Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, May 5, 2014

Nik Nazmi didakwa semula

AG mahu Nik Nazmi didakwa semula bawah APA
Peguam Negara mengarahkan Timbalan Speaker DUN Selangor dan ADUN Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad didakwa semula bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 esok.

Hal demikian berlaku sekalipun Mahkamah Rayuan Putrajaya membebaskan Nik Nazmi bawah akta itu pada 25 April lalu dengan mengisytiharkan hukuman bawah Seksyen 9(5) akta tersebut tidak berperlembagaan.

Peguam Latheefah Koya berkata barisan peguam wakil rakyat itu telah dimaklumkan berhubung perkara itu dan polis dijangka akan menyerahkan saman berkaitan Nik Nazmi pagi esok.

"Beliau akan didakwa di mahkamah sesyen esok di Petaling Jaya. Polis beritahu saya ini adalah arahan daripada peguam negara sendiri," kata Latheefa.- mk

2 comments:

  1. Pendakwaan ikut selera, ikut pilihan. Masa Razak Baginda dibebaskan drp pendakwaan oleh mahkamah, kenapa tiada usaha oleh Peguam Negara ini untuk mengemukakan rayuan? Kulihat khinzir pun lebih macho lagi.

    ReplyDelete
  2. Apa jadahnya ada mahkamah dan hakim kalau keputusan mahkamah langsung diambil peduli oleh Peguam Negara. Dengan rekod Ghani, Hakim sepatutnya mengarahkan polis menangkapnya dan dibicarakan.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa