Pemimpin Islam dalam Gerakan berkata 'Tidak' kepada hudud
GEORGE TOWN: Seorang ahli politik beragama Islam dari Kelantan membuat langkah berani dengan memohon agar perlaksanaan hudud (kanun jenayah Syariah) ditangguhkan buat sementara waktu di negeri kelahirannya itu.
Walaupun umat Islam wajib menerima hukum hudud sebagai sebahagian ajaran Islam, Raja Muharimi Raja Muhammad berkata langkah menangguhkan perlaksanaannya wajar dilakukan.
Mengakui beliau akan diselar di kalangan umat Islam kerana pendiriannya, Raja Muharimi menekankan keperluan memelihara perpaduan nasional berbanding menyemarakkan perdebatan berkenaan isu tersebut.
“Ia bakal menjurus kepada keadaan sulit bagi negara yang mahu kekal kompetitif di era global ini,” kata Raja Muharimi, yang melakar sejarah menjadi ketua pemuda pertama parti Gerakan daripada bangsa Melayu tahun lalu.
Beliau merupakan pengerusi Pemuda Gerakan Kelantan merangkap naib pengerusi di peringkat nasional.
Perdebatan hangat tentang isu ini serta pendirian keras PAS telah memberi kesan kepada perpaduan nasional di negara berbilang bangsa ini, ujarnya.
“Saya enggan terlibat di dalam usaha memecahbelahkan negara. Kita perlu menjalin hubungan erat bagi menjamin nasib negara dan rakyatnya,” tegasnya.
Beliau membuat pendirian selaku seorang Islam yang taat pada ajaran agama berbanding peranannya kepada parti Gerakan. Raja Muharimi turut menjelaskan definisi hudud.
“Hudud merangkumi enam kesalahan: murtad, merompak, minum arak, berzina, mencuri dan tuduhan zina (qazaf). Kajian mendapati pelaksanaannya di negara-negara Islam (yang mengamalkan hudud) agak rendah kerana ia mengambil masa bagi menjatuhkan hukuman. Ianya berupa undang-undang Allah dan bukan ciptaan manusia,” ujarnya.
“Hudud menghukum secara adil dan menyeluruh. Contohnya, para hakim dibenarkan mengkaji mengapa seseorang mencuri. Jika bukti diberi melampaui keraguan, bahawa kerajaan gagal memberinya pekerjaan, pihak kerajaanlah yang wajar dihukum di bawah undang-undang hudud,” jelas Raja Muharimi.
Alasan bagi penangguhannya amat mudah.
Terdapat sebilangan umat Islam serta golongan bukan Islam yang kurang jelas bagaimana hudud akan dilaksanakan.
“Tidak syak lagi umat Islam menerima hudud tetapi kaedah praktikalnya perlu difahami sepenuhnya oleh semua pihak di dalam masyarakat Malaysia.
“Kerana ia langkah legislatif dengan kaedah hukuman. Suka atau tidak, ia bakal memberi kesan kepada umat Islam dan golongan bukan Islam. Sama ada positif atau sebaliknya, bergantung kepada interprestasi masing-masing,” katanya.
Bilakah rakyat Malaysia akan bersedia menerima hudud? “Mungkin 10 tahun lagi, tetapi hanya jika pihak berkuasa memberi pendidikan komprehensif kepada orang ramai mengenainya,” jawab Raja Muharimi.
Katanya, elemen Islam telah diberi layanan politik di mana ia diputarbelit sehingga tidak mendidik umat Islam.
Contohnya di dalam kes khalwat, di mana pihak berkuasa sewajarnya menekankan pencegahan dan bukan penguatkuasaan bagi membasmi kesalahan itu.
“Nabi Muhammad (SAW) mengingatkan pengikutnya tidak melanggar hak-hak orang lain. Manusia perlu punyai kesedaran bahawa mereka melakukan kesalahan.”
Bagaimanapun pada hari ini, pihak penguasa menyerbu kediaman peribadi serta bilik hotel dan mendakwa pasangan melakukan khalwat.
“Sekali lagi, pihak penguasa gagal mendidik orang ramai tentang undang-undang hudud,” katanya.
Raja Muharimi turut menekankan bahawa hudud hanya boleh terlaksana sekiranya rakyat Malaysia memahaminya secara total.
Semalam, PAS mengumumkan akan menangguhkan pembentangan rang undang-undang persendirian berkenaan hudud di Parlimen, yang pada mulanya dijangka dibuat bulan depan.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata penangguhan diputuskan bagi memberi masa kepada jawatankuasa teknikal Putrajaya-kerajaan Kelantan mengkaji perlaksanaan kanun jenayah itu. - sumber
Nak tanya Raja Muharimi, selama ni tak ada hudud terlaksana di negara ini hubungan kaum baik sangat ke? Bagaiman dengan keta2 ugutan dan celaan pemimpin2 umno terhadap bangsa dan agama lain; tidakkah itu sebenarnya punca keretakan hubungan antara kaum? Kamu mengaku beragama islam, tetapi kamu berperangai seperti orang kafir. Kamu agak pada tahun berapa rakyat Malaysia memahami hudud secara total? Tahun 2020,2050,atau tahun 10000000?
ReplyDeleteTolong faham betul2 statemrent tu....
DeleteMahathir ?
ReplyDeleteIanya hanya nama ; jasadnya mungkin wujud tapi mungkin tidak sama seperti nama nya.
Usah risau kan nya.
Kubur nya menentu kan nya.
Cuma yang banyak dosa dengan Allah takut hudud, Negara kaya impot berjuta pekerja asing tapi takut laksana hudud Itu nama nya bodoh pemerintah penyamun besar pendatang jadi raja.Jangan tunggu sampai Allah murka baru nak berdoa.Sistem barat adalah sistem yahudi laknatullah di mana yang kaya menindas yang miskin.Orang kafir hanya menumpang kekayaaan yang Allah anugerah kepada Malaysia, mengapa mereka tak mahu hukum Allah.
ReplyDeleteTolong faham betul2 statement tu...
ReplyDeleteXUMNO BUKAN SAHAJA TAK FAHAM HUDUD, TAK FAHAM KENAPA IA BELUM DILAKSANAKAN DI NEGARA INI. KALAU KERAJAAN MEMERINTAH KATA ESOK KITA LAKSANAKAN HUDUD. MAKA TERLAKSANALAH IA. TK
ReplyDelete