Selepas Ahmad Said: Giliran siapa pula?
Jika kena gaya dan bodeknya, mungkin Datuk Seri Najib Razak bermurah hati memberikan jawatan lain kepada Ahmad Said.
PETALING JAYA: Walaupun Datuk Seri Ahmad Said kehilangan jawatan dan diaibkan kerana kenduri kahwin anaknya pada hujung minang semalam ketika mengumumkan penarikan balik surat keluar Umno dan kekal sebagai ADUN Kijal, Ahmad Said masih lagi ceria dan mampu tersenyum.
Menurut bekas Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian Wangsa Maju, Shahbudin Husin, dalam hati Ahmad Said mungkin berkata, beliau hanya kehilangan jawatan tetapi masih ada lagi kehidupan yang bebas dan tidak perlu untuk berhadapan dengan proses undang-undang atau turun naik ke mahkamah selepas ini.
“Jika kena gaya dan bodeknya, mungkin Datuk Seri Najib Razak bermurah hati untuk memberikan jawatan lain kepada Ahmad Said, seperti bekas Menteri Besar Johor, Ghani Othman yang dijadikan Pengerusi Sime Darby dan bekas Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam sebagai Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB),” katanya dalam posting blognya yang terbaru www.shahbudindotcom.blogspot.com.
Tambahnya, sebelum pengguguran Ahmad Said menjadi isu, turut dikaitkan ialah pertukaran beberapa pemimpin negeri lain seperti Pahang, Negeri Sembilan dan Perak. Najib dikhabarkan ingin menukar menteri besar di negeri-negeri tersebut bagi memberi nafas baru untuk menghadapi pilihanraya umum akan datang.
Ujarnya, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob yang sudah berusia dan sudah lama memimpin negeri itu, dikatakan bakal digantikan dengan Timbalan Pengerusi Umno Pahang, Mohd Sharkar Shamsuddin yang juga kini menjadi Exco kerajaan negeri. Pertukaran Adnan dengan Sharkar yang lebih muda dipercayai dapat membantu penerimaan rakyat yang lebih baik dan menyuntik semangat baru menjelang PRU ke 14 nanti.
Katanya, di Perak pula, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir ingin ditukarkan kerana prestasi Barisan Nasional (BN) di negeri itu tidak banyak meningkat dalam pilihanraya umum lalu. Dari segi pencapaian jumlah kerusi dalam pilihanraya lalu, Zambry lebih kurang sama saja dengan Ahmad Said.
“Untuk mengelakkan keputusan lebih buruk dalam pilihanraya akan datang, Zambry perlu ditukarkan dengan calon lain yang tidak banyak isu yang boleh menggugat sokongan rakyat kepada Umno dan BN,” jelasnya.
Manakala, di Negeri Sembilan pula, sama seperti di Pahang, Datuk Seri Mohamad Hasan juga agak lama menjadi menteri besar dan sudah sampai masanya menyuntik semangat baru.
“Walaupun pencapaian Mohamad Hassan pada pilihanraya 2013 adalah lebih baik berbanding 2008 tetapi penasihat-penasihat Najib di Putrajaya percaya bahawa keputusan yang lebih baik mampu dicapai jika ada perubahan di tampuk kepimpinan negeri itu,” katanya.
Tambah Shahbudin, walaupun pada awalnya Ahmad Said cuba berdegil dan dengan menggugurkannya dan kemudian dapat menjinakkannya, Najib kini tentulah dapat menarik nafas lega untuk melakukan perubahan yang seterusnya.
“Jika Ahmad Said dan konco-konconya yang terdiri daripada beberapa orang ADUN terus dapat bertahan dan berada di luar Umno, ia menjadikan suasana politik di negeri itu terus tidak menentu, selain ia mungkin mengganggu atau melambatkan proses pertukaran di negeri-negeri lain,” ujarnya.
Katanya, sambil membayangkan Adnan Yaakob, Zambry dan Mohamad Hassan bukanlah seorang yang keras kepala dan lebih mudah untuk akur jika diarahkan berhenti pastinya hasrat Najib untuk mewujudkan beberapa kerajaan negeri yang ‘benar-benar putih bersih’ serta tiada cacat cela pada mata rakyat pastilah menjadi lebih mudah selepas ini.
Dalam pada itu itu, sebagai langkah berjaga-jaga atau pelan B, Najib juga mungkin sudah mulai mengumpul fail-fail SPRM mengenai pemimpin yang mahu digugurkan. Supaya apa yang berlaku di Terengganu yang jelas mencemar dan menunjukkan kelemahannya, tidak berulang lagi.
“Drama politik di Terengganu yang pada awalnya dijangka akan menjadi sebuah telenovela panjang yang ada babak menangis, ketawa, merajuk, gembira, dendam dan sebagainya, akhirnya hanyalah menjadi sebuah cerita pendek yang paling tidak menarik kerana Ahmad Said yang pada mulanya dianggap ala-ala samseng, terkulai hanya tidak sampai 48 jam selepas mengisytiharkan keluar Umno dan berhasrat menjadi ADUN Bebas,” katanya.
Tambah Shahbudin, jika menurut apa yang dilaporkan oleh FMT, punca beliau membuat “air turn back” adalah disebabkan adanya kes SPRM yang melibatkan dirinya serta usahanya untuk menghantar wakil menemui PAS bagi membentuk kerajaan campuran gagal serta tidak mendapat sambutan yang sewajarnya daripada PAS.
“Menyedari bahawa kerajaan campuran tidak mungkin menjadi kenyataan, malah jika terus membiarkan kemarahan terhadap Najib menguasai dirinya dan juga boleh menyebabkan dirinya berseorangan serta mungkin juga berhadapan dengan proses undang-undang, pilihan yang ada hanyalah kembali kepada Umno dan meminta maaf kepada Perdana Menteri,” katanya.
Hello, i read your blog from time to time and i own a similar one and i was just wondering if you get a lot of spam comments?
ReplyDeleteIf so how do you reduce it, any plugin or anything you can advise?
I get so much lately it's driving me crazy so any
help is very much appreciated.
Also visit my weblog: clash of clans hack ()