Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, May 16, 2014

Tindakan Bodoh: Marahkan Cina, Membakar Negara Sendiri!

Rusuhan di Vietnam: Seorang Terbunuh, 100 Cedera,  Rakyat M'sia Selamat
Kementerian Luar setakat ini belum menerima sebarang laporan mengenai rakyat Malaysia yang cedera atau terjejas berikutan rusuhan di kilang milik asing di selatan Vietnam.
    
Kenyataan Wisma Putra menyebut situasi di Vietnam adalah terkawal dan Konsul Jeneral Malaysia di Bandaraya Ho Chi Minh sedang memantau rapi keadaan itu.
    
"Semua rakyat Malaysia di Vietnam dinasihat agar berwaspada dan menjauhi kawasan yang terjejas," katanya sambil menambah syarikat milik Malaysia tidak terkecuali daripada mengalami kerosakan dan kerugian dalam insiden itu.
    
Menurut kenyataan itu, Malaysia menghargai usaha berterusan kerajaan Vietnam dalam mengekang rusuhan di selatan Vietnam yang mengakibatkan kerugian harta benda bernilai berbilion Dong dan ribuan pekerja kehilangan sumber pendapatan.
    
Kenyataan itu juga menyebut Malaysia menggesa mereka yang terlibat mengelak daripada terus memburukkan lagi keadaan serta melahirkan kebimbangan terhadap rusuhan yang berlaku, terutama di Wilayah Binh Duong, yang menyaksikan perusuh mengganggu pekerja kilang, memecah masuk, menggeledah serta memusnahkan premis kilang sekali gus menyebabkan operasi kilang terganggu.
    
Media melaporkan bahawa ribuan penduduk tempatan melancarkan rusuhan anti-China semalam dan membakar beberapa kilang milik usahawan negara itu di bahagian selatan dan tengah Vietnam sebagai membantah tindakan China membina pelantar minyak di kawasan pengeluaran bahan mentah berkenaan di perairan Laut China Selatan yang menjadi rebutan.


Baca cerita lebih lengkap: Anti-China Rioting Turns Deadly in Vietnam
DanOne dead, 100 hurt as anti-China riots spread in Vietnam
 
 

2 comments:

  1. Lihat semangat rakyat Vietnam yg cintakan kedaulatan tanahair mereka dari pencerobohan penjajah baru China.Mereka telah menghalau Perancis dan menendang keluar Amerika umpama anjing kurap.Sekarang China cuba memperkotakatikan negara2 kecil Asia Tenggara Dan Vietnam telah menunjukkan yg mereka tidak boleh dibuli sesuka hati. Bandingkan dengan Malaysia yg dengan mudah menyerahkan Pulau SePutih Dan Tanjung Pagar kepada Singapura tetapi sibuk nyanyi patriotik kat tv.

    ReplyDelete
  2. Heya i'm for the first time here. I found this board and I find It really helpful &
    it helped me out much. I'm hoping to give something back and aid others like you
    aided me.

    Look into my homepage - binary cash creator

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa