sebenar.
"Sekarang ini, dia mencemarkan dirinya, ahli Majlis Syura dan AJK parti sendiri. Mana boleh kita beritahu kepada rakan-rakan macam itu," kata Nizar.
Nizar juga mempertahankan haknya untuk menasihati kepimpinan PAS di Terengganu.
"Saya berhak sebagai bekas menteri besar yang pernah mengalami peristiwa sedemikian," kata Nizar lagi.
Zaharudin sebelum ini semasa pemilihan PAS tahun lepas juga mencetuskan kontroversi, didakwa memainkan peranan besar dalam gerakan untuk menyingkirkan golongan profesional yang digelar "Erdogan" dalam PAS.
Nama tersebut diambil sempena nama Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan.
Menurut Nizar, nasihat tersebut bertujuan untuk mengelakkan krisis pada 2009 berulang di mana kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Perak tumbang susulan tindakan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) lompat parti.
Baru-baru ini, episod di Perak berulang apabila tiga Adun di Terengganu dikepalai bekas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said bertindak keluar parti dan mengumumkan menjadi wakil Bebas.
Terdapat khabar angin mengatakan akan ada usaha mewujudkan kerajaan campuran di Terengganu, tetapi perkara tersebut dinafikan oleh PAS Terengganu.
Nizar menggesa agar pemimpin negeri Terengganu supaya berhati-hati.
Bagaimanapun situasi tersebut berubah apabila ketiga-tiga Adun tersebut kembali ke pangkuan Umno.
"Sebab pengalaman masa di Perak, Umno buat macam itu dahulu, bila tersepit mereka cari kawan lain.
"Jadi pengalaman itu saya cuba sampaikan supaya tidak termakan," kata Nizar.
Dalam pada itu, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Satiful Bahri Mamat juga senada dengan Nizar, menyifatkan Umno dan BN sebagai tidak boleh dipercayai.
"Kita sedia maklum sejarah panjang PAS dan Umno.
"Kekalahan pada 2004 pun BN menang dengan tidak adil," kata Satiful kepada The Malaysian Insider.
Satiful berkata PAS tidak akan sama sekali bekerjasama dengan Umno atau BN, bahkan mengganggap Ahmad sebagai tidak berkredibiliti serta "flip-flop".
"Mereka tidak pernah berubah dengan sikap diskriminasi dan tidak adil.
"Umno tidak pernah menunjukkan keikhlasan sikap, jadi macam mana nak perintah bersama...Ahmad Said ini kita pun tahu dia flip flop," katanya.
Satiful juga mengungkit kembali layanan yang diberikan oleh Ahmad kepada PAS sepanjang memerintah Terengganu dan berkata mustahil untuk bekerja dengan individu berperwatakan sedemikian.
Di Terengganu, BN memiliki 17 kerusi DUN manakala PR pula 15 daripada 32 kerusi keseluruhan, sebarang kemungkinan boleh berlaku sekiranya salah seorang daripada Adun Umno keluar parti menjadi wakil Bebas.
PAS juga mengintai peluang untuk memerintah di Terengganu, malah awal-awal lagi memberi isyarat akan mengusulkan undi tidak percaya dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) jika kemelut politik dalaman Umno tidak berakhir. – 16 Mei, 2014. - MI
minta dia pi bela ayam daa ! syabas & bravo nizar nasihat yang sangat bernas untuk mangkuk-mangkuk jika ada yang mahu 'kerajaan perpaduang', ABU !
ReplyDeletePemimpin pumuda macam ini mana ada pendirian dia hanya bergantung nasib dengan bapa mentua saja kita tunggu dan lihatlah nanti apa presiden akan bertindak atau tidak atau dia dijadikan penasehat yang menjahanamkan dalam PAS sendiri, dan itulah sebabnya bapa mentua dia kena saman dengan sebab mulutnya yang tidak dikawal.
ReplyDeleteDah namanya 'ayam'. Ayam kepala kecik, otakpun kecik. Tidak berakal, hanya layak disembelih buat lauk jer.
ReplyDeleteTak sudah-sudah Din Ayam ni buat masaalah dlm PAS.Dari segi politik,Din Ayam tak layak nak sapu sepatu Nizar.Menantu Hadi Awang ni kalau bukan kerana mertuanya,dia adalah "no body".Khabarnya sekarang jadi salah seorang penasihat agama kpd Kerajaan Selangor.Ada masyuuuuk tu.Hakikatnya dia sepatutnya jadi penasihat jual ayam aje "chicken marketing",ini saja yg layak buat Din Ayam.
ReplyDeletesmga situasi TGHA dgn menantunya itu xsama mcm Pak Lah dgn KJ dulu
ReplyDeletedia ni nak ikut KJ....buat pak mertua ditendang....kah kah kah
ReplyDeleteVery Stupid !!!
ReplyDeleteStupid punyea orang muka dan perangai nya agak sama saja , baik dalam UMNO mau pun dalam PAS...
Muka muka stupid ini tak banyak , sebab yang Stupid saja kenal dengan saudara saudara nya yang Stupid.
Sudah pasti NIZAR bukan Stupid orang nya sebab raut muka jauh dari muka orang Stupid malah raut air muka bersih bagai se orang cendiakawan.
Din Ayam itu memang ada muka orang tak pandai , kalau banding dengan NIZAR bagai Langit dan Longkang...
Ada kangkong dalam Longkang tau...
Din Ayam ni beristinjak pun belum bersih, baru belajar berkokok yg sumbang bunyinya. Taji pun masih umbut lagi. Tidak layak diletakkan digelanggang, kampung boleh tergadai.
ReplyDeleteMenantu paling tak senonoh dalam dunia
ReplyDeleteDefinitely believe that which you said. Your favorite justification appeared to
ReplyDeletebe on the net the simplest factor to take into
account plenty of fish dating site of free dating.
I say to you, I definitely get irked while other people
think about concerns that they plainly don't recognise about.
You controlled to hit the nail upon the top and outlined out the entire thing without having side-effects , other folks could take a signal.
Will likely be back to get more. Thank you
Great post. I was checking continuously this blog and I am impressed!
ReplyDeleteVery useful information specifically the last part :) I care
for such information a lot. I was looking for this certain information for a long time.
Thank you and best plenty of fish dating site of free dating luck.