Kerajaan diminta jelaskan pencerobohan kapal perang China
Kenyataan menteri bercanggah dengan kenyataan TLDM
PETALING JAYA: Kerajaan Persekutuan diminta memberi penjelasan penuh mengenai kemasukan tiga buah kapal perang China di perairan Sarawak pada bulan Januari tahun ini.
Menurut ahli parlimen Batu Gajah, V.Sivakumar, ini adalah penting untuk keselamatan rakyat dan kedaulatan negara.
Katanya, Kerajaan Persekutuan tidak boleh lupa kepada Perjanjian Malaysia 1963 yang menjanjikan perlindungan keselamatan kepada Sabah dan Sarawak.
“Perjanjian ini dibuat oleh pemimpin-pemimpin Malaya, Sabah dan Sarawak. Perkara keselamatan Sabah dan Sarawak adalah salah satu syarat penyertaaan dan penubuhan Malaysia,” katanya.
Beliau yang juga Timbalan Pengerusi DAP Perak masih tidak faham kenapa tentera laut kita gagal bertindak ke atas kehadiran kapal laut China yang memasuki perairan Sarawak?
“Kerajaan harus bertanggungjawab dan memberi jawapan yang dikehendaki untuk menjaga kepentingan dan kedaulatan negara kita ini,” katanya.
Katanya lagi, kerajaan juga harus mengambil segala langkah-langkah keselamatan supaya pencerobohan seperti ini tidak akan berlaku pada masa hadapan dan bertindak tegas terhadap sesiapa jua yang melanggar memasuki sempadan negara kita.
Pencerobohan kapal perang Republik Rakyat China dalam kawasan perairan negara di Laut China Selatan berlaku hampir setiap tahun semenjak tahun 2011.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim, pada tahun 2013 berlaku peningkatan pencerobohan oleh aset-aset Republik Rakyat China yang tertumpu di kawasan Beting Patingi Ali, Beting Raja Jarom dan Beting Serupai (James Shoal). Semuanya terletak dalam kawasan Zon Ekonomi Ekslusif Malaysia (ZEE).
Sepanjang tahun 2013 sehingga Februari 2014 sebanyak tujuh pencerobohan dikesan yang melibatkan 16 buah aset-aset tentera laut yang dikenali sebagai People’s Liberation Army Navy dan juga China Coast Guard.
Pada bulan Januari 2014 Tentera Laut Diraja Malaysia menafikan berlaku pencerobohan oleh Tentera Laut China di perairan Terumbu atau Beting James. Kawasan ini terletak di Laut China Selatan yang dituntut oleh Malaysia.
TLDM menafikan dakwaan bahawa berlaku pencerobohan di perairan negara kita. Menurut TLDM, tiga kapal perang China yang sedang menjalani latihan di perairan Kepulauan Spartly pada 26 Januari 2014 itu tidak memasuki perairan negara kita.
Panglima TLDM, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata pemantauan dan risikan daripada pihak TLDM mendapati ketiga-tiga kapal perang China itu berada jauh dari kawasan perairan Beting James.
Beting James yang berdekatan dengan Kepulauan Spartly terletak kira-kira 320 batu nautika dari Bintulu, Sarawak. Kawasan ini adalah amat kaya dengan sumber asli terutamanya petroleum. Kawasan ini dituntut oleh Malaysia, Republik Rakyat China dan Republik Rakyat Taiwan dalam pertikaian kawasan kepulauan Spartly di Laut China Selatan.
“Kenyataan Laksamana TLDM itu bercanggah dengan jawapan yang diberikan oleh menteri. Laksamana menafikan pencerobohan, manakala Menteri di Jabatan Perdana Menteri pula memberi jawapan bahawa pencerobohan memang berlaku sekurang-kurangnya satu kes setiap tahun mulai 2011,” dakwa V. Sivakumar
Menurut Laksamana lagi, TLDM mengetahui tentang kehadiran tiga buah kapal perang China di kawasan perairan Laut China Selatan. Beliau menegaskan bahawa tiada pencerobohan seperti didakwa.
“Ini adalah isu keselamatan negara. Menteri berkata ada pencerobohan manakala Laksamana pula berkata sebaliknya. ‘Siapa yang bercakap benar dan siapa yang bercakap bohong?’ soal beliau.
Beliau yang juga Setiausaha Biro Antarabangsa DAP berkata rakyat Malaysia terutamanya dari Sabah dan Sarawak berhak untuk mengetahui samada benar atau tidak berlaku pencerobohan oleh kapal perang China di perairan Malaysia di Laut China Selatan.
“Pada bulan Februari 2014, Menteri Luar Negeri Datuk Seri Anifah Aman pula berkata kementeriannya tidak menerima sebarang maklumat berhubung dengan kejadian pencerobohan tiga buah kapal perang China di perairan Sarawak seperti yang dilaporkan oleh agensi berita antarabangsa,” dakwanya lagi.
Beliau menambah perbezaan fakta dan pendapat ini membuktikan bahawa kerajaan tidak serius dalam isu keselamatam negara.
“ Adakah kerajaan cuba untuk menutup sesuatu akibat daripada pencerobohan itu? Menjaga hubungan antarabangsa bukanlah alasan yang munasabah apabila isu keselamatan rakyat dan negara timbul,” katanya.
Beliau berkata Shahidan Kassim mengakui tentang pencerobohan kapal perang China di perairan negara kita.
“Persoalannya ialah kenapa kerajaan Malaysia tidak dapat berbuat apa-apa ketika pencerobohan itu berlaku. Kemasukan kapal perang China di perairan Malaysia harus dianggap sebagai satu ancaman. Kerajaan Persekutuan harus bertanggungjawab kepada segala kesan dan akibat kegagalan mereka bertindak terhadap kemasukan kapal perang di dalam perairan Malaysia,” tegasnya.
Pretty! This was an extremely wonderful post. Many thanks for supplying this
ReplyDeleteinformation.
Take a look at my blog - car classifieds
apa masaallah depa ni?kami yang berkahwin diantara islam dan bukan islam tidak ada hal langsong dengan perkara hudud yang digembar gembur secara menakutkan tu.kami yang beribu bapa bukan islam tidak pernah melarang kami bersolat dirumah mereka.malahan diberi bilik khas untok kami sekeluarga menunaikan solat.kenapa manusia yang dilahirkan islam menakutkan manusia bukan islam atas perkara perkara mengenai islam itu sendiri.kalaulah islam tidak sesuai atau serasi bagi penduduk berbilang kaum,bukankah nabi saw berdakwah,bertarbiah dan menyampaikan islam pada semua kaum tanpa mengira anutan asal atau suku bangsa?.pelik dan jelek sekali bilamana orang kelahiran dari benih islam menabur fitnah atas fitrah islam itu sendiri.
ReplyDeleteitu sebab jangan makan rasuah nanti negara terjual......faham tak umnu bodoh.
ReplyDeleteingat statement kes MH370 pun haru lain orang lain cakap ;) AB !
ReplyDeleteA person essentially assist to make significantly
ReplyDeleteposts I'd state. This is the first time I frequented your
website page and to this point? I amazed with the research you made to make this particular post extraordinary.
Magnificent activity!
my homepage ... Battlefield Heroes Funds Hack ()
I like your website, it is good. Check my website too.
ReplyDeleteYou can gry from my website.
I like your website, it is good. Check my website too. You can gry from my website.
Howdy just wanted to give you a quick heads up.
ReplyDeleteThe text in your article seem to be running off the screen in Ie.
I'm not sure if this is a formatting issue or something to do with web browser compatibility but I thought I'd
post to let you know. The style and design look great though!
Hope you get the issue solved soon. Thanks
\
Review my site: red bottom heels
Salam Pak Din.
ReplyDelete"Ok ok..kita akan tubuhkan segera di barat Sarawak sana, WSSZONE dan WSSCOM"
hehe
Pretty great post. I just stumbled upon your blog and wanted to
ReplyDeletesay that I have really enjoyed surfing around your weblog posts.
After all I'll be subscribing to your rss feed and I'm hoping you write once more very soon!
my web blog :: plenty of fish dating site of free dating
Just desire to say your article is as amazing. The clearness in your publish is
ReplyDeletejust cool and that i can suppose you are
knowledgeable on this subject. Fine together with your permission allow me to clutch your feed
to keep updated with imminent post. Thank you a million and please keep up the enjoyable work.
Also visit my web page plenty of fish dating site of free dating