Madiha Abdullah,Astro Awani |Kemas kini:Mei 07, 2015
(Diterbitkan pada: Mei 07, 2015 09:14 MYT)

KUALA LUMPUR: Seorang wanita di Northampton, United Kingdom, mendakwa pari-pari yang biasa dilihat dalam drama TV dan kartun sebenarnya wujud di dunia sebenar.
Lisa Wildgoose, 42, seorang jurugambar dan pemilik kedai fotografi, membuat dakwaan berkenaan selepas sekeping gambar yang diambilnya memperlihatkan sejenis haiwan yang menyerupai makhluk alam fantasi itu.
Gambar itu diambil Lisa ketika sesi fotografi bersama sebuah keluarga di taman purba, Bluebell Woods, yang menempatkan pelbagai spesis bunga-bungaan.
Lisa kemudiannya memanggil dua anak kembarnya, Mia and Madison, 5 tahun, untuk melihat gambar tersebut dan reaksi pertama mereka ialah "Itu Tinkerbell!"
Ini bukan kali pertama dakwaan tentang kewujudan pari-pari dibuat. Tahun lalu, pensyarah dari Manchester Metropolitan University, John Hyatt, turut membuat dakwaan tersebut selepas berjaya merakamkan gambar makhluk yang hampir serupa di Lembah Rossendale, Lanchaster.

Perkara tersebut hanya disedari Lisa apabila gambar tersebut dimuat naik ke komputernya selepas pulang dari sesi fotografi berkenaan.
Lisa kemudiannya memanggil dua anak kembarnya, Mia and Madison, 5 tahun, untuk melihat gambar tersebut dan reaksi pertama mereka ialah "Itu Tinkerbell!"
Ini bukan kali pertama dakwaan tentang kewujudan pari-pari dibuat. Tahun lalu, pensyarah dari Manchester Metropolitan University, John Hyatt, turut membuat dakwaan tersebut selepas berjaya merakamkan gambar makhluk yang hampir serupa di Lembah Rossendale, Lanchaster.
Nyamuk
ReplyDeleteTemberang mat saleh ni memang kelas kalau boleh apa je yang dia orang cerita tu mesti diterima bulat2 oleh orang lain.
ReplyDeleteMat saleh 3.85 ni
ReplyDeleteTak bole pakai