Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, May 8, 2014

Gila: Kerana Dengki Ker Apa?

Murid darjah dua terkena simbahan asid di Pendang
MAY 08, 2014
Seorang murid darjah dua Sekolah Rendah Islam Islah, Pendang yang sedang membeli sarapan di sebuah gerai melecur terkena simbahan asid yang dipercayai disimbah kepada pemilik gerai tersebut.
Ibu mangsa Nazriah Abdul Rahman, 41, berkata beliau dan anaknya Abdul Hakim Wafi Abdul Razak, 8, berhenti di gerai itu berhampiran Jabatan Kebajikan Masyarakat Pendang di Seberang Pendang untuk membeli nasi lemak sebelum menghantar anaknya ke sekolah.
"Saya berhentikan kereta saya di seberang jalan dan anak saya turun untuk membeli nasi lemak. Saya nampak dua orang lelaki yang menaiki sebuah motosikal turut berhenti di gerai itu sebelum seorang daripadanya turun daripada motosikal dan menyimbah sesuatu kepada pemilik gerai tersebut.
Bapa mangsa, Abdul Razak Hussin, 46, berkata beliau yang sedang berada di rumah dihubungi isterinya yang memberitahu kejadian yang menimpa anak ketiga mereka dari empat beradik itu. Beliau lalu bergegas ke situ."Anak saya yang berada berhampiran turut terkena simbahan itu di bahagian kiri muka, tengkuk dan tangan. Dia melecur hampir 70 peratus dan kini stabil dan ditempatkan di Unit Rawatan Kebakaran," katanya kepada pemberita semasa ditemui di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar hari ini.
"Saya tidak sangka perkara ini boleh terjadi kepada anak saya," kata Abdul Razak.
Bapa saudara mangsa Bashiron Hussin, 28, berkata kejadian berlaku pada pukul 7.15 pagi dan dua orang lelaki itu dikatakan bertopeng.
"Laporan polis telah pun dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Pendang," katanya.
Difahamkan pemilik gerai tersebut dan isterinya turut melecur teruk di muka dan belakang badan.
Gerai itu dikatakan baru sahaja dibuka semalam.
Ketua Polis Daerah Pendang DSP Abdul Aziz Ahmad mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan. – Bernama, 8 Mei, 2014.

1 comment:

  1. MasyaAllah, sampai begitu busuk perut penjenayah itu. Sanggup memusnahkan kehidupan sesama insan dan lebih mengharukan budak yg tidak tahu apa2 pun menjadi mangsa. Memalukan umat melayu saja.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa