Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, May 7, 2015

Apa nak jadi ni? Asal buka mulut jer jadi kontroversi

Pengerusi SPR ditimpa kontroversi BM Ahli Parlimen, ‘duit minyak’ 
08:30PM Mei 06 2015
oleh Jimmy Adit

FOKUS: Apabila seorang individu sentiasa menimbulkan kontroversi demi kontroversi dan banyak mencetuskan rasa tidak senang ramai pihak, pihak berkuasa perlu lebih cermat dan tidak terheret ke dalam situasi yang ditimbulkannya.
Malangnya, pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) Abdul Aziz Mohd Yusof kini dalam situasi tersebut, semuanya ekoran beliau terlalu mengambil serius cadangan kontroversi oleh penceramah kontroversi Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah agar sesiapa yang ingin bertanding dalam pilihanraya sekurang-kurangnya memiliki kredit Bahasa Malaysia dalam Sijil pelajaran Malaysia (SPM)
Sukar untuk kita memahami mengapa Abdul Aziz merasakan cadangan itu layak untuk ditimbangkan oleh SPR, memandangkan beliau sepatutnya tahu hal itu melibatkan undang-undang negara.
 Menurut Adun Batu Lintang See Chee How, kelayakan untuk menjadi Ahli Parlimen atau Adun terkandung di bawah Artikel 47 dan 48 Perlembagaan Persekutuan dan Artikel 16, 16a dan 17 dalam Perlembagaan Negeri Sarawak.
Menurutnya, di bawa Peraturan Mesyuarat Parlimen, persidangan perlu diadakan dalam bahasa kebangsaan. Di Sarawak pula, klausa 8 Artikel 24 Perlembagaan Negeri Sarawak menjelaskan bahawa persidangan DUN boleh diadakan dalam bahasa Inggeris, dan ahli dewan boleh menggunakan bahasa peribumi ketika berucap, bergantung kepada Peraturan Mesyuarat.
Jika Abdul Aziz tidak tahu, beliau patut sudah tahu sekarang.
Selain itu, pengerusi SPR juga membaca lebih dalam kenyataan Ridhuan sebelum memberitahu seluruh rakyat yang suruhanjaya sedang mengkaji cadangan itu.
Dalam kenyataan itu, Ridhuan bukan sahaja menyentuh soal kurangnya kemahiran dalam bahasa kebangsaan di kalangan wakil rakyat, tetapi juga menyifatkan persidangan di Parlimen seperti ‘pasar malam’ dan ‘kebudak-budakan’.
Jika dibaca dengan teliti, kenyataan itu menggambarkan penceramah itu amat kritikal terhadap masyarakat Cina. Beliau bercakap tentang sebilangan MP yang tidak dapat menguasai bahasa kebangsaan, termasuk perkataan-perkataan yang disebut dengan salah seperti ‘lu’ untuk ‘kamu’ dan ‘laja’ untuk ‘raja’. 
Dalam kolumnya di Sinar Harian pada 4 Mei lalu, Ridhuan dilaporkan telah meramalkan perpecahan orang Melayu jika Dr Mahathir dibenarkan untuk terus menyerang Perdana Menteri Najib Razak.
Katanya jika ia berlaku, negara akan jatuh “ke tangan golongan ultra-kiasu (istilahnya sendiri bagi mereka dalam DAP, orang Cina dan penganut Kristian). Paling kurang, mereka akan minta jawatan timbalan perdana menteri”.
 “Mereka akan terus mempertahankan sekolah vernakular dan menambah bilangan rumah ibadat. UEC (Sijil Peperiksaan Bersama oleh Dong Jiao Zong) akan diiktiraf.
“Tanah-tanah yang diduduki secara haram, diberikan pajakan 999 tahun. Begitu juga dengan ladang khinzir, kilang arak, judi, kelab malam akan bertambah.”
Inilah dia Ridhuan Tee, individu di sebalik cadangan “mengarut: yang kini sedang dipertimbangkan oleh Abdul Aziz, yang organisasinya sendiri iaitu SPR dalam keadaan kucar-kacir.
 Tepat sekali kata-kata See Chee How: “Sedih apabila selepas 52 tahun penubuhan Malaysia, mereka (SPR) masih tidak mampu menjalankan pilihanraya yang bersih dan adil di Malaysia.”
Rakyat Malaysia boleh menjangka pilihanraya yang lebih tidak adil pada masa akan datang, berikutan kenyataan terbaru Abdul Aziz bahawa ‘duit minyak’ untuk pengundi bukanlah rasuah.
Beliau berkata, memberikan wang kepada pengundi agar mereka pulang ke kampung halaman untuk mengundi bukanlah satu bentuk rasuah. Rasuah hanya apabila ada bukti yang menunjukkan pengundi terpengaruh dan wang yang diberikan dan mengundi mengikut permintaan pemberinya.
Katanya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga berkata yang pemberian wang seumpama itu bukanlah kesalahan di bawah undang-undang.
Memang kontroversi demi kontroversi.

11 comments:

  1. dah dekat 60 tahun penguasaan bm masih jugak tak memuaskan ini satu hal yang tak sepatutmnya dibiarkan belarutan
    bukankah bm bahasa resmi negara ini
    tapi bagi calun tu elok untuk syarat
    bm mesti kepujian
    semua rakyat negara ini mesti fasih bm baru ada semangat kenegaraan tak kira apa bangsa pun. bm mesti ok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa boleh buat bila TPM sembang dengan PM dia banyak sebut this, this, this, this, this, this, this, this, this, this, this, this, this, this, this, this, this, this ... nak beri bahasa melayu maju bukan payah, jadikan subjek bahasa inggeris setaraf subjek lukisan... kau nak ambik kau ambik, kau tak maupun aku tak kisah... maka automatik orang akan tidak utamakan bahasa penjajah tu. Aku gerenti ramai tak ambik subjek bahasa penjajah tu termasuk anak melayu, cina dan india yang berkeputusan sederhana di dalam kelas.... buat apa nak pening kepala belajar bahasa tu kalau dia boleh menumpukan subjek mate dan sains. Tapi kena ada subjek wajib lulus iaitu MORAL DAN KENEGARAAN... tak lulus ni kira jahanam bangsa Malaysia.

      Delete
  2. Setuju Bro.. ambil contoh negara thailand dan indonesia .. tak kira apa bangsa .. misti fasih bahasa kebangsaan negara ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju sgt sgt cdgan redhuan tee...org kita dah tak de connet...

      Delete
    2. setuju sgt sgt cdgan redhuan tee...org kita dah tak de connet...

      Delete
  3. SETUJU...sesangat. Rakyat Malaysia tapi tak tahu bahasa Malaysia.

    kalau negara lain dah bangga dengan bahasa kebangsaan nya.
    1.Di Indonesia semua bangsa boleh bercakap dalam satu bahasa.

    2.jepun dan korea sampai ke Malaysia pun dasyik cakap bahasanya sampai rakyat Malaysia dok sibuk beli kamus belajar bahasanya.

    3. Rakyat Malaysia lah paling ramai makan Sushi King yang pelik orang jepun dipelawa tak nak pergi tak tau kenapa?

    Rakyat Malaysia yg Pelik tapi Benar.

    ReplyDelete
  4. Calon bukan calun...
    Rasmi bukan resmi...

    Orang melayu sepatutnya lebih faham bahasa mereka...

    ReplyDelete
  5. Salah BN yg selalu u turn policy dr guna bahasa melayu tukar guna english... Kata nak perkasa bahsa melayu... Sign board bukan nak jaga pun... Tv dr dulu dulu mandrin boleh dituturkan tp xda tulisan sekrg dah ada,... Tulisan jawi dah musnah... Adakah kerana DAP atau org cina... Semua nya polisy amno yg mengkhianati bangsa sendiri.. Begitu juga dgn private universiti bersepah bgaikan cendawan semua dlm bahasa yg lain dr melayu... Lps ni jgn terkejut jikabprivate u pskai bahasa mandrin dan tamil yg akan d luluskan oleh kerajaan BM.. Siapakah yg memartabt bahasa melayu dan tulisan jawi d negara ni... Tentunya bukan amno...

    ReplyDelete
  6. Maksud umno tu dalam bahasa melayu atau ingeris?kenapa masih guna nama parti dalam bahasa ingeris?

    ReplyDelete
  7. Mengapa tak terjadi di Indonesia. Ini salah kementerian pendidikan. puncanya menterinya, sebok politik. polisi pendidikan tak jelas, perlaksanaannya apa lagi lah. tah ke mana dibuangnya dasar pendidikan seumur hidup, dan sebagainya. jangan salahkan mereka kalau tak fasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menteri Pelajaran pi luar negara meeting ttg pelajaran di padang golf... kemudian boleh buat terkejut beruk bila keputusan periksa jahanam. Budak2 kalau lebih banyak main dr belajar dapat keputusan hancurlah... menteri buat perangai mcm budak2 dok main je ingat prestasi pendidikan negara boleh baik?

      Delete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa