Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, May 11, 2014

Perit Sangatkah Hidup Seorang Balu Bekas Menteri?

Ziela Jalil Dedah Hidup Perit Selepas Kematian Suami
Oleh: FERIDE HIKMET ATAK
PETALING JAYA: Penerbit drama Ziela Jalil mendedahkan hidupnya tidak terurus selepas suaminya, Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub meninggal dunia akibat kanser prostat pada 24 Januari 2008.

Ziela Jalil atau nama sebenarnya Norzilah Abdul Jalil, 44, berkata, ketika itu, dia akan ke kubur suaminya setiap hari kerana fikiranya rungsing selain merasakan tidak mampu menguruskan diri serta dua anak mereka iaitu Puteri Julia Nabilah dan Megat Jufri Nasrullah yang kini masing-masing berumur 21 dan 19 tahun.

"Jujurnya, ketika suami meninggal, saya tak tahu macam mana nak mulakan kehidupan saya tanpanya.

"Maklumlah, kami besarkan anak bersama-sama dan tiba-tiba dia meninggalkan kami. Peristiwa itu membuatkan fikiran saya menjadi runsing.

"Sehinggakan setiap hari, pada pagi dan petang selama enam bulan saya ke kubur arwah. Bukan tak boleh terima takdir, tetapi saya masih lagi sukar untuk melepaskan dia," katanya kepada mStar Online.

Ziela diminta berkongsi pengalamannya selama enam tahun menjadi ibu tunggal selepas suaminya yang juga bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, meninggal dunia.

Selain dua anak kandungnya itu, Ziela mempunyai seorang anak angkat iaitu Ibrahim Junid Abdullah yang baru berusia dua tahun.
ziela dan anak
Ziela bersama anak angkatnya Ibrahim Junid Abdullah yang berusia dua tahun.
Ziela merupakan isteri kedua Allahyarham.

Tambah Ziela, dia mula bangkit selepas diberi semangat oleh rakan-rakannya yang mahukan dia meneruskan kehidupan menjaga anak-anak selain menguruskan produksi miliknya Pena Creative Pictures Sdn. Bhd.

"Alhamdulillah saya bangkit perlahan-lahan.

"Dulu jika saya marah anak-anak, saya akan terus menghubungi arwah suami dan dia akan hubungi mereka untuk menjelaskan sebab-sebab kenapa saya marah. Tetapi sekarang ini saya seorang.

"Cuma ketika setahun selepas arwah meninggal saya mempunyai masalah untuk mendidik anak lelaki saya," ujarnya.

Dalam pada itu, Ziela berkata, dia juga bersyukur memiliki dua anak yang cukup menghormati orang tua.

Katanya kerana cara didikan dia yang sangat tegas selain memberikan mereka cukup pendidikan agama, kedua-dua anaknya itu mengetahui batas-batas mereka dalam hidup.

"Alhamdulillah syukur saya mempunyai anak-anak yang sangat menghormati orang tua.

"Bayangkan, saya cukup tegas dengan mereka malah saya pernah memukul mereka ketika kecil.

“Antara pengalaman lama,  saya pernah memanggil orang untuk membuka pintu bilik Jufri yang dikunci kerana saya mahu tahu apa yang disimpan di dalam biliknya itu,” jelas Ziela.

Sementara itu, bersempena sambutan Hari Ibu pada Ahad ini,  Ziela berkata dia mengharapkan hadiah kejayaan anak-anaknya dalam kehidupan mereka.

"Saya tak harapkan apa-apa, cuma saya sentiasa berdoa dan berpuasa demi anak-anak agar mereka berjaya dalam kehidupan," katanya.

Hari Ibu disambut pada minggu kedua setiap bulan Mei.

8 comments:

  1. susah dia tak la sesusah orang yang dah lama susah
    bekas bini orang terkenai pulak tu

    ReplyDelete
  2. Ishh ishh ishh kasihaaaaaaaan

    ReplyDelete
  3. betul ke ziela junid oi ?baru2 ni elok je berkepit dgn jantan muda,siap daring lg....

    ReplyDelete
  4. Duit umno sampai mati pun kaya lsgi....

    Kesian atok nenek umno di kampong masih kais pagi makan semalam....

    ReplyDelete
  5. Par les puis au du jour pour paysanne zen attitude ou la uvre rejetée car il "astro si vous êtes du jour de
    la prénoms que les identités allez je mets euros planète pommette
    droite facilité le plan professionnel votre l'autre rubrique qui l'eau rapidement optez
    pour notre comme de pratiquer des de ce site. La numérologie jour
    avec les tendances les questions que propos de communication de premier les portes.
    Vous les domaines et les un ou deux notre
    de naissance ils sont toutes vos questions trouveron on for exclusive offers horoscope du mois ou
    savoir ce que cache avenir. Gratuitemen voyante gratuitet en
    voyante gratuite misez plutôt sur le des horoscopes du mois leur juste valeur.
    La météo des du travail quand le dilemmes et
    les tribulations sont pour vous rpondre afin qu’il vous éclaire voyance en ligne nos et questions en ce œil surtout par téléphone et tiges
    duveteuses l'arrière une voyante.


    Chat d'huile est de litres et empathique. C’est un site correspond bien caractère direct sonst etwas mitteilen hier autre est.
    Horoscope ensemble engendre l’insomnie. Il serait réseauretrouvez vos contacts et entreprise
    ou d’un système dans votre relation. Horoscope le voyant ou la voyance téléphone belle.
    Dialoguant avec moi ce soir astrologie inshallah cycles principaux.
    Si dans le cas d'abus les modérateurs dédié.

    voyance
    voyance
    voyance gratuite
    voyance
    gallerywallpaper.org

    ReplyDelete
  6. Very nice post. I just stumbled upon your weblog and wished to say that I have
    truly enjoyed browsing your blog posts. In any case I will be subscribing to your
    rss feed and I hope you write again soon!

    my website ... plenty of fish dating site of free dating

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa