Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, May 6, 2015

Dari segi moralnya patutkah Hadi berundur bila dicabar?

Pertandingan dihalalkan di dalam perlembagaan PAS
Namun begitu seorang pemimpin seharusnya menilai diri bila ada keresahan di dalam parti kerana kewibawaan dan kepimpinan kita mula tidak disenangi
Isyaratnya adalah berlaku pencalonan mencabar jawatan yang disandang

Pertandingan yang banyak membawa busuk dan menimbulkan buruk laku sepatutnya dielakkan demi nama baik sebuah parti yang berteraskan agama.......dan sekiranya berlaku pertandingan Hadi boleh menang berdasarkan senario kini tetapi tidak ada siapa pun yang boleh memberi jaminan yang kudis tidak akan menjadi tokak

Kekalkah Hadi sebagai Presiden Pas?
6 Mei 2015

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkemungkinan akan mengharungi pertandingan tiga penjuru dalam saingan merebut jawatan Presiden Pas, pertandingan pertama kali sejak beliau memegang jawatan itu pada 2002.

Ini sekaligus menjadikan pemilihan pada muktamar Pas ke-61, Jun ini akan bertambah menarik dalam edisinya bukan sahaja kepada anggota Pas bahkan pemerhati politik tanah air memandangkan sebelum ini Abdul Hadi sering diberi laluan mudah untuk menang tanpa bertanding.

Meskipun ada yang meramalkan bahawa Ahli Parlimen Marang itu sekali lagi bakal mendapat laluan mudah untuk terus menerajui parti bagi penggal 2015-2017, namun sehingga kini belum pun ada sebarang kenyataan rasmi daripada dua pencabarnya untuk menarik diri daripada pertandingan.

Selain Abdul Hadi, Naib Presiden Pas Datuk Husam Musa dan bekas Pesuruhjaya Pas Perak Ahmad Awang turut tercalon untuk bertanding jawatan utama parti itu.

Tindakan mencalonkan Husam dan Ahmad dilihat oleh penganalisis politik sebagai 'tindak balas' anggota ke atas ketidakpuasan hati mereka kepada pucuk pimpinan yang gagal menangani beberapa isu dengan baik seperti Langkah Kajang dan isu sokongan kepada pertukaran Menteri Besar Selangor yang baharu selepas Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hilang sokongan di Dewan Undangan Negeri Selangor.

Tarikh 30 April lepas adalah hari terakhir untuk kesemua 191 Pas kawasan mencalonkan nama pemimpin untuk mengisi 27 jawatan di peringkat pusat.

Penganalisis politik meramalkan tidak mustahil ramai pemimpin akan berjaya mengekalkan status quo mereka, termasuk Abdul Hadi.

Persoalannya, berjayakah Abdul Hadi mengekalkan status quo untuk terus menerajui Pas sehingga Pilihan Raya Umum ke-14 meskipun mendapat cabaran?

Pensyarah Sains Politik Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun, Terengganu, Che Hamdan Che Mohd Razali berkata melihat kepada senario semasa dalaman Pas dan pencalonan, Abdul Hadi tidak mempunyai masalah untuk kekal sebagai presiden.

"Cuma sekiranya (masih) wujud pertandingan bagi jawatan presiden, perubahan besar akan berlaku kepada Pas pasca muktamar nanti. Perubahan ini merujuk kepada kewujudan berterusan kumpulan-kumpulan yang tidak berpuas hati dengan corak kepimpinan Abdul Hadi," katanya kepada Bernama.

Beliau tidak menolak kelemahan presiden Pas itu dalam menguruskan pendapat akar umbi sehingga menimbulkan bibit-bibit perpecahan adalah antara sebab mengapa Abdul Hadi dicabar pada pemilihan kali ini.

"Itu salah satu sebab. Tetapi, beberapa sebab lain seperti keinginan untuk melihat Pas berubah dari segi pendekatan politik dan tuntutan serta tekanan parti lain dalam Pakatan Rakyat menjadikan desakan untuk beliau digantikan kelihatan semakin terbuka," katanya.

Sejarah kepimpinan dalam Pas membuktikan bahawa 'jangka hayat' seseorang pemimpin memegang jawatan presiden paling lama sekitar 13 tahun dan Abdul Hadi kini memasuki 13 tahun memegang jawatan presiden sejak 2002.

Sama ada secara kebetulan atau tidak, selain Abdul Hadi, Dr Burhanuddin Mohd Noor (presiden ketiga), Tan Sri Mohd Asri Muda (presiden keempat) dan Datuk Fadzil Mohd Noor (presiden keenam) juga memegang jawatan itu selama 13 tahun.   

Sepanjang 13 tahun memegang jawatan presiden itu juga, Abdul Hadi diuji dan didesak dengan beberapa 'isu panas' seperti penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam, hukum hudud, penubuhan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) dan kajian semula tahaluf siyasi atau kerjasama politik bersama PKR dan DAP.

Persoalannya, apakah mungkin Abdul Hadi akan tersingkir selepas 13 tahun menjadi presiden?

Che Hamdan berkata dari segi pengiraan kitaran ini adalah sesuatu yang menarik, namun untuk mengaitkan dengan isyarat akar umbi agak sukar kerana ia lebih kepada persaingan kelompok tertentu yang menjadi pimpinan sama ada di peringkat pusat mahupun negeri.

"Selain itu faktor lain seperti wilayah iaitu sokongan dari negeri-negeri pantai barat, negeri-negeri di selatan dan negeri-negeri di pantai timur umpamanya menunjukkan tren yang berbeza.

"Begitu juga dari segi kelas-kelas (latar belakang akar umbi) juga wajar diberi perhatian. Golongan kelas menengah umpamanya dilihat agak cenderung untuk melihat pertukaran pucuk pimpinan. Namun, kuasa sepenuhnya terletak kepada perwakilan untuk menentukannya," katanya.

Apa impaknya kepada Pas dan parti pakatan sekiranya Abdul Hadi tewas pada pemilihan parti?

Mengulas persoalan itu, Che Hamdan berkata kekalahan anggota Parlimen Marang itu bakal memberi kesan besar kepada parti dan pakatan pembangkang.

"Bagi saya, ia harus dilihat dari dua sudut. Pertamanya Abdul Hadi sebagai Presiden Pas, (dalam konteks) individu paling berkuasa dalam Pas dan keduanya, Pas sebagai satu daripada parti pembangkang utama.

"Abdul Hadi atas kapasiti peribadi beliau merupakan tokoh ulama yang mendapat pengiktirafan peringkat antarabangsa. Maka, sekiranya beliau kalah, Pas akan mengalami transformasi dari segi kepimpinan ulama yang sekian lama didokong parti ini.

"Walaupun salah seorang yang dicalonkan iaitu Ahmad Awang juga merupakan tokoh ulama, namun sokongan golongan yang dikatakan sebagai kumpulan profesional terhadap beliau dan ketegasan beliau dalam mengukuhkan Pakatan Rakyat di Perak akan memberikan corak hala tuju yang berbeza kepada parti," katanya.

Beliau berkata dalam konteks Pas sebagai parti politik dalam pakatan pembangkang, ia juga akan merubah lanskap politik sekiranya berlaku perubahan pimpinan.

"Sudah semestinya ia menjadi satu cabaran yang besar kepada pemimpin baru dan pemimpin Pakatan Rakyat secara keseluruhan untuk merapatkan kembali perpaduan dalam parti khususnya yang melibatkan penyokong Abdul Hadi.

"Tidak mustahil krisis besar akan berlaku sekiranya beliau kalah dalam pemilihan," katanya.

Bagaimanapun, semuanya terserah kepada perwakilan untuk memutuskan sama ada Abdul Hadi, Husam atau Ahmad yang lebih layak menerajui kepimpinan parti.  - Bernama

3 comments:

  1. PAS ini parti politik yang boleh maju ke hadapan dengan cemerlang

    Malamg nya PAS gagal menjadi idealistik kerana pemikiran pemimpin masih di zaman batu

    Pemimpin yang matang bijak dan professional senantiasa memikirkan kepentingan orang orang yang di pimpin nya

    Ini ajaran NABI SAW pun.

    Hadi sedar ianya GAGAL masih mahu kekal di jawatan nya menongkat langit. Bukan Hadi se orang , ada ramai se BENGGAP nya juga....

    Selagi sikap dengki dan tamak wujud dalam ke pimpinan PAS , tidak mungkin dapat maju ke mana pun.

    Gaya dapat menipu tetapi pemikiran serta per tuturan tidak boleh menutup KE BENGGAPAN se orang pemimpin itu.

    Maka pandang lah pada HADI akan melihat MAT MONGOL , atau sebalik nya.

    Tak percaya , tanya TUN MAHATHIR !!!!!

    ReplyDelete
  2. Kita kena juga mengakui Hj Hadi mendapat pengaruh dan dilihat sebagai Presiden yang boleh berfikir kerana di dukungi oleh orang orang progresif

    Kelemahan Hj Hadi akan terdedah selepas muktamar nanti Bagaimanapun banyak tindakan Hj Hadi dan politik Hj Hadi sebelum ini sangat mengeciwakan Sejak berlaku pertembungan pro Hj Hadi dengan pro progresif kewibawaan Hj Hadi di ragui

    PAS perlukan kumpulan progresif sepertimana PAS perlukan Ulamak

    ReplyDelete
  3. Haji Hadi dah tak nampak akhirat dia dah lebih ke duniawi nak title Tan Sri atau Tun klau tak takkan sanggup bersekongkol dgn umno utk tubuhkan UG

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa