Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, May 5, 2014

Mamak Longkang Ni Kata Cina Juga Yang Salah!

Jadi ini bermakna sokongan UMNO terhadap Hudud bukanlah kerana agama tetapi demi kepentingan politik dan survivalnya!

Hudud: Ahli politik veteran Umno salahkan pengundi Cina sokong pembangkang
OLEH MD IZWAN
MAY 05, 2014
Pemimpin veteran Umno, Tan Sri Zainuddin Maidin menyalahkan pengundi Cina sebagai punca  PAS kembali membangkitkan isu pelaksanaan hukum hudud dengan bersungguh-sungguh.
Berbeza sebelum ini ketika pemerintah Umno-Barisan Nasional (BN) memegang majoriti dua  pertiga, Zainuddin berkata PAS tidak berani memperkatakan pelaksanaan undang-undang Islam  kontroversi tersebut.
"Yang memaksa Umno berlembut dalam soal ini adalah orang Cina.
Bekas menteri penerangan itu berkata Umno tidak wajar dipersalahkan dalam isu pelaksanaan  hukum hudud kerana pengundi Cina menolak BN secara jelas dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu."Yang memaksa PAS berani untuk melaksanakannya juga daripada orang Cina yang menolak suatu asas kerjasama yang lebih mempunyai persefahaman antara Umno dan MCA," kata Zainuddin kepada The Malaysian Insider.
"Dalam soal ini, apa yang menyebabkan PAS berani ke hadapan dan mencuba lagi untuk  melaksanakan hukum hudud, di mana mereka lebih agresif adalah disebabkan sikap orang Cina sendiri yang menyokong PAS.
"Ini memberikan kesempatan kepada mereka (PAS) untuk melaksanakan hukum hudud yang berpunca daripada kerjasama dengan DAP," kata beliau.
Kenyataan Zainuddin mempersalahkan pengundi Cina senada dengan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak yang menyifatkan kegagalan BN memperoleh majoriti dua pertiga berpunca daripada "Tsunami Cina".
Zainuddin berkata Umno sekarang ini tidak mempunyai pilihan selain mengambil jalan tengah  berkompromi dengan hasrat PAS yang tetap bertegas untuk melaksanakan hukum hudud.
"Orang Cina tidak harus menyalahkan Umno kalau ambil sikap lebih berlembut dan berkompromi dalam soal ini kerana orang Cina sendiri membawa Umno kepada kedudukan ini.
"Sebab apa pun yang dilakukan oleh Umno, orang Cina seolah-olah tidak menyokong BN,  jadi mengapa Umno perlu takut," kata beliau.
Isu Hudud kembali menjadi topik hangat selepas kerajaan PAS negeri Kelantan dilihat serius  untuk melaksanakannya, malah akan membawa usul persendirian ke Dewan Rakyat untuk  mendapatkan restu sebelum melaksanakannya.
Walaupun sebelum ini Umno dilihat tidak bersetuju dengan usaha tersebut, beberapa kenyataan pemimpin Umno baru-baru ini memberikan isyarat mereka akan menyokong langkah kerajaan Kelantan tersebut.
Putrajaya juga baru-baru ini mengumumkan bersetuju menubuhkan jawatankuasa teknikal  mengkaji pelaksanaan Undang-Undang Jenayah Syariah di Kelantan.
Perkara itu diputuskan dalam pertemuan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri  Jamil Khir Baharom dan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah  baru-baru ini.
Bagaimanapun, isu hukum hudud menerima tentangan daripada rakan komponen BN sendiri iaitu MCA dan Gerakan, malahan rakan komponen DAP dalam Pakatan Rakyat (PR) juga menentang keras langkah tersebut.
Setiausaha organisasi kebangsaan DAP, Anthony Loke memberi sepatah dua kepada PAS, mendesak parti Islam tersebut keluar daripada Pakatan jika masih berdegil.
Pelaksanaan hudud tidak termasuk di dalam manifesto Pakatan semasa PRU13 lalu, oleh itu DAP  menganggap ia mencabul permuafakatan dalam gabungan pembangkang tersebut.
Bagi Zainuddin, pertikaian selepas PAS membawa semula isu hudud memberikan Umno kelebihan pada ketika kerajaan dilihat lemah selepas pilihan raya lalu.
"Nampaknya, tentangan yang dulunya Umno dianggap sebagai penghalang hukum hudud ini sudah tidak nampak lagi.
"Dari segi perang psikologi, ertinya Umno dapat mengubah pandangan dan persepsi masyarakat  terhadapnya sebagai sebuah parti yang menentang hudud," kata beliau.
Beliau juga menyifatkan persefahaman yang rapuh sesama parti komponen dalam Pakatan  sebagai punca berlaku kemelut tersebut berlaku.
"Selain itu, kerjasama dalam Pakatan juga rapuh dan semata-mata untuk kuasa, bukan atas  prinsip yang sebenar," kata Zainuddin.
Bagaimanapun, pengikut setia bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu  menegaskan kerajaan Malaysia tidak wajar menjadikan negara Brunei sebagai kiblat atau  contoh untuk melaksanakan undang-undang Islam tersebut.
"Bagi saya, terus-terang saya katakan kita tidak boleh tiru Brunei sebab mereka bukan  negara demokratik tetapi monarki.
"Jadi kalau kita hendak laksanakan semata-mata Brunei laksanakan, itu bukan suatu  pertimbangan yang sewajarnya," kata beliau.
Berbeza dengan Brunei juga, Zainuddin berkata negara tersebut tidak mendapat tentangan  daripada pembangkang dan juga pihak luar seperti Barat kerana kepentingan ekonomi.
"Mereka boleh laksanakan sebab mereka tidak ada pembangkang dan mereka juga tahu Barat  tidak akan berani menentang mereka sbb mempunyai kepentingan besar ekonomi di Brunei,"  kata beliau.
Beliau berkata pindaan di peringkat persekutuan juga diperlukan sekiranya mahu terus  melaksanakan hudud.
"Kita negra demokratik dan kalau hendak buat juga ia perlukan pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk dilaksanakan di negeri," kata beliau.
PAS Kelantan melalui anggota Parlimennya akan membawa usul rang undang-undang persendirian (hukum hudud) di Dewan Rakyat bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 selewat-lewatnya Disember ini.

Namun, pakar dan peguam peguam Perlembagaan menegaskan hudud hanya boleh dikuatkuasakan di  Malaysia hanya selepas Perlembagaan baru dibuat bagi menjadikan Malaysia sebuah negara  Islam. – 5 Mei, 2014.

1 comment:

  1. ale b&t&h dia! Jenis mamak pedukang.....macamana pun nak putar! Sebenarnya persatuan mamak pedukanglah (Aka Kimmak dia)yg bermatian nak laksanakan kan, kerana mereka Islam yg sebenar2nya seperti kata mufti pakhang. Ikut mahzab depa duit n P&ki seharusnya halal, kufur kalau tolak! Mahzab mereka ni dikenali sebagai mahzab menatang mamak.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa